Posted on

Pelbagai Kegunaan Rosemary

Sebut saja herba rosemary, saya mesti teringatkan hidangan kambing bakar yg diperap dengan rosemary. Fuhh.. boleh terbayang bau dan rasanya. Pokok Rosemary atau Rosmarius officinalis sebenarnya berasal dari Mediterranean.  Tapi sekarang kita dah boleh jumpa di kebanyakkan nurseri pokok terutamannya di Cameron Highland. Harga pun agak berpatutan jugak. Okeh, kali ni saya nak kongsi sedikit info berkaitan dengan pokok Rosemary. Bukan maklumat berkaitan resepi tapi lebih kepada kegunaannya diluar daripada skop sebagai bahan dalam resepi masakan.

Nama Rosemary berasal dari dua perkataan latin iaitu “Ros” yg bermaksud embun (dew) dan “Marinus” yg bermaksud dari lautan (of the sea). Secara umum memang menjelaskan habitat asalnya iaitu di sepanjang pinggiran laut Mediterranean.

Rosemary

 

Tip Penanaman & Penuaian Rosemary

Penanaman

Herba Rosemary perlukan cahaya matahari yang cukup dan tanah yg sederhana lembap. Jadi pastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak terlalu banyak mengandungi air. Boleh ditanam didalam pasu atau atas tanah.

Penuaian

Sekiranya anda selalu menggunakan rosemary dalam masakan, sebaiknya tanamlah beberapa pokok rosemary. Sebab pokok rosemary ni agak lambat membesar. Cantas bahagian atas bila nak guna. Dan mencantas ni pun sebenarnya boleh membantu pokok rosemary agar menjadi lebih rimbun.

Kalau anda nak mengeringkan rosemary utk menghasilkan esential oil, sebaiknya pokok rosemary itu lebih besar & matang. Sebab pokok yg besar mempunyai kandungan pati yg maksima.

Penyimpanan

Seperti teknik pengeringan herba yg lain anda boleh mengeringkan rosemary dengan menggantung keratan-keratan rosemary secara terbalik di tempat yang teduh. Biarkan ia dalam keaddan itu selama 2 minggu. Lepas tu bolehlah dipisahkan daun dari batangnya dan disimpan di dalam bekas yg kedap udara.

 

Kegunaan Rosemary

  1. Infused oil.

Pernah dengar tak infused oil? Atau minyak yg telah diserapi dengan herba dan biasa digunakan dalam aromaterapi. Cara utk menghasilkannya dengan rosemary amat mudah. Mula-mula potong batang rosemary (dgn daun sekali) pada ukuran 3 inci panjang. Sediakan 5 keratan. Lepas tu masukkan ke dalam secawan minyak zaitun dan panaskan pada api sederhana selama 5-7 minit. Sejukkan dan simpan di dalam botol untuk digunakan kemudian. Selain utk aromaterapi, minyak rosemary ni boleh digunakan dlm penyediaan salad.

  1. Madu Rosemary

Sediakan 5 kerana rosemary berukuran 3 inci panjang. Masukkan ke dalam secawan madu dan panaskan pada suhu sederhana selama 5 minit. Biarkan sejuk selama 45 minit. Keluarkan keratan rosemary tadi dan masukkan madu sahaja ke dalam bekas. Madu rosemary sekarang telah sedia utk digunakan.

  1. Minyak Pati Rosemary (Essential oil)

Minyak pati Rosemary boleh membantu melegakan masalah pencernaan, sakit sendi, selesema, sakit kepala dan banyak lagi. Sekarang anda akan belajar cara nak buat minyak pati Rosemary sendiri di rumah. Teknik hampir sama dengan proses menghasilkan infused oil iaitu memasukkan beberapa keratan rosemary ke dalam minyak zaitun. Gunakan ukuran yg sama. Lepas tu masukkan minyak zaitun yg mengandungi keratan Rosemary ke dalam balang kaca dan tutup. Kemudian letakkan balang tadi di bawah cahaya matahari selama 6 minggu. Mudah tak?

  1. Melegakan Hidung Tersumbat

Kalau anda sering mengalami hidung tersumbat dan dada terasa sesak sebab sejuk, mungkin kaedah ini boleh membantu. Panaskan air sehingga mendidih menggunakan cerek atau pot. Tungkan air yg masih mendidih ke dalam mangkuk yg besar. Masukkan lebih kurang satu genggam rosemary dan kacau. Boleh guna rosemary segar atau kering. Ambil tuala untuk menutup belakang kepala dan membongkok ke atas mangkuk tadi. Sedut wap air sehingga 10 minit. Tuala tu tujuannya untuk pastikan anda dapat sedut wap dengan maksimum. Boleh ulang beberapa kali. Rosemary ialah antiseptik semulajadi dan ia membantu melegakan hidung tersumbat.

  1. Melegakan Kesakitan

Rosemary boleh membantu melegakan kesakitan ulu hati atau angin dalam perut dengan mengambilnya dalam bentuk minuman teh rosemary. Minyak rosemary pula boleh digunakan untuk melegakan sakit gigi, enzima, sakit kepala, sakit urat dan gout. Ciri analgesik (melegakan kesakitan) dan anti-keradangan pada rosemary sebenarnya telah dibuktikan secara saintifik malah telah diiktiraf oleh Badan Kerajaan yg bertanggungjawab meluluskan ubatan di German untuk merawat sakit otot dan artritis.

  1. Meningkatkan Tenaga & Kejelasan Mental

Nak mental yg lebih jelas dan keupayaan kognif yg lebih baik? Minum teh rosemary. Ada kajian yg menunjukkan herba ini melambatkan proses penuaan otak manusia. Suatu proses yg secara langsung memastikan anda sentiasa tajam walaupun dah berusia. Bahan kimia yg bertanggungj-awab itu ialah asid Karnosik (Carnosic acid) yg wujud di dalam tumbuhan rosemary. Asid Karnosik ialah sejenis anti-oksidan yg memusnahkan radikal bebas.

  1. Kulit Kepala & Badan Yang Sihat

Minyak pati rosemary (essential oil) boleh digunakan untuk merawat kerengsaan pada kulit seperti jerawat atau enzema. Cuma perlu sapu pada bahagian yg sakit. Bagi merawat kulit kepala pula, campurkan ½ cawan rosemary kering dengan ½ cawan minyak zaitun dan panaskan pada api sederhana seketika. Angkat dan biarkan selama 20 minit. Kemudian tapis minyak zaitun dan isikan ke dalam botol. Gunakan minyak ini sekiranya anda nak merawat kulit kepala yg gatal atau berkudis. Sapukan dgn sekata lebih kurang satu penutup botol minyak zaitun tadi ke kepala dan pastikan kepala anda dilumuri sepenuhnya sehingga ke kulit kelapa. Tutup kepala anda dengan tuala dan biarkan selama 20 minit. Lepas tu basuhlah dengan syampu dan bilas dgn air.

  1. Dedoran Semulajadi

Badan berbau?? Makan lah daun rosemary selalu. Seeloknya tambah dgn beberapa herba lain seperti Selasih dan Pudina. Saya pasti kalau diamalkan selalu anda boleh berhenti daripada menggunakan dedoran yg mengandungi bahan kimia yg mungkin boleh merisikokan kesihatan anda.

  1. Rambut Yang Kuat & Bersinar

Khasiat untuk menguatkan rambut ini memerlukan kombinasi Rosemary & Jelatang (Urtica dioica). Kombinasi ini boleh merawat kelemumur dan melancarkan pengaliran darah yg secara tak langsung menggalakkan pertumbuhan rambut. Tapi kalau payah sangat nak dapatkan pokok Jelatang, sekarang ada banyak produk syampu yg menggunakan kedua-dua herba ini dipasaran.

  1. Nafas Yang Segar & Gigi Yg Sihat

Rosemary mempunyai ciri anti-bakteria dan ia boleh digunakan untuk melawan bakteria di dalam mulut penyebab kepada nafas berbau & kerosakan gigi. Caranya mudah saja, Cuma perlu titiskan minyak rosemary ke dalam ubat gigi harian anda. Ataupun sediakan air pembasuh mulut dengan merebus beberapa keratan rosemary ke dalam 2 cawan air. Boleh diguna utk berkumur.

 

Demikianlah sedikit perkongsian kali ni. Kalau anda nak beli anak pokok Rosemary atau biji benih Rosemary, anda boleh dapatinya katalog kami.

 

 

Sumber: Google

 

 

Share this: