Posted on

Kunyit Hitam; Curcuma Caesia atau Kaempferia parviflora?

Beberapa hari yang lepas seseorang yang ingin mengkaji kunyit hitam menghubungi saya dan bertanya tentang kunyit hitam. Lebih 10 tahun yang lalu ketika saya mula meletakkan maklumat mengenai kunyit hitam sebagai pengetahuan am di website saya www.melur.com saya banyak dihubungi oleh pengamal perubatan bertanyakan pelbagai perkara dan memberikan pelbagai tip berkenaan dengan kunyit hitam. Seorang pemilik kunyit hitam menasihatkan saya agar tidak menjual kunyit hitam kerana ianya banyak digunakan dalam uparacara ghaib. Jadi saya tidak pernah menyimpan stok kunyit hitam. Pelbagai pendapat diutarakan diruangan komen artikel tersebut. Antara yang sempat saya capture. Perbincangan dengan pengkaji tersebut menimbulkan kekeliruan pada saya sendiri. Sebenarnya kekeliruan mula timbul apabila ibu saya menyemai kunyit hitam yang berlainan dari gambar yang saya ambil di salah sebuah ekspo pertanian.

Gambar kunyit hitam yang terdapat di website saya itu sebenarnya Kaempferia parviflora sedangkan artikel yang saya tulis itu mengenai Curcuma caesia. Dan kunyit hitam yang ibu saya semai itu adalah Curcuma caesia. Perbualan saya dengan pemilik Seri Subuh Agrofarm cik Nurul Ain mengesahkan kekeliruan saya. Curcuma caesia dikenali dengan nama kunyit hitam oleh masyarakat Malaysia. Ia dari spesis kunyit , curcuma, daunnya lebih kurang sebesar daun kunyit biasa dengan jalur ungu kehitaman di tengahnya. Rizomnya mempunyai isi berwarna putih dengan lingkaran ungu kehitaman. Ada juga yang memanggil kunyit hitam ini temu hitam, temu hitam atau temu ireng yang sebenarnya bukan curcuma caesia tetapi Curcuma aeringonosa. Isi rizom temu ireng berwarna putih dan akan berubah menjadi kekelabuan apabila dipotong.

Kaempferia parviflora, kunyit hitam Thailand, pula berada dalam spesis cekur. dengan daun yang kecil dan batang yang lembut dan rumpun yang kecil. Daunnya seakan-akan daun cekur . Keseluruhan isi rizomnya berwarna ungu kehitaman ( warna ungu kehitama yang sangat pekat)

Gambar dibawah menunjukkan perbezaan antara Curcuma caesia dan Kaempferia parviflora.Jika di Malaysia selalunya kunyit hitam merujuk kepada Curcuma caesia dan kaempferia parviflora selalunya di kenali dengan nama kunyit hitam Thailand.

Artikel ini berdasarkan pengetahuan am saya. Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen atau pembetulan fakta.

kunyit_hitam_combined