Dikampung gue kepulauan Lombok pokok ini dipanggil Masjoko.di jawa timur dipanggil Mas Mona
~ mastura
|
Rendam daunnya dalam air panas, kemudian minum setiap pagi, baik untuk kesihatan.
~ Aishah UUM
|
sinergi mas cotek, kancing baju, manjakani, misai kucing dan daun inai,,,,khasiatnya sgt menakjubkan untuk wanita. sy dah proses smua bhn tersebut sbg kapsul. mudah di makan.
~ na setiu
|
Kini khasiat mas cotek boleh dinikmati terus dalam bentuk moden, dalam botol 150 ml dan rasanya enak dan menyegarkan seperti red bull atau livita. Ia dibuat dengan bimbingan MARDI. Namanya ISOmedic. Gabungan ekstrak 7 spesis dan lain-lain. Digalakan mencuba
~ Hj Mohd Ali - 0163864420
|
kpd yg mau membeli daun kacip fatimah dan daun mas cotek yg dikeringkan, sila hubungi saya, jaafar, 019-9837179, mjeff19@hotmail.com
~ jaafar 019-9837179
|
Pokok kalau nak dapat yang liar dah senang kat pokok sawit sesetengah tempat banyak tetapi jenis berdaun kecil yg pernah sy jumpa kat kuala selangor....
~ mn
|
Saya tanam mas cotek, macam dalam gambar. Sekadar suke2 coz daunnye cantik.
Mak saya kerat ranting2nye cucuk kat tanah dalam polibag. tumbuh. mudah dibiak.
Kenalan saya, en. adi mengusahakan mas cotek, ade dijadikan ubat.
~ abid(indahcemerlang@yahoo.com)
|
saya mendapat tahu setelah membaca web melur.com bahawa mas cotek bolih menyembuh kan berbagai penyakit,saya nak tahu adakah herba ini bolih menyembuh kan sakit urat belakang? yang di hidapi oleh seorang kawan saya setelah di sah kan oleh doktor kawan saya mengidap penyakit urat belakang yang bengkok, kapada siapa2 yang tahu akan herba yang sesuai untok penyakit ini tolong siar kan di laman web ini untok panduan kapada semua. terima kasih.
~ puan ayang
|
Di kawasan Lembah Klang ni, di manakah saya boleh dapatkan anak benih mas cotek ni?
~ mahmud
|
Aku hari-hari minum Mas Cotek ni... Bagusss... terutama diabetis... macam hilang terus.. aku tanam sendiri je, dalam pasu... benih amik kat hutan... terengganu .. belambak... tapi lain orang maybe lain plak kesan dia... best for diabetis, lemah tubuh...and keh keh for man laaa..
~ Ahmad Zacky
|
Ginilah…kawe pun rajin jugak main dalam hutan, hal Mas Cotek ni…duduk mano, saing dia sapo…taulah ambonya. Hok dok royak dalam laman web ni…demo gi sendiri ko masuk hutan? Ko demo dengar orang royak, ko demo baca book Mardi pas tu heret lentang pukang royak hal Mas Cotek. Beraso kawe lah…kalu demo rasa nak jelas bab go ni, demo keno ‘guru’ dengan Sifu Mas Cotek…demo kenal dok ko Sifu Mas Cotek? Kawe sera keras tak berat mano…tanyo dio sendirilah lagu mano kiro. Seloro tu wei…jangan sera hati. Bekok seloro lah kito ni.
Sebenarnya sejarah awal tentang Mas Cotek ini, saya telah berkenalan dengan Sifu Mas Cotek di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur 10 tahun yang lalu. Masa itu saya tidak pernah dengar nama Mas Cotek malah tidak pernah melihat langsung Pokok Mas Cotek apatah lagi merasai rasa air herba Mas Cotek yang kini telah popular sekarang. Dari pengalaman merasai Mas Cotek buat pertama kalinya telah mendekatkan diri saya dengan Sifu Mas Cotek. Pada mula saya terkejut juga melihat Sifu yang berpakaian berjubah putihnya, berjanggut, berkopiah dan bercakap dialek Kelantan. Saya sendiri tak menyangka bahawa beliaulah orang pertama yang memperkenalkan Mas Cotek malah nama Mas Cotek itu sendiri diciptanya…tak syak lagi…Mardi sendiri mengakuinya dalam sebuah laporan Mardi mengenai Sejarah Mas Cotek. Setelah beberapa tahun kemudian, Sifu Mas Cotek diberi peluang memperkenalkan pokok dan produk Mas Cotek di Expo MAHA 2004 yang diadakan di Seri Kembangan, Selangor. Semasa itu iada seorang pun yang menjual produk yang berasaskan produk Mas Cotek kecuali Sifu menjual produk teh uncang dan kopi Biomas yang pada masa itu masih lagi dibungkus dalam bekas plastik tupperwear dan juga produk minuman terus dalam botol kecil tanpa label sama saiz dengan botol air asam jawa.
Selepas itu herba Mas Cotek ini terus diperkenalkan lagi dengan tersiarnya di majalah-majalah seperti D’Herba, akhbar-akhbar, rancangan Majalah 3 & rancangan bersiri Herbal Secret di TV3, Agro Jurnal di TV1 malah pada 24hb Ogos 2007 pada 06:05pm Sifu telah muncul dalam rancangan Agrotek di TV1. Setelah melihat Sifu dalam rancangan Agrotek, barulah saya membuat ulasan ini.
Saya mengenali Sifu yang menjual produknya bermula dengan packaging plastik yang dilekatkan stiker Photostat hitam putih…produk Mas Cotek Sifu diletakkan atas nama Biomas sempena nama syarikat hakmilik Sifu iaitu Biomas Trading sehinggalah Sifu meningkatkan pengeluaran produknya dengan kualiti pemerosesan yang standard dan kualiti packaging yang bermutu untuk menjamin kualiti produk terus selamat dan baik. Bagi saya produk Sifu yang pernah dikeluarkan adalah 100% asli. Diakui banyak saingan berlaku sekarang, Mas Cotek telah menjadi satu produk minuman herba…itu memang satu perkembangan yang sihat namun terus terang saya katakan bahawa kandungan herba Mas Cotek dalam lain-lain produk tidak sama dengan produk keluaran Biomas (diperjelaskan di sini, Biomas Trading tiada kena mengena dengan produk Bioworld iaitu produk Biomas Café di mana Jusmiera yang merupakan pengacara Herbal Secret yang pernah meminta khidmat nasihat Sifu Mas Cotek…macamana pula Jusmiera menjadi duta kepada produk Biomas Café?...sepatutnya kalau nak buat produk…pakai nama Bioworld Café).
Semasa saya mengunjungi Expo MAHA 2006 yang bertempat di Serdang, Selangor…ada lapan gerai Mas Cotek tidak termasuk produk Sifu. Apabila mencuba produk yang dikatakan oleh penjual-penjual produk Mas Cotek…cukup variasi rasa Mas Cotek yang diformulasi oleh mereka…ada rasa pandan, ada rasa strawberry, ada rasa kunyit…dan macam-macam rasa lagi. (apalah nasib pengguna kita hari ini…pada produk tulis 100% Mas Cotek…tapi tak secotek pun rasa Mas Cotek dalam produk!). Bersaing dalam perniagaan itu bagus tapi janganlah bersaing untuk menipu orang lain demi memenuhkan poket sendiri. Yang peliknya di Sabak Bernam, ada pulak yang mengakui dirinya adalah orang pertama menanam Mas Cotek dimana benih tersebut di bawa balik dari Africa dengan nama Kang Kaliban…atau Bang Kaliban…saya pun tak pasti. Ianya berlaku dalam 2-3 tahun ini. Hairan sungguh saya, setahu saya…saya mengenali Mas Cotek dalam 10 tahun lepas di Wisma Yakin, Kuala Lumpur. Berita ini telah sampai kepada Kementerian Pertanian dan para penyelidik yang membuat kajian tentang Mas Cotek terpaksa bergegas ke Sabak Bernam untuk mengaji selidik Mas Cotek asli yang di bawa balik dari African. Yang peliknya, bila dikaji-selidik jenis Mas Cotek tersebut…tiada bukti yang mengatakan Mas Cotek tersebut datang dari Africa. Bila ditanya oleh penyelidik kepada beliau, samada beliau pernah mengenai Sifu. Namun beliau tidak mengatakan tidak mengenali Sifu. Kemudian pihak penyelidik bertanya jenis-jenis Mas Cotek, yang menghairankan pihak penyelidik, nama-nama yang diberikan adalah nama jenis Mas Cotek telah diperkenalkan oleh Sifu kepada Jabatan Pertanian. Penyelidik menjelaskan bahawa kepada beliau bahawa nama-nama jenis yang disebut telah diperkenalkan oleh Sifu. Barulah beliau mengakui pernah mengenali Sifu di Kg Bayas, Cabang Tiga Melawi, Bachok, Kelantan. Macam ni punya orang pun ada…mengaku jumpa Mas Cotek di Africa tapi orang Africa tu pun tak pernah tengok pokok Mas Cotek. Setahu saya Mas Cotek berasal dari Kepulauan Melayu yang berada di hutan-hutan di Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya dengan panggilan nama tempatan yang berbeza-beza tetapi tidak lari dari sifat-sifat asalnya.
Tidak diketahui setakat mana keberkesanan produk-produk yang berada di pasaran namun produk keluaran Sifu adalah berkesan…dah banyak feedback yang saya dengar mengenai kehebatan formulasi yang dicipta oleh Sifu dalam penghasilan produknya. Fikirlah siapa Sifu…kalau ingat ‘Adik Kasih Abang Sayang’…taulah siapa Sifu. 03:45am 25hb Ogos 2007
~ Kazzam, Kuala Lumpur
|
Kalau nak jadi pengedar camne ek?? Berapa harga yang diberi?
~ nieza
|
daun dan buah 9 varieti mas cotek kering untuk dijual khusus untuk meperbaiki tekanan darah ( bukan untuk perempuan bersalin ). hubungi saya.
~ azauzin 0129097800
|
sesiapa yang ingin menjadi stokis herba mas cotek 7 spp yg telah dpt pengikhtirafan Mardi,Frim,UM dan kementerian kesihatan - dlm bentuk minyak herba, kapsul buah serta teh yg diadun drp 7 spesis sila hubungi saya - 1063864420 Mohd Ali
~ Mohd Ali
|
kami di brunei pokok ani di panggil pokok Ara bini.
~ musz
|
kami di brunei pokok ani di panggil pokok Ara bini.
~ musz
|
Saya seorang student bacelor bioperubatan ingin menjalankan kajian tentang tumbuhan mas cotek ini, tapi, betul ker masih ramai lagi yg tak buat kajian pasal benda ni???
~ NFS
|
Nama lain
Ficus diversifolia
Mistletoe Fig
~ chullen
|
mas cotek ada di rumah saya.banyak ooooooo
~ sekolah menengah kebangsaan sri kurau
|
Spesis-spesis Mas Cotek
Pengamal perubatan tradisonal menyatakan bahawa tumbuhan mas cotek pada umumnya boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu mas cotek jantan dan mas cotek betina. Akan tetapi, sekiranya mengikut kaedah taksonomi, pengkelasan mas cotek terdiri daripada enam verieti iaitu Ficus deltoidea var bilobata, Ficus deltoidea var angustifolia, Ficus deltoidea var intermedia, Ficus deltoidea var kunstleri, Ficus deltoidea var motleyan, Ficus deltoidea var trengganuuensis.
Delima sudip Daun mas cotek berbentuk hati Telinga beruk berdaun nipis
Serapat angin berdaun nipis Delima sudip berdaun panjang Daun betina yang berurat panjang
Daun jantan yang berurat panjang Serapat angin Daun mas cotek yang mempunyai ‘gold line'
Telinga gajah Telinga beruk Telinga kera
Delima sudip
~ deyanna
|
Bagi yang tinggal disebelah utara kedah, sila pergi ke Semaian Lembah Madu Poko Sena dekat dengan Muassasah Pas, jumpa En Bokhari.
~ Alharis, Alor Setar
|
macammana bagi orang yang mengandung?? Boleh di minum ke?
~ yanty
|
Caption gambar: gambar diatas ialah salah satu dari spesies mas cotek yang saya tamnam dirumah
~ Noraida Arifin
|
Pokok jantan mempunyai bentuk daun yang bujur dengan hujung daun yang rucing. Sebaliknya mss cotek betina mempunyai bentuk daun yang lebih membulat dengan hujung daun yang bulat
~ ymusa98
|
saya selalu terjumpa pokok ini semasa buat inventori hutan.tapi pokok mas cotek yg ditanam kurang berkhasiat berbanding yg tumbuh di hutan.
~ li forest
|
kalau nak tanam pokok ni tak boleh guna baja kimia perlu guna baja yang betul betul organik macam ammo gold 555,sebab untuk jaga khasiat supaya tak hilang
~ zhan/klate
|
apa istimewanya mas cotek berbanding herba lain seperti tongkat ali dan kacip fatimah?
~ hanim
|
Allah Azza wa jalla shj.. kita dinasihatkan untuk berusaha selagi termampu. tq
~ hamba Allah
|
Betul ke ade yg kata daun mas cotek boleh dijadikan herba utk mendapatkan anak bg yg takde anak?? Sesiapa boleh sahkan?
~ zarina
|
Pautan mas cotek di herba Malaysia
~ Admin
|
ok.. saya cuba ikut pengalamanla.. disebabkan asal mas cotek ini ialah pokok menumpang so kita kena tanam sebaik-baiknya seperti habitat asalnya maksudnya mestilah ditanam bersama gambut seperti habuk² kayu. komposisi tanah hanya 10%. tidak menjadi masalah untuk ditanam secara berpasu atau di atas tanah sekiranya medium gambut ada. manakala tidak digalakkan menyiram terlalu kerap kerana ia boleh merosakkan akar. untuk mempercepatkan pertumbuhan akar, boleh ditambah dengan bahan penggalak akar. pokok mas cotek jantan memang agak sukar untuk hidup segar seperti yang betina. lebih dicantas sahaja di mana-mana bahagian dan ditanam di dalam polibag. tetapi di peringkat polibag mesti lebihkan tanah daripada gambut untuk menstabilkan pokok. tq.
~ cikgu fess
|
berapa harga tumbuhan ini?
~ afrahah
|
Di mana boleh didapati tumbuhan ini? Siapa ada laporan saintifik berkenaan tumbuhan ini? Seperti rujukan jurnal, artikel surat khabar atau pun buku.
~ hmkhairi@yahoo.co.uk
|
Knp tunjuk daun je??
~ sweetgirl,penang
|
Mengikut kitab Urdu mas cotek sebenarnya ada 80 varaiti. antaranya mascotek kelitik kering, delima sudu, payudara kecil, telinga beruk, telinga kera, raja mas cotek, pitis sekeleng kecil dan lain-lain lagi. ia dibezakan melalui bentuk daun, bentuk urat daunnya dan lain-lain lagi. setiap jenis mas cotek mempunyai peranan masing-masing dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kerana antara kandungan yang terdapat dalam mas cotek ialah Naringin yang tergolong dalam flavonoid dan bersifat antioksida.
~ `cikgu fieysza`
|
Menurut seorang pembekal benih mas cotek, tumbuhan ini sebenarnya ada 30 jenis dan dari famili yang berbeza. Katanya setiap tumbuhan yang hidup menumpang dipokok-pokok atau batu2 dan daunnya mempunya titik-titik keemasan dan satu titik berwarna merah akan dipanggil mas cotek. Dan insyaallah jika sekiranya anda meminum air rebusan 7 jenis mas cotek yang berbeza anda tidak akan dihinggapi sebarang penyakit
~ Rizal
|
Famili: Moraceae
~
|
saya nak tanya siapa-siapa yang boleh beri komen, mana lebih elok mas cotek tanam dalam pasu atau atas tanah sebab pokok yang saya tanam dalam pasu selama tiga setengah tahun yang betina baru setinggi 2 kaki dan daunnya tidak lebat manakala yang jantannya dah empat kaki tetapi daunnya hanya ada di bahagian hujung dan sekiranya hendak dicantas bahagian mana yang sesuai tolong sapa-sapa beri ulasan.
~ ainalnordin@yahoo.com
|
kami ada mangusahakan tanaman mas cotek secara ladang yang terdiri dari 7 spesis untuk tujuan kesihatan.
~ mohd ali - 0163864420
|
mengikut laporan drp majalah dan akhbar herba ini adalah sebagai altenatif untuk menolong mencegah dan juga merawat berbagai jenis penyakit spt hipertensi, diabetis, gaut serta lemah tenaga bathin. istemewa sekali untuk wanita atau isteri agar kemesraan berumahtangga lebih harmoni. Rujukan : Utusan Malaysia - 11 Dis 2004 (Tajuk : Emas cotek berkhasiat untuk kaum wanita) Berita harian - 22 NOv 2004 (Tajuk : Khasiat herba semakin dilupakan) Maj Keluarga Harmoni - Nov 04 (Tajuk : Secotek Emas - Hangat dan Merangsang) Agro Media - Bil 16 (Tajuk : Emas cotek - kesejahteraan untuk wanita) Dewan Ekonomi - Sep 04 (Tajuk : Menggali Khazanah alam mas cotek) Majalah Herba - Jilid 3 (Tajuk : Emas Cotek - Pokok Raja Ubat)
Herba Emas Cotek yang sekarang ini sedang hangat diperkataan adalah satu penemuan baru anugerah Allah kepada manusia di Malaysia ini. Walaupun herba ini telah lama digunakan oleh masyarakat ditempat lain terutamanya di Afrika yang dikenali sebagai kang kali bang. Secara tradisionalnya ia telah direbus dan diminum oleh wanita selepas bersalin di beberapa negeri sebelah pantai timur. Namun penggunaanya adalah terhad kerana ia perlu dicari dibelantara untuk mendapatkan spesisnya. Sekarang ini, herba ini telah ditanam secara komersial oleh seorang pengusaha dan ia telah diadun daripada 7 spesis mengikut resepi yang didapati daripada negara afrika dimana beliau telah bekerja di sana dan didapati adunan herba yang dijadikan seperti teh serbok uncang lebih baik serta mudah untuk mendapatkan khasiatnya terutamanya untuk wanita yang sayangkan suami.
~ Mohd Ali
|
khabarnya mas chotek ni mampu menyembuhkan berbagai penyakit, mustahil rasanya dan atas dasar apa kemampuannya sebegitu..
~ lensa
|
bahan apa yang terkandung didalamnya sehingga ia berkesan menyembuhkan penyakit dan juga bekhasiat kpada tubuh badan
~ ameng kopangkid
|
bahan apa yang terkandung didalam mas cotek sehingga ia berkesan menyembuhkan penyakit dan juga bekhasiat kepada tubuh badan
~ ameng kopangkid
|
kajian terperinci mengenai mas cotek sedang giat dijalankan oleh slah sebuah universiti tempatan.. hasil awalnya telah pun didapati.. dan disiarkan di tv1.. antara kandungannya ialah naringin, if i not mistaken the spelling.. n also flavanoids.. u can search these all words by ur own to know what is it mean and benefits to our body.. thank you.
~ cikgu fieysza
|
Berdasarkan pengalaman, emas cotek ini amat baik untuk mengembalikan kehebatan kaum wanita ketika bersama suami. Alat kelamin wanita akan lebih kering dan kemukannya pula sangat ketara. Cubalah.
~ azemi02@yahoo.com
|
Berdasarkan pengalaman, emas cotek ini amat baik untuk mengembalikan kehebatan kaum wanita ketika bersama suami. Alat kelamin wanita akan lebih kering dan kemukannya pula sangat ketara. Cubalah.
~ azemi02@yahoo.com
|
di sabah ia juga dikenali dengan nama pokok sampit-sampit di kalangan orang DusunKadazan(sempit-sempit).
saya ada koleksi 4 jenis mascotek ni..tapi tak tahu la mana satu jantan betina.tapi kalau boleh saya mahu tambah lagi koleksi saya....ada siapa2 ada banyak koleksi ka? cuba attach gambar daunnya....kalau ngam, saya beli nanti
di sini (kk) ada kawan saya buka kebun mascotek...katanya permintaan tinggi dari sebuah syarikat....
lupa lak apa nama syarikat tu....
~ abuyie
|
Saya dah minum 2 minggu.saya ada hpt. nampak alhamdulillah stabil. dan tengah buat kajian.email:erkom@yahoo.com
~ kamdani
|
mas secotek mempunyai pokok jantan dan betina apa bezanya
~ amri1997
|
saya rasa..herba mas cotek juga boleh membuatkan kita lbh bertenaga beb.
~ Ass
|
salam ukhwah... rimba diredah rahsia dicari.. khazanah yang tak ternilai anugerah Ilahi.. sesungguhnya mas cotek mempunyai keistimewaan dan boleh dikatakan miracle dalam kumpulan herba.. herba yang telah menjadi amalan tradisional masyarakat setempat mahupun antarabangsa, cuma sekarang hanya perlu dikomersialkan sahaja supaya anugerah Ilahi yang tinggi nilainya ini dapat sedikit sebanyak membantu kesihatan kita yang semakin hari semakin terdedah dengan pelbagai racun yang hadir secara tidak langsung di dalam makanan kita sehari-hari.. kepada sesiapa yang ingin mengangkat herba mas cotek ini supaya dikomersialkan,buatlah dengan seikhlasnya.. janganlah terlalu mementingkan keuntungan sehingga ramuan herba yang dijual tidak seperti yang dikata...kepada pengguna semoga bijak memilih.. pilihan di tangan anda...wallahuallam..
~ cikgu fieysza
|
assalamualaikum seme....
nama lain bagi mas cotek ialah tapak kijang, kelentit kering tu yang nenek saya bagitau.....
~ sue_yunos@yahoo.com
|
eh bodohnya awak semua ni, semua alasan diberi tu ade ke yang dpt maklumbalas? banyak betulla persoalan dihati
~ apekebende
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|