Posted on

Tingkatkan Hasil Kelapa Sawit Dengan Baja-Bio W20

 

W20 (dulu dikenali Warisan 2020) ialah baja-bio keluaran LKB yang dirumus menggunakan campuran baja organik dan mikro-organisma terpilih. Tidak seperti baja-bio yang lain, W20 menggunakan mikro-organisma yang dikenalpasti mampu membawa kebaikan kepada tanaman anda. Ianya dikultur secara khas menggunakan teknologi daripada Taiwan. Di antara mikro-organisma tersebut ialah dari jenis fototropik, mikrob asid laktik, yis, mikrob aktinomit dan fungus berfilamen. Baja-bio W20 untuk tanaman kelapa sawit adalah berbentuk serbuk dan dibungkus dalam pek 10kg. Setiap pokok kelapa sawit hanya memerlukan kurang daripada 1kg (sekitar 500 gram) untuk setiap kali pembajaan dan strukturnya dalam bentuk serbuk memudahkan ia larut ke dalam tanah dengan segera. Kuantiti yang sedikit juga membantu memudahkan proses pembajaan serta mengurangkan kos pengangkutan dan penyimpanan. Hanya dengan menggunakan baja-bio W20 anda tidak lagi perlu menggunakan baja-baja lain seperti MOP, RP, TSP, Kieserite, Borate dan lain-lain. Bio-baja W20 akan melengkapkan keperluan unsur-unsur makronutrien dan mikronutrien. Kehadiran mikro-organisma bukan sahaja membantu penyerapan nutrien oleh akar malah ia juga membantu menguatkan daya-tahan penyakit. Hubungi kami untuk maklumat lanjut produk ini.

Photo 1a: Baja dipek dalam beg 10kg

 

Photo 1b: Baja-Bio W20 Ditabur Pada Pangkal Pokok Sawit. Warnanya Yang Cerah Memudahkan Mengenalpasti Pokok Yang Telah Dibaja. Proses Pembajaan Dapat Dilakukan Dengan Pantas.

Prestasi Kelapa Sawit

Baja-bio W20 telah digunakan oleh pengusaha ladang kelapa sawit lebih 10 tahun di Malaysia. Di antara kelebihan menggunakan baja-bio secara umum ialah peningkatan hasil pengeluaran. Bagi baja-bio W20 kewujudan mikro-organisma yang telah dipilih melalui pengkulturan lebih menunjukkan peningkatan hasil serta daya tahan penyakit. Melalui pemerhatian pada hasil plot ujian yang dilakukan bersama beberapa pengusaha-pengusaha, penggunaan baja-bio W20 membantu meningkatkan berat purata tandan. Kelebihan lain yang diperhatikan ialah keupayaan baja-bio W20 membantu pembungaan pokok-pokok kelapa sawit yang terbantut atau "pondan". Kami tidak boleh mendedahkan nama syarikat-syarikat ladang kelapa sawit yang turut serta dalam ujian-ujian tersebut tetapi kami boleh berkongsi sebahagian daripada data-datanya. Lokasi tapak-tapak ujian ini ialah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Indonesia.

 

Kes 1: Kalimantan, Indonesia

 

Photo 2: Carta-carta Prestasi Baja-Bio W20. Lokasi di Kalimantan, Indonesia

 

 
Photo 3: Scatter Plot: Panen (Yield) - W20 vs Control

Indonesia merupakan lokasi pengguna baja-bio W20 terbesar disebabkan keluasan ladang-ladang kelapa sawit di situ. Ujian yang dilakukan di sebuah ladang milik syarikat swasta di Kalimantan menunjukkan peningkatan panen (yield) pada bulan-bulan terakhir konsiten dengan peningkatan berat purata buah.

 

Kes 2: Sabah

 

Di antara kesimpulan-kesimpulan daripada ujian ini, penggunaan baja-bio W20 (ketika itu baja-bio Warisan 2020) membantu meningkatkan berat purata tandan daripada 14-15 kg kepada 18kg. Pemerhatian juga mendapati lebih daripada 50% pokok-pokok kelapa sawit "pondan" mula mengeluarkan buah setelah penggunaan baja-bio W20. Malah ada sesetengah kawasan mempunyai jumlah pokok-pokok sawit yang berbuah mencapai 80%.

 

 

Perbandingan Harga

Dari segi kos, baja-bio W20 boleh menyaingi kos penggunaan baja tunggal atau majmuk secara langsung (hubungi kami untuk info harga) dan kos tidak langsung melalui penjimatan pada kos buruh, penyimpanan dan pengangkutan. Baja-bio W20 mengekalkan kuantiti penggunaan sepanjang umur kelapa sawit pada jumlah yang rendah. Kewujudan mikro-organisma yang membantu penyerapan nutrien sehingga 80% menyumbang kepada kelebihan ini. Manakala penyerapan bagi penggunaan baja kimia adalah sekitar 30% dan selebihnya akan hilang.

Photo 4: Jadual Cadangan Pembajaan (baja tunggal) & Kos Semasa

 

Gambar-gambar Yang Menunjukkan Prestasi Baja-bio W20 (Kelapa Sawit)

 

 

Baca info lanjut berkenaan baja-bio W20 untuk tanaman lain disini.

 

0 thoughts on “Tingkatkan Hasil Kelapa Sawit Dengan Baja-Bio W20

  1. Salam,,sya ingin mendapat maklumat lengkap tentang baja w20,dan berapa harga nya tuk sekampit 10kg.tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *