Resepi : Masak Lemak Pucuk Mengkudu

Tarikh Dihantar: 

Bahan-bahan:

Pucuk mengkudu, santan, bawang besar, keledek (opsyen), udang kering/ikan bilis, garam

Kaedah:

1. Pucuk mengkudu dubuang tulangnya (tulang daun)
2. Semasa membasuh daun mengkudu, ramas sedikit supaya keluar rasa pahitnya.
3. Rebus daun mengkudu hingga lembut, dan toskan.
4. Santan diperah kepada 2 bhg. Satu bhg pekat (sedikit shj) dan selebihnya diperah menjadi santan cair (kemancar).
5. Masak santan cair bersama pucuk mengkudu, bawang yg dimayang, udang kering/ikan bilis, keledek yg dipotong kecil dan garam.
6. Bila keledek empuk, masukkan santan pekat, kacau hingga mendidih dn angkat.
7. Sedia utk dihidang.

Pengirim:

zarina

Kembali ke Petua Dan Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *