MELUR.COM
Email : support@melur.com

Laman utama |Siapa Kami | Produk | Buku | Komuniti |Buku pelawat |Sertai Kami |

E-books
Herbal Remedy
Produk Pilihan Melur
RM10 Anak benih Belalai gajah
Anak benih Belalai gajah RM10 Anak benih bunga kesidang
Anak benih bunga kesidang
RM3 Akar som Jawa
Akar som Jawa RM12 Teh herba misai kucing ( Java Tea)
Teh herba misai kucing ( Java Tea)
RM9 Benih rose jepun ( campuran). 3 pasu bunga rose je
Benih rose jepun ( campuran). 3 pasu bunga rose je RM8 Benih daun dewa
Benih daun dewa
RM8 Benih Cekur hitam
Benih Cekur hitam RM5 Anak pokok harum sundal malam
Anak pokok harum sundal malam
RM8 Pokok jarum tujuh bilah bunga oren
Pokok jarum tujuh bilah bunga oren RM5 Benih hempedu bumi
Benih hempedu bumi

Lihat lebih banyak produk lagi >>>
10 Produk Paling laris
1. Anak pokok harum sundal malam
2. Benih hempedu bumi
3. Benih pokok kenerak
4. keratan batang sabah snake grass
5. Pokok Halau Nyamuk
6. Benih daun dewa
7. Benih Cekur hitam
8. Anak benih Belalai gajah
9. Benih stevia
10. Benih cempaka putih
11. Baba Grower Pot 147mm
12. Anak benih senduduk putih
Mencari Produk ? :

Dapatkan naskah anda disini
Google books preview
Beli Buku ini

Daftar baru
ID pengguna:
Kata Laluan:

Carian Produk

Pautan menarik

1. Senarai nama saintifik
2.Rawatan Kanser menurut Al-Quran
3.Flowers of Malaysia

Simpanan artikel
1.Migrain dan herba
2.Leuorrhea(keputihan): Masalah yang kerap dialami wanita
3.Herba membantu Senggugut
4.Racun bena putih
5.Mengawal dan menghapuskan bena putih
6.Tip mengatasi dan mencegah sakit kepala
7.Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi
-sumber Mingguan Wanita April04
8.Penawar Kanser: Pokok Harum Sundal Malam
(Berita dari Mingguan Malaysia Isnin 6 Dis 04)
9.Semaian Herba Hutan
10.Herba Untuk Asma/lelah
11.Kain Bawal fabrik selesa untuk tudung.

Sertai kami di Myherba
Disokong oleh health.groups.yahoo.com
Laporan trafik kami secara terperinci

Sertai kami
Hantar artikel anda
Hantar Petua
Hantar Resepi
Senaraikan syarikat
Artikel
Petua
resepi
diskusi
Pengalaman
BLOG PENGARANG
Iklan percuma
Direktori Herba
Direktori Pengeluar
Jadual penanaman
Lihat Katalog Melur.com
Pautan Lain

Melur.com

Promote Your Page Too
5 Produk paling baru
1. Anak benih kecubung
2. Pokok Halau Nyamuk
3. Anak pokok harum sundal malam
4. keratan batang  Mulberi
5. keratan batang sabah snake grass

Buah | Herba | Hiasan |Sayur | Semua Tumbuhan |

Senduduk

Nama Tempatan:Senduduk
Nama Saintifik:Melastoma malabathricum
Nama Lain:Keduduk,senggani,Straits Rhododendron
Famili:Melastomataceae
Lokasi dijumpai:Semak dan belukar
Asal:

keterangan:

Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak yangtidak terlalu tebal. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m.Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini.bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan.Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek.Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand.Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi juga.Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.

kegunaan:

Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan.Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi.Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, brak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air

English Translation

Commmon Name:
Botanical Name:Melastoma malabathricum
Other Name:Keduduk,senggani,Straits Rhododendron
Family:Melastomataceae
Location:
origin:

Description:

Usage:


Beri Ulasan Anda


Ulasan pembaca


buahnya sedap dimakan tapi  saya tak suka pokok ni tempat membiak ulat beluncas he... takut besar-besar tu. tapi akarnya di campur asam keping rebus buat berkumur dalam 3 hari hilang selamanya penyakit gusi berdarah. saya dah cuba masa kecik-kecik dulu sekarang dah pertengahan umur tapi masalah gusi berdarah tak ada langsung dah.
~ nora

ada sejenis senduduk pernah dan masih ada lagi di hutan sepanjang jalan dari padang sanai,kuala nerang,kedah ke UUM sintok,buahnya sebesar ibu jari kaki.bunga juga lebih besar dan cantik.jenis apa tak tau la.rajin2 la pergi melanchong ke situ apabila ada urusan di UUM sintok
~ banprakop@yahoo.com

Pada Nik yang kata buah senduduk ni mempunyai antioksidan yang tinggi berbanding buah acaiberry ada bukti research tak yang boleh kata cmtu?
~ syaamir

Buah Senduduk bisa dipakai untuk pewarna batik, buahnya yang sudah matang ditumbuk lalu diberi alkohol dengan perbandingan 3:1, oleskan pada obyek yang sudah dibatik berulang-ulang , hasilkan batik berwarna keunguan.
~ aretno.toni@gmail.com

buah senduduk atau kedududuk kaya dgn anthycyonin, bahn utama yg menghasilkan anti-oxidant. Kehebatan nya mampu mengatasi kandungan anti-oxidant yg terdapat dlm acai berry dari hutan amazon atau pun maqui berry dari kawasan pergunungan Patgonia
~ Nik Hassan. nkhasan@consultant.com

aku frust.......
~ budak maresmart

sya nmpak mak mertua sya guna daun ni tuk wat hilang pedar pd limau nipis yg nak dibuat acar limau.rebus limau nipis ngan daun senduduk ni pastu tak tau lgi dia cmpur amende lgi.mlas nak tanya bebanyak.
~ zamtia

daun senduduk dipercayai mengandungi bahan anticancer, tapi masih di peringkat awal kajian. insyaallah, mana tau..satu hari nanti kite dapat hasilkan penawar cancer.. (^_^)
~ bUd@k K@mPoNg

nak kurangkan pahit pucuk betik rebuslah dengan daun senduduk ni. colek dengan sambal belacan, terangkat!!!
~ sheriff lobo

Memang sah pucuk senduduk atau daun nya di kunyah dan ditempek pada luka baik besar atau kecil dapat menghentikan pendarahan, kalau dah banyak sangatpokok nya kau orang tebang kemudian jemur untuk gugurkan daun2 kemudian ambik ranting tu diikat banyak-banyak buatlah penyapu jalan kan jimat.......
~ ala

pokok ini mujarap untuk menhentikan darah pada luka2 and bleh dijadikan penawar untuk terkena bisa2 binatang dengan mengunyah daun dan tampal pada tmpat yg digigit. dgn izin allah
~ orangKodiang

kawan sy ade wt kajian ttg pokok ni tok thesis die..pokok ni ade antimicrobial activity. ;)sorg lecturer frm UPM ade wt kajian psl benda ni..
~ faeizah

orang kata buah pokok ni boleh makan. Betul ke?
~ liya

untuk penyakit buasir saya telah disyorkan oleh seorang kawan untuk meminum air rebusan akar senduduk sebanyak 3 kali dan kesannya amat jelas. akar senduduk dipotong sebesar jari kelingking dan di rebus9 contohnya kalau di rebus dengan 3 cawan air, biarkan ia tinggal satu cawan sahaja). sekarang saya tidak menghadapi masalah buasir lagi
~ baddri

Senduduk untuk keputihan:
Daunnya dikeringkan terlebih dahulu. Rebus daun bersama halia, sedikit gula dan bonglai. Minum apabila suam
~ Admin

kegunaan dalam pantang:
Ambil akarnya dan dijemur kering. Rebus bersama pokok ubatan lain sebagai ubat periuk. Minum sepanjang dalam pantang.
~ Admin

macamana nak rawat buasir ( piles ) dengan melastoma ne?
~

ape kesan sampingan tumbuhan ni bl kte gune
~ ~riena

benarkah senduduk putih mempunyai kaitan dengan orang bunian/orang halus?. pokoknya sangat sukar diperolehi. siapa ada cerita pasal senduduk berbunga putih?.
~ sallehderan@yahoo.com

Apa mengarut cerita pasal orang bunian ni. Tipulah!!!!
~ Cipok

Senduduk putih boleh didapati di Cameron Highland (Gunung Berembun ataupun Jasar). Senduduk putih jarang akan membiak walaupun menggunakan keratan batang. Bergantung pada penjagaan. Tapi paling mudah sekiranya memperolehi bijinya yang sudah tua. Boleh disemai. Berhati2 semasa mengendalikan biji benihnya kerana mudah dijangkiti kulat. Bunga senduduk (ungu) boleh digunakan untuk meghilangkan parut akibat demam campak. Tenyehkan pada bahagian yang berparut. Insya- Allah akan hilang beransur-ansur tetapi haruslah selepas disapu selepas sembuh (untuk yang lama tak boleh).
~ Mawar Desa

Untuk buasir anda boleh cuba teh misai kucing. Ia berkesan untuk saya
~ Rita

kalau nakkan pokok senduduk ni datanglah ke Dam Batu Ulu Yam, banyak sangat kat sini. Siapa kata susah nak jumpa...
~ amir (biomaster2000)

Nama saintifik Senduduk putih:Melastoma decemfidum
~ Admin

Sapa tau rujukan saintifik mengenai kandungan kimia senduduk
~ Sabah

ada sesiapa buat kajian antibakteria daripada daun senduduk?
~ nenekchun

nama botani keduduk batu ialah pternangra spp. dan keduduk hutan ialah allomorphia exigua
~ fajarsiang@yahoo.com

senduduk putih banyak kegunaannya daripada senduduk ungu.makan pucuk muda, baik untuk darah tinggi dan kencing manis. air rebusan ranting dan daun (yg telah dikeringkan) dijadikan air mandian, cubalah terasa kesegarannya.bunganya boleh buat minyak kasih...
~ raiza

senduduk ada 3 jenis, merah/ungu,putih dan biru. Senduduk biru tak disebutkan pun kat sini..ada sapa2 tahu?
~ panji

cerita mai sat pasai senduduk putih pulak ?
~ amri1997@yahoo.com

bunga senduduk boleh di gosokan kat muka anda yg ada blackspot/bekas kudis...amalkan selalu setiap hari..insyaAllah akan hilang lah yg hitam tu..cuba ..try..test..
~ salhussinmah

Masa kecik-kecik dulu saya gunakan daun senduduk untuk menghentikan pedarahan pada luka kecil. Caranya daun senduduk dikunyah hingga lumat dan ditampalkan pada luka. Insyaallah darahnya akan cepat berkenti.
~ labo AKK

MASA KECIL KECIL DULU SAYA PERNAH MAKAN BUAHNYA,RASANYA MANIS DAN HABIS MULUT SAYA BERWARNA UNGGU..BUAH YANG MASAK IALAH YANG TELAH MEREKAH DAN MENAMPAKKAN ISINYA KELUAR SEDIKIT ..CUBALAH..IA TAK MABUK ATAU BERACUN
~ jasmie_my@yahoo.com

DAUN POKOK SENDUDUK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MELEMBUTKAN DAGING ATAU MASAKAN.NENEK SAYA GUNAKAN UNTUK MELEMBUTKAN DAGING DAN MEREBUS JERING CAMBAH SUPAYA IA TIDAK LIAT DAN LEBIH EMPUK
~ jasmie_my@yahoo.com

betul ke pokok ni boleh mengubati penyakit setahu aku pokok ni buat sakit mata je and buat semak......  
~ din 06/07

nak malklumat tambahan ttg senduduk...kajian geo form3....
~ honey_gurlz15@yahoo.com
Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker
Tumbuhan paling baru dikomen:Sambung Nyawa(7/16/2014)



Resepi
Stevia , pemanis gantian gula
Bahan-bahan:
Stevia dan Pengisar kering atau pengisar kopi

Stevia mula dikenali umum sebagai pemanis tanpa kalori  yang boleh menggantikan gula dalam minuman dan masakan. Hakikatnya kita tidak dapat menentukan ketulenan  pelbagai produk stevia yang disediakan di pasaran. Langkah paling selamat ialah dengan menanam dan memproses sendiri stevia untuk menentukan ketulenannya. Video ini menunjukkan cara mudah untuk menyediakan stevia untuk kegunaan di rumah.
Cara Membuatnya:

~Pengirim:Noraida Arifin


Petua
petua untuk ikhtiar penyakit kanser
Bahan-bahan:
Biji aprikot pahit.

Cara:
1. Seorang kawan yang terkena kanser usus mengamalkan memakan 9 biji aprikot pagi , tengahari dan malam sebagai ikhtiar penyakit yang dihidapinya. In Shaa Allah disembuhkan sakitnya.

2. Seorang makcik mengesyorkan sesiapa yang tidak lagi terkena kanser untuk mengambil 3 biji aprikot pahit setiap hari untuk mencegah kanser. caranya dengan makan seperti makan kacang. Memang pahit tapi alah biasa tegal biasa.

~Pengirim:Nor

Pelawat aktif :21 orang
Carian tumbuhan:

Senarai Tumbuhan (284)

Adenium
African Violet
agave
Aglaonema Pride of Sumatera
Aglonema
Akar Ginseng jawa
Akar Pisang / bunga pisang-pisang
Akar tarum
Alfalfa
Allspice
Anggerik Merpati
Anggur
Asam gelugur
Asam kerat lintang
Asam Kerenda
Ati-ati
Bakawali
Balik adap
Bangun-bangun
Baru Cina
Bauhinia
Bawang putih
Bayam
Bayam karang
Bebuas
Belalai Gajah
belimbing pasir 1
Belimbing tanah
Beluntas
Bemban
Berangan
Beri Hitam
Biji Sawi (black mustard seed)
Bluewings
Bonglai
Bonglai putih
Buah Mentega
Buah susu/Avocado
Buddleia
Bunga bawang merah jambu
Bunga Bawang putih
Bunga butang ungu
Bunga Cina / Melur Cina
Bunga Cina oren
Bunga kenanga
Bunga lawang
Bunga Lidah Kucing
Bunga lili putih
Bunga Matahari
Bunga mayang sari
Bunga melur
Bunga melur vietnam
Bunga ribu ribu
bunga ros jepun
Bunga santalia
bunga tahi ayam
Bunga Tanjung
Bunga Tongkeng
Calalily
Cape honeysuckle
Cekur
Cekur Manis
Cempaka
Cempaka Keling
Cempaka telur
Cemumar
Cendawan susu rimau
Cendawan Tiram Kelabu
Ceri barbados
Cermai
chinese honeysuckle
Cucur atap
Cuphea
Dahlia
Dahlia
Daun Dewa
Daun segugur
Delima
Depu Pelanduk
Derhaka Mertua
Dukung Anak
Durian Belanda
Ekor Anjing
Embun tengahari
Fire Flash
Flame violet(green)
Gadis Lompat
Gaharu/depu
Gaillardia
Gajus
Galak tua
Gandarusa
Garuda
Gelam Tikus
Gelenggang
Gora
Gorek
Halia
Hamba Raja
Hempedu beruang
Hempedu bumi
Hujan panas
Inai
Jade Vine
Jambu batu
Jarak Minyak
Jarak pagar
Jarum Mas
Jarum tujuh bilah
Jelai
Jeliti
Jerangau
Jeremin
Jeruju
jerun
jintan hitam
Kacang Malabar
Kacang telang
Kacip Fatimah
Kaduk
kancing baju
Kancing Baju Merah
Kantan
Kapalterbang
Kari
kayu manis
Kecubung
Keladi candik
Keladi Tikus
Kelapa
Kemangi
kembang semangkuk
kemoyang
Kemunting
Kemunting Cina
Kenerak
Kerak-kerak nasi
Kerian
Kermak putih
Kesidang
Kesum
Kesumba
Ketumbar jawa
Ketumpangan air
Kopsia
Krosandra
Kucing galak
Kuku Garuda
Kulim
Kunyit
Kunyit Hitam
Lada Hitam
Laici
Lakum
Larak
Lemba
Lemon Balm
Lempoyang gajah
Lemuju
Lemuni
Lengkuas
Lengkuas geting
Lenjuang merah
letup-letup
Lidah buaya
Limau kasturi
Limau Purut
Lontar
mahkota dewa
Maman Hantu
Maman Ungu
Mambu
Manggis
Mas cotek
Mata Ayam
Matakucing Pingpong
Melada pahit
Memali
Mempelas
Mengkirai
Mengkudu
Mengkunyit
Mertajam
Mexican Hat
Misai ali
Misai kucing
Mulberi
Nam Nam
Oregano
orkid pinang
Paku Tunjuk Langit
Pala
Palas
Pandan wangi
Parisan
Patawali
patikan kerbau
pegaga
Penaga
Perah
Peria pantai
Periuk Kera
Petai
Petai belalang
Petunia
Pokok ajaib
Pokok lelipan
Pokok Manjakani(mempening)
Pokok Nilam
Pokok Tea
Pokok Zebra
Pudina
Puding Mas
Pulosari
Pulut-pulut
Purple Heart
Putat
Rosemary
Rozel
Ruku Hitam
Rumput Israel
Sagu Bemban
Salam
Sambung Nyawa
Sarang semut
Sawi Rana
Sedap Malam
Sehelai setahun
Sekentut
Selada
Selada
Selai Jendela
Selasih
Selasih dandi
Selom
Semalu
Sembung
Senduduk
Senduduk Paksa
Senduduk putih
Senna mekah
Sentul
Sepang
Serai
Serai aceh
Serai Wangi
Setawar
Setawar Putih
Sintok
Sirih
Sri Gading
Stevia
Subang nenek
Sundal malam
Sungkai
Sunset Bell
Susun kepala
Tebengau
Teja
Temu hitam
Temu kunci
Temu lawak
Tenggek Burung
Tepus Kesing
Tepus Tanah
Teratai
Terung asam
Terung Kemar
Terung Ranti
Terung susu kambing
Timun betik
Tomato
Tongkat ali
Tongkat Ali Hitam
Tutup Bumi
Ubat Kurap
Ubi jaga
Ubi Kasur
Ubi sarek
Ulam raja
Ulat Bulu
Urang-Aring
Vanila
Yesterday, today, tomorrow
Zodia

Artikel ini disiarkan untuk pengetahuan am dan tujuan pembelajaran semata-mata, artikel ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.

Melur.com ialah sebuah laman web persendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan atau organisasi atau e-group.

Copyright?Melur.com 2003-2010
email kami di support@melur.com