Smallpox, Chicken Pox, Cowpox, Measles & German Measles

Post
Herba Kering

Oleh Rosita Mohd Hussain

(Koleksi artikel Myherba egroup)

Small pox ialah penyakit berkaitan virus yg pertama di dunia berjaya dihapuskan (?). Pengidap terakhir dikalangan rakyat awam ialah pada 1977 oleh seorg kanak Afrika. Beliau selamat (tidak seperti kebanyakan pengidap yg biasanya maut apabila terkena penyakit ini), dan kali terakhir saya melihat gambarnya ialah tahun lepas. Kesian betul tengok parut yg terdapat dimukanya. Teruk betul.

Jadi namanya tidak menggambarkan teruknya penyakit ini berbanding chicken pox. Penyakit smallpox inilah yg telah membunuh ramai manusia di Eropah sehingga Sir Edward Jenner berjaya menghasilkan vaksin dari virus penyakit cow pox. Sejak itu kematian dapat dikurangkan sehingga lah penyakit ini dapat dihapuskan terus.

Chicken pox biasa (cengkering) dihidapi dan kalau sekali terkena dah dapat pelalian seumur hidup secara aktif. Ada juga yg memilih utk mendapat pelalian secara buatan. Ianya macam bisul kecil berisi air jernih yg akan menanah setelah dijangkiti bakteria yg biasa hidup dipermukaan kulit manusia. Kalau tak dijaga dgn baik akan menyebabkan parut yg tak kurang hodohnya.

Boleh juga minum air kelapa muda utk percepatkan keluar campak ini.Guna air yg direndam daun bambu utk mandi selepas campak ini keluar sepenuhnya. Ambil daun bambu yg direndam dan gosok perlahan-lahan pd kulit. Letakkan juga daun ini pada cadar tempat tidur. Dapat mengurangkan rasa gatal. Daun digiling lumat-lumat dan disapu keseluruh badan bersama bedak sejuk. Petua ini nenek saya guna semasa rawat kami adik-beradik kena campak (masa tu umur 3-5 thn). Tak seorg pun dari kami yg ada bekas campak ini hasil dari rawatan nenek saya ini. Nasihat saya kalau ada masih tak kena chicken pox eloklah lekas2 ambil pelalian kerana semakin tua usia kena penyakit ini semakin besar kemungkinan utk parut jadi kekal dan hitam pula. Chicken pox mungkin juga dituruti dengan kayap bagi sesetengah kanak2.

Measles (rubeola) ialah campak yg semacam ruam diseluruh badan sehingga ke dalam mata dan lidah. Ia boleh berlaku berulang kali kerana pelalian terhadap penyakit ini bukan pelalian aktif. German measles (rubela) pula lebih ‘mild’ dan ruamnya kadang2 pada abdomen sahaja. Tapi pada wanita mengandung German measles lebih merbahaya kerana virus ini boleh menyeberangi plasenta masuk ke janin lalu membunuhnya atau menyebabkan kecacatan. pelalian yg diberikan pd pelajar perempuan berumur 12 tahun itu ialah utk German Measles dan ini pelalian aktif seumur hidup. Maknanya kalau dah kena sekali, macam chicken pox juga takkan kena dah, Insya Allah.

Rosita

Ebooks

Leave a Reply

Your email address will not be published.