Petua : Bahan Asas Penyediaan Kosmetik Di Rumah

Tarikh Dihantar: 5/12/2006

Bahan-bahan:

Keadah:

Anda sebenarnya boleh membuat sendiri kosmetik dirumah dengan menggunakan bahan bahan yang terdapat di sekitar anda.Asas untuk membuat kosmetik sendiri ialah:

Allantoin- sejenis bahan kimia dari sejenis tumbuhan yang dipanggil comfrey. Ianya larut dalam air dan mempunyai sifat anti-radang. Ia juga mempunyai sifat penmyembuhan dan boleh melegakan terutamanya pada kulit.bahan ini banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik komersial dan digunakan untuk merawat kulit dan bibir yang bermasaalah.

Badam- badam yang telah ditumbuk dan digunakan sebagai masker bagus untuk mencantikan dan membersihkan kulit.

Minyak badam-Ia merupakan minyak yang paling berkhasiat untuk digunakan dalam pembuatan kosmetik dirumah.

Tawas- tawas merupakan sejenis galian yang berwarna putih, sesetengahnya boleh didapati dalam bentuk serbuk. ia mempunyai sifat menyegarkan dan digunakan dalam losyen. ia juga digunakan sebagai syampu kering untuk menghilangkan kekotoran dan peluh.

Angelica-Merupakan sejenis herba inggeris . Ia mempunyai daun yang daun yang berbentuk runcing dengan batang berongga dan bunga yang berwarna putih atau ungu muda.angelica merupakan herba yang digunakan penghadaman. Ia dapat merawat masalah kembung, angin dan kulit melecur akibat terbakar.seduhannya didapati dengan merendam daun dan batangnya yang di cincang kedalam air mendidih.seduhan ini boleh dijadikan ubat kumur untuk masalah sakit tonsil dan tekak.tumbuhan ini juga digunakan sebagai perisa arak.

Epal- Merupakan sumber asid semulajadi yang baik untuk kulit.

Aprikot- Kaya dengan vitamin A

Asid askobik- Kandungannya merupakan vitamin C.

Avocado- Menyak mengandungi vitamin untuk mencantikkan kulit.

minyak bayi-sejenis minyak tidak berwarna dan tidak boleh menembusi kulit.ia sesuai untuk krim pembersih tetapi minyak sayuran sebenarnya lebih sesuai untuk digunakan dalam krim losyen dan minyak mandian.

Pisang- memperkayakan kulit dan boleh digunakan dalam masker.

Barli- Kaya dengan zat besi dan vitamin B.ia juga menyejukkan kulit dan menguatkan saraf.

Selasih- Merupakan sejenis herba yang beraroma kuat. daunnya berbentuk oval dan boleh didapati tumbuh liar disesetengah tempat.selasih merupakan tonik yang kuat yang digunakkan sebagai stimulant.

Lilin lebah(beeswax)-Sejenis lilin yang mempunyai takat lebur yang tinggi.Ia sesuai digunakan untuk membuat krim muka. satu bahagian lilin lebah dihasilkan oleh lapan bahagian madu.

Benzoin-ia mempunyai sifat antiseptik dan pengawetan.larutan benzoin digunakan untuk mewarnakan tonik kulit dan krim.

Asid benzoik- mempunyai sifat pengawetan.

bergamot- sejenis herba beraroma. minyak yang dihasilkan dari bergamot merupakan minyak jenis mudah meluap dan digunakan untuk pewangi dalam minyak wangi.

Betony- merupakan sejenis tumbuhan yang berbunga ungu . ia merupakan penahan sakit semulajadi terutamanya untuk sakit kepala. Ia juga membersihkan darah. ia digunakan dalam rawatan untuk jerawat

soda bikarbonat

Pengirim:

Noraida Arifin

Kembali ke Petua & Resepi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *