Kaedah Penghantaran Pokok

Penghantaran anak-anak pokok dan benih akan dibuat menggunakan perkhidmatan City-Link atau KTM Delivery bergantung kepada lokasi anda. Terdapat dua kaedah pembungkusan yang kami buat.

1. Top-Bottom Box Packing

Pertama ialah dengan memasukkan anak pokok ke dalam kotak dan memastikan ianya tidak bergerak terlalu banyak semasa penghantaran. Kaedah ini adalah cara yang paling banyak digunakan. Anak-anak pokok yang dihantar dengan cara ini boleh bertahan sehingga 1 minggu.

 

 

packing plants 

 

2. Bare-Root Packing

Manakala kaedah yang kedua yang merupakan cara yang jarang digunakan ialah teknik 'bare root'. Teknik ini hanya akan digunakan ke destinasi tertentu dan untuk beberapa jenis anak pokok. Kami akan memaklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran.