Posted on

Teknik penanaman pokok Kurma

kurma-besar

Pengenalan
Kurma merupakan buah yang biasa terdapat di Timur Tengah, dan kebanyakan tanaman yang ditanam di sana atau di utara Afrika boleh berbuah, dan tidak menghairankan kita jika mereka hidup di kawasan iklim panas kering. Untuk penanam Amerika Utara, hanya zon 9 hingga 11 sesuai untuk pokok kurma.
Kurma bukanlah pokok mudah untuk ditanam dan boleh menjadi satu cabaran yang menyeronokkan jika anda mencuba pokok buahan baru di taman anda. Bersedialah untuk bekerja lebih sedikit daripada biasa untk berjaya.
Kurma amat berkhasiat, dan telah menjadi sumber makanan yang penting selama berabad-abad. Buah kurma adalah tinggi dalam serat dan beberapa vitamin B tetapi rendah kalori.

Permulaan tanaman
Pokok kurma adalah sama ada ia pokok jantan atau pokok betina, dan anda akan memerlukan kedua dua jenis pokok dalam usaha untuk mendapatkan buah. Jika anda mahu menanam beberapa pokok, anda boleh mendapatkan buah dengan dengan sepokok jantan dan banyak yang lain pokok betina. Oleh itu, apabila anda merancang lokasi anda untuk kurma, pastikan anda mempunyai ruang untuk sekurang-kurangnya 2 pokok jantan.
Oleh kerana anda memerlukan pokok jantan dan pokok betina, orang umumnya tidak menanam pokok dari biji kerana anda tidak akan tahu JANTINA selama bertahun-tahun. Benih dibeli biasanya dari sesulor pokok (offshoot) yang sedia ada, maka mereka perlu dilabel mengikut jantina mereka.
Pilih lokasi yang cerah , tanah yang sesuai dan subur seperti yang anda lakukan kepada lain2 jenis pokok. Gali lubang yang cukup besar untuk memegang akar. Untuk penanaman yang subur gunakan media berikut:
1) Tanah gembur- 1 bahagian
2) Pasir- 2 bahagian
3) Kompos – 1 bahagian
4) Sekam bakar- 2 bahagian
Masukkan media tersebut dalam lubang. Setiap pokok akan membesar kepada lebih daripada 50 kaki tinggi, dan sehingga 30 kaki.
Seperti yang dinyatakan, anda perlu 2 pokok tetapi oleh kerana anda boleh membuat pendebungaan dengan tangan, anda tidak semestinya perlu untuk menanam pokok-pokok bersebelahan antara satu sama lain jika ruang anda tidak membenarkan.
Walaubagaimana pun perkembagaan teknologi pertanian membolehkan anda membeli debunga pokok jantan sahaja. Sekiranya tiba masa untuk mendebungakan pokok kurma anda, anda boleh saja terus membelinya secara online. Gunakan keyword “beli debunga kurma” di google.

Penjagaan pokok
Kurma adalah pokok yang tumbuh sangat perlahan. Air yang berlebihan akan membunuhnya. Hujan yang tetap biasanya mencukupi, melainkan jika ia telah kering untuk tempoh masa yang panjang .
Pokok kurma TIDAK didebungakan oleh serangga atau burung, tetapi oleh angin, mungkin kerana ia tiada bau dan madu. Dengan hanya beberapa pokok jantan, anda mengambil risiko bahawa tiada pendebungaan dan oleh itu tidak akan menghasilkan sebarang buah. Ini bermakna sebahagian daripada rutin berkebun tahunan anda perlu pendebungaan tangan untuk pokok kurma anda.
Pokok jantan akan menghasilkan sarung debunga. Anda perlu untuk mengumpulnya (ia hanya satu serbuk halus) dan kemudian debu di tabor pada bunga betina sewaktu ia dalam keadaan mekar.

Pembajaan
Pembajaan pokok kurma disyorkan menggunakan 100% organik sebarang jenama. Elakkan penggunaan baja kimia. Ini kerana, seperti juga manusia, kimia mendatangkan kesan sampingan samada reaksi jangka panjang atau respon jangka pendek. Perlu diingatkan, hanya penggunaan baja organik yang TIDAK BERASASKAN NAJIS sahaja.
Anak pokok yang telah mencapai pembesaran kira-kira satu tahun dan sehat, bolehlah di pindahkan ke tanah atau kebun. Melalui pengalaman saya pemindahan anak pokok dari pasu atau poli bag ke tanah agak kritikal dan hendaklah berhati-hati supaya akar-akar tidak cedera. Sekiranya tidak cermat pokok akan terbantut atau mati. Masa penanaman yang paling sesuai adalah semasa musim hujan kerana kelembapan tanah dan cuaca yang kurang panas. Pembajaan peringkat permulaan hanya di gunakan selepas 4-5 minggu di tanam. Pembajaan di lakukan 3 bulan sekali.
Harus di ingat baja hendaklah di tabur 1.5 – 2 kaki dari pangkal pokok atau hujung kanopi daun. Sekiranya ditabur hampir dengan batang boleh mencederakan akar dan menyebabkan pokok bermasaalah dan mungkin membawa maut.
Pokok-pokok di atas mengalami kecederaan akar dan disebabkan baja berlebihan dan ditabur hampir ke bahagian pangkal. Pokok-pokok begini perlu penjagaan lebih rapi untuk memulihkan kembali supaya sehat. Racun kulat dan serangga boleh di gunakan kerana pokok yang lemah mudah mendapat penyakit.

Bekas tanaman
Kurma jenis kerdil memang wujud yang boleh tumbuh di dalam pasu besar, namun ia bukan satu pilihan yang praktikal. Seperti yang dinyatakan, anda perlu mempunyai 2 pokok yang mungkin tidak sesuai jika anda membesar kan kedua dua nya dalam ruang yang kecil.

Hama dan Penyakit
Burung, tikus dan tupai boleh menjadi masalah apabila buah mula masak. Petani biasanya meletakkan beg mesh sekitar gugusan buah kurma supaya mereka boleh masak tanpa dicuri.

Penuaian dan penyimpanan
Anda mungkin perlu menunggu sehingga kurma anda mencapai 4 hingga 7 tahun sebelum anda mula melihat buah. Tetapi jika anda menanam menggunakan benih tissue cultured, maka dalam 2 ke 3 tahun ia sudah berbuah.
Kurma tidak semua masak pada sekali gus walaupun dalam kelompok buahan yang sama, jadi anda akan mempunyai masa menuai beberapa kali sepanjang musim . Setiap pokok kurma boleh menghasilkan 150 hingga 200 paun buah setiap tahun, apabila ia telah matang dalam kapasiti penuh.
Kurma masak apabila berwarna coklat dan lembut, walaupun mereka boleh diambil ketika masih keras dan dibiarkan masak. Tetapi jika anda mempunyai masalah dengan burung memakan buah, penuaian awal mungkin menjadi pilihan yang lebih baik.
Kurma segar boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 minggu, atau dibekukan sehingga 4 bulan. Untuk lebih manis (dan lebih tahan lama), anda perlu mengeringkannya bukannya menyimpan segar.
Sebelum keringkan kurma, anda perlu menjadikan ia kepingan setiap satu dengan mengeluarkan biji. Kebanyakan orang menjadikan ia setiap butir kepada 2 keping. Kurma mengambil masa yang lama untuk kering, perlu dikeringkan di dehydrator atau ketuhar. Matahari adalah kaedah yang tidak baik untuk buah yang tebal itu kerana ia boleh mengambil masa lebih daripada 20 jam untuk kering, dan kurma akan menjadi keras apabila kering.
Setelah kering, anda boleh menyimpan pada suhu bilik di dalam bekas kedap udara selama 6 bulan. Simpan bekas dalam peti sejuk, dan ia akan baik selama setahun.

Share this:
Leave a Reply