Resepi : Masak Lemak Putih Pucuk Bonglai

Tarikh Dihantar: 

Bahan-bahan:

Secekak pucuk bonglai Udang kering atau ikan bilis 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih Sedikit lada hitam secawan santan sedikit garam.

Kaedah:

Pucuk bonglai dicelur hingga layu. setelah itu toskan airnya dan uli dengan air sejuk untuk menghilangkan sedikit rasa pahitnya.Masukkan pucuk bonglai yang telah diperah airnya tadi kedalam periuk yang telah diisi santan.Tumbuk bawang putih, bawang merah, udang kering dan lada hitam. Janngan terlalu hancur.Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk tadi dan masak hingga mendidik.Jika suka boleh masukkan cili hijau atau merah.

Pengirim:

Noraida

Kembali ke Petua Dan Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *