Resepi : Kerabu Mengkudu

Tarikh Dihantar: 

Bahan-bahan:

1 cekak pucuk mengkudu 1 ekor ikan kembung direbus terlebih dahulu 1/3 cawan santan kelapa yang diperah menggunakan air masak sedikit lada hitam 3 biji limau nipis diambil airnya 3 ulas bawang merah dan satu labu bawang besar Sedikit garam dan gula

Kaedah:

Pucuk mengkudu dibersihkan dan direbus hingga masak(lembut), toskan dan potong halus-halus. Ikan kembung rebus diasingkan isinya dan ditumbuk tidak terlalu lumat.Bawang merah dan bawang besar dimayang halus. Gaulkan bahan-bahan ini bersama santan hingga sebati. tumbuk lada hitam hingga lumat dan gaulkan kedalamnya.masukkan sedikit gula dan garam. Gaul sebati. Perah air limau nipis kedalam campuran tadi dan gaul sebati. sedia untuk dihidangkan.
p/s : dikelantan selalunya sedikit budu( 1 sudu teh) dimasukkan sebagai perisa dan penyedap. Kerabu ini amat sesuai dimakan oleh pengidap kencing manis. selain daun, buah mengkudu juga boleh dijadikan kerabu. Selamat mencuba

Pengirim:

Anura

Kembali ke Petua Dan Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *