Resepi : Nasi Kerabu

Tarikh Dihantar: 

Bahan-bahan:

Kaedah:

Bahan untuk nasi:
semangkuk bunga kacang telang yang dikisar diambil airnya
2 pot beras
sehelai daun pandan
Bahan untuk ulam
1. secekak pucuk mata ayam
2. secekak pucuk samak
3. sekuntum bunga kantan
4. tiga batang serai
5. secekak ulam raja
6. secekak pucuk balik adap
7. seinci temu kunci.
bahan-bahan ini dihiris halus seperti untuk membuat kerabu
Bahan untuk sambal ikan
1. tiga ekor ikan kembung atau ikan sardin dibakar tanpa rempah dan diambil isinya
2. lima ulas bawang merah.
3. tiga ulas bawang putih
4. sedikit lada hitam
5. Kerisik (dibuat dari 1/2 biji kelapa parut)
Bahan untuk tumis:
1. tiga biji cili kering
2. lima ulas bawang merah
3. tiga ulas bawang merah.
4. sebatang serai dititik.
5. 1/4 cawan santan kelapa
6. sedikit kerisik
Nota: terdapat dua jenis nasi kerabu, nasi kerabu biasa dan nasi kerabu tumis. untuk nasi kerabu biasa tumisnya tidak perlu dibuat.
cara membuatnya:
Masak 2 pot beras bersama air perahan bunga kacang telang untuk menghasilkan nasi berwarna biru. Jika tiada bunga kacang telang anda boleh gunakan air perahan daun lemuni, kunyit atau pandan.Boleh juga gunakan pewarna biru atau ungu, untuk aromanya masukkan daun pandan.
Isi ikan ditumbuk bersama sedikit garam dan gula serta bawang putih, bawang merah dan lada hitam.Tumbuk kerisik secara berasingan.Letakkan sambal ikan dan kerisik secara bersebelahan di dalam pinggan.
Masukkan ulaman yang telah dipotong kedalam piring. sediakan pula tumisnya.panaskan minyak dan tumis cili kering yang telah dikisar bersama bawang hingga wangi.masukkan serai dan santan dan masak dengan api perlahan hingga agak pekat.masukkan sedikit gula dan garam dan serbuk perasa jika suka.
nasi kerabu sedap dimakan bersama keropok ikan dan ikan yang digoreng bersama tepung.Jika anda biasa makan budu anda boleh tambahkan budu yang telah diperah bersama limau nipis ketika menghidang.
selamat mencuba

Pengirim:

Nor

Kembali ke Petua Dan Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *