Resepi : Stim Ikan Talapia (Ala Thai)

Tarikh Dihantar: 11/14/2006

Bahan-bahan:

1. 1/2 kg ikan talapia. Boleh diganti dengan ikan siakap
2. 2 kuntum bunga kantan
3. 2 labu bawang jeruk
4. 1-2 pokok ketumbar (diambil daun batang dan akarnya)
5. 3-5 Biji limau kasturi
6. 1 sudu teh taucu
7. 1 sudu besar kicap masin
8. Asam boi putih 2 biji
9. Halia muda dihiris halus.
10.sedikit bawang goreng untuk ditabur atas ikan setelah masak.
11. 3-5 ulas bawang putih yang ditumbuk
12. sedikit garam

Kaedah:

1. Ikan diperap selama 20 minit bersama bawang putih yang ditumbuk dan sedikit garam
2. Potong bunga kantan, pokok ketumbar dan taburkan diatas ikan
3. Letakkan bawang jeruk,asam boi,halia muda yang dihiris halus, perah air limau kasturi ke

atas ikan
4. lumurkan taucu dan kicap masin pada ikan
5. Kukus hingga masak .

sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba

Pengirim:

Nur

Kembali ke Petua Dan Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *