Posted on

Menangani Tekanan Dengan Herba

Oleh Noraida Arifin

Kehidupan yang serba mencabar dan sentiasa dikelilingi oleh kesibukan menyebabkan kita mudah dilanda tekanan. Tekanan atau stress mudah terjadi apabila badan dan minda tidak dapat  menerima beban yang diberikan. Banyak faktor yang menyebabkan ketegangan atau tekanan antaranya ialah suasana kerja, masalah kewangan, masalah rumah tangga , komunikasi dua hala yang tidak berjalan lancear dan lain-lain lagi. Tekanan ialah sesuatu yang dialami oleh semua individu didalam semua fasa kehidupan.Malah statistic menunjukkan 70%  penyakit yang dirujuk diklinik-klinik seperti sakit kepala, sakit belakang, gastrik dan sakit saraf berpunca daripada tekanan. Sekiranya tidak ditangani dengan baik ia akan membawa kepada penyakit yang  lebih teruk lagi seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain penyakit kronik. Tekanan mental pula boleh menyebabkan kemurungan dan penyakit jiwa.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tekanan iala dengan bersenam dengan kerap( sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan setiap sessi berjalan selama 20 minit), mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat dan juga dengan mengamalkan teknik menarik nafas dalam-dalam ketika anda mula dilanda tekanan. Teknik ini dapat  membantu anda merasa lega dan tidak terlalu tertekan atau marah. Berjalan kaki perlahan-lahan juga dapat membantu menenangkan fikiran dan membuka minda kita.

Selain itu sebagai alternatif  kita juga boleh mengambil persediaan herba bagi menolong badan dan minda kita melawan tekanan. Antara herba yang berpotensi dan banyak digunakan untuk mengurangkan tekanan ialah bunga kenanga, bunga melur, kahawa hutan, bunga cahar ayam, bunga ros serai wangi, selasih, daun pudina  dan bunga melur (sekadar menyebut beberapa herba tempatan) terdapat juga herba luar seperti lavender, patchouli ,sweet fennel,holy basil, sage  dan marjoram. Artikel ini hanya akan menjurus pada penggunaan herba-herba tempatan sahaja.

Bunga kenanga(cananga odorata)

kenanga

Minyak pati bunga kenanga(ylang-ylang) banyak digunakan dalam perubatan aromaterapi. Ia digunakan untuk mengurangkan ketegangan badan dan fikiran. Kesannya pada minda atau fikiran ialah ia dapat menenangkan, meningkatkan mood ,mendatangkan rasa relaks , menjadikan kita lebih yakin dan selesa untuk berkomunikasi disamping mendatangkan rasa mengantuk dan rasa ingin tidur. Pada badan pula ia dapat menyelesakan otot-otot yang terasa lenguh dan dapat mengurangkan rasa sakit.

Selasih(sweet basil)

selasih

Terdapat dua jenis selasih iaitu Thailand basil dan sweet basil atau holy basil. Bezanya Cuma pada batang dan kelopak daun serta bentuk daun. Sweet basil mempunyai daun yang berbentuk oval dan mempunyai bunga berwarna merah jambu pucat yang hampir kelihatan putih.minyak yang dihasilkan dari daunnya juga banyak digunakan dalam perubatan aromaterapi untuk mengatasi masalah tekanan. Ia juga boleh digunakan untuk menangi masalah serangan panik dan kemurungan.