Aglonema

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin

_________________________________________________________________________

Nama Tempatan: Aglonema
Nama Saintifik: Aglaonema spp.
Nama Lain: Sri Rejeki, Chinese Evergreen, Keladi
Famili: Araceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan hiasan
Asal:: Asia

 

KETERANGAN:

merupakan genus tumbuhan yang terdiri daripada lebih kurang 20 spesies yang dikenal pasti. Ia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga keladi (araceae) dan menjadi tumbuhan hiasan kegemaran kerana daunnya yang menarik dan ketahanannya hidup di kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang terbatas. Ia juga merupakan tumbuhan yang senang ditanam serta tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Sifatnya ini juga menyebabkan ia popular sebagai tumbuhan hiasan di dalam rumah. Ia banyak digunakan untuk menghiasi tempat-tempat awam seperti kompleks membeli belah dan pejabat-pejabat. Tumbuhan ini berasal dari kawasan hutan hujan tropika dan pertama kali dijumpai di Sumatera. Habitat asalnya ialah di kawasan lembab dan agak berpaya. Ia dapat hidup sempurna pada medium yang mempunyai saliran yang baik dan poros serta mendapat bekalan air yang mencukupi. Air sangat penting untuk pertumbuhannya dan tumbuhan ini akan mati jika tidak mendapat air yang mencukupi.

Tiada nama umum yang diberikan kepada alinea, di Malaysia ia hanya dikenali sebagai keladi dan alinea sahaja. manakala di Indonesia ia juga dikenali dengan nama sri rezeki. Kadang-kadang tumbuhan ini juga dipanggil dengan nama chinese evergreen seperti beberapa tumbuhan hiasan berdaun yang lain juga.

merupakan sejenis herba bukan semusim dan apabila matang ia boleh mencapai ketinggian sehingga 150cm (bergantung kepada spesiesnya) . Daunnya berbentuk pelepah seperti daun keladi dan berbentuk runcing di hujungnya. Bunganya pelbagai, secara amnya berwarna putih dan kecil. Sesetengah spesies boleh mengeluarkan buah yang berbentuk beri dan berwarna merah. Antara alinea yang biasa ditanam ialah commutatum maculatum, A. commutatum treubi, A. pseudo bracteatum, A. crispum (syn:a. roebellinii) dikenali juga dengan nama painted drop tounge, A. rotundum.

Pelbagai spesies hibrid juga telah dihasilkan dari spesies asal tersebut antaranya yang popular ialah pride of sumatera, Donna carmen, King of Siam, A. `Abidjan’, A. `B. J. Freeman’, A. `Bangkok’, A. `Fransher’, A. `Lillian’, A. `Malay Beauty’, A. `Manila’, A. `Maria’, A. `Parrot Jungle’, A. `Romana’, A. `San Remo’, A. `Silver Duke’, A. `Silver King’ dan banyak lagi.

cara pembiakan alinea

perlu dibiakkan di tempat teduh dan perlu elakkan dari pancaran matahari secara terus. Medium tanaman dari jenis porus dan diletakkan di tempat yang mempunyai pengudaraan yag baik.

medium yang boleh digunakan ialah
1. campuran antara humus dan pasir (3:1) .
2. campuran sekam ( yang masih elok, da tidak dibakar) , cocopeat dan pasir (4:1:1)
3. campuran sabut kelapa yang dihaluskan, humus, baja kandang (1:1:1)

Bahagian bawah pasu dialad dengan pecahan bata merah. Masukkan medium ke dalam pasu hing 3/4 pasu. Masukkan slow release fertilizer (1 sudu teh) . Masukkan benih alinea di tengah-tengah pasu secara tegak. Masukkan medium hingga penuh pasu. Siram dan letakkan di tempat reduksi setiap hari atau dua kali sehari dalam cuaca yang terlalu panas. Kalau gunakan sabut kelapa ia boleh disiram 2-3 hari sekali. Baja slow release diberikan 3 bulan sekali. Baja daun boleh diberikan 2-3 minggu sekali.

serangan hama
cabut tanaman dari pasu dan buang bahagian yang diserang, tanam semula.

Kacukan.

boleh dilakukan antara jenis alinea yang berbeza dengan menggunakan debunganya. Buah yang terhasil (6 bulan) boleh ditanam untuk menghasilkan alinea kacukan anda sendiri. Caranya dengan mengambil debunga yang dihasilkan oleh bunga jantan dan menyapunya pada bunga betina spesies yang lain. Buah akan terhasil selepas 6 bulan, dan biji benih boleh disemai untuk mendapatkan hibrid baru.

antara alinea kacukan ialah pride of sumatera yang dikacuk oleh Gregori Hambali. kacukan ini telah memenangi tempat pertama di satu pertandingan tanaman hiasan di belanda. Pride of sumatera terhasil daripada kacukan antara pokok jantan alinea rotundum dan induk betina alinea commutatum tricolor. Ciri-ciri pride of sumatera (Red Sumatera) ialah permukaan daun yang berwarna merah menyala dan bahagian atasnya berwarna hijau gelap dan berkilat. Daunnya berbentuk runcing dengan tulang daun yang berwarna merah.

Pembiakan dari batang.

1. Pilih batang aglonema yang panjang. Buang pelepah daun yang tua.
2. Ambil botol plastik, potong bahagian atasnya. Belah boleh itu hingga ke bawah. Pada bahagian bawah botol buat lubang sama besar dengan batang.
3. Letakkan botol pada batangnya. Isikan dengan humus dan cocopeat. Ikat ketat-ketat botol tersebut.
4. Siram setiap hari sehingga 3 bulan. Selepas 3 bulan , buka botol dan bersihkan. Pisahkan tunas yang terhasil untuk menghasilkan anak pokok.
5. rendam benih tersebut dalam larutan pencegah kulat selama lebih kurang 10 minit. Kemudian tanam dalam pasu
http://melur. com/images/aglaonema/aglaonema_1. jpg>aglonema 1
aglonema 1b
aglonema 2
aglonema 3
aglonema 3b
aglonema costatum
daun aglaonema costatum
aglonema king of siam
daun aglonema king of siam

 

KEGUNAAN:

Tumbuhan hiasan

_________________________________________________________________________

 

_________________________________________________________________________

Common Name: Aglonema
Scientific Name: Aglaonema spp.
Other Name: Sri Rejeki, Chinese Evergreen, Keladi
Family: Araceae
Location: Tumbuhan hiasan
Origin: Asia

 

 

DESCRIPTION:

 

USAGE:

 

_________________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *