Resepi : Urap Pegaga

Tarikh Dihantar: 

Bahan-bahan:

secekak pegaga yang telah dibersehkan dan dipotong dalam ukuran 1 inci. 1/2 biji kelapa parut yang sederhana, 3 biji bawang merah, 1/2 inci kunyit hidup, 5 biji cili kering, 3 helai daun cekor beserta isinya, 1/4 gram ikan bilis yang telah digoreng, garam secukup rasa

Kaedah:

cili kering ditumbok lumat bersama kunyit, masukkan bawang merah dan ikan bilis dan tumbok sehingga bercampur ditumbok bersama dengan isi cekor. keluarkan kesemua yang telah ditumbok tadi dan digaulkan sehingga bercampur rata dengan kelapa parut, daun pegaga dan daun cekor.Daun cekor perlulah dihiris nipis terlebih dahulu sebelum digaul ke dalam campuran tersebut.

Pengirim:

raimah ali

Kembali ke Petua Dan Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *