Gaharu/depu |
Kami masih mengusahakan gambarnya,sila kembali lagi untuk melihat gambarnya
|
| Nama Tempatan: | Gaharu/depu |
| Nama Saintifik: | Aquilaria malaccensis |
| Nama Lain: | Karas, Engkaras, agar wood, aquilaria, krasna, agaloca,aloeswood, eaglewood, jinkoh. |
| Famili: | Thymelaeaceae |
| Lokasi dijumpai: | Hutan hujan tropika |
| Asal: | Tumbuhan tempatan |
|
|
keterangan: |
Pokok gaharu atau dikenali juga di Malaysia dengan nama lain seperti depu, karas atau engkaras merupakan pokok besar yang boleh mencapai ketinggian sehingga 40 meter tingginya. Diameter batangnya pula boleh mencapai sekitar 60 cm. Gaharu merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika, terutamanya di tanah rendah sehingga ke kawasan yang ketinggiannya sehingga 270 meter daripada paras laut.Taburan pertumbuhan depu secara geografinya meliputi kawasan Asia tenggara, India dan China.Gaharu boleh hidup di semua jenis tanah kecuali kawasan paya dan berair. |
kegunaan:
|
Resin yang terhasil di bahagian teras batang pokok gaharu merupakan bahan yang mempunyai nilai komersial yang amat di tinggi di pasaran seluruh dunia.Resin ini telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai setanggi atau kemenyan, digunakan dalam perubatan, kosmetik mahupun bahan untuk upacara keagamaan. Cara tradisonal untuk mendapatkan resin ini ialah dengan menebang pokok ini untuk mendapatkan resinnya.Malangnya tidak semua pokok yang telah matang akan menghasilkan resin, menyebabkan ada pokok yang ditebang secara sia-sia sahaja.Ini menyebabkan pokok gaharu mula diancam kepupusan di habitat asalnya. Tetapi kini ada kaedah yang lebih efektif digunakan tanpa perlu menebang dan memusnahkan pokok yang telah matang.
Kini gaharu merupakan spesis tumbuhan yang di lindungi di negara kita.Pengambilan gaharu daripada habitat semulajadi merupakan satu kesalahan di negara kita. Perjanjian antarabangsa seperti CITES(Satu konvensioan yang membincangkan urusniaga antarabangsa yang dilakukan ke atas spesis-spesis terkawal)telah diperakui dan dipersetujui oleh 169 buah negara. Persetujuan ini adalah untuk memastikan urusniaga gaharu tidak akan mengancam kepupusan pokok gaharu di habitat semulajadinya. |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Aquilaria malaccensis |
| Other Name: | Karas, Engkaras, agar wood, aquilaria, krasna, agaloca,aloeswood, eaglewood, jinkoh. |
| Family: | Thymelaeaceae |
| Location: | |
| origin: | Tumbuhan tempatan |
|
|
Description: |
|
Usage:
|
|
|
|
Kami menjual:
Anak pokok Gaharu Jenis Sub Integra:
- 1 ke 100 pokok (2' ke 3') RM12.00 / (3' ke 4') RM15.00
- 101 ke 500 pokok (2' ke 3') RM9.00 / (3' ke 4') RM12.00
- 501 ke 1000 pokok (2' ke 3') RM7.00 / (3' ke 4') RM10.00
- 1001 pokok ke atas (2' ke 3') RM5.00 / (3' ke 4') RM8.00
Termasuk penghantaran sekitar Johor
Biji Benih Gaharu Jenis Sub Integra = RM130.00/100gm (Min order) (+- 300 biji)
Tidak termasuk penghantaran
Kos pos laju RM15.00
Boleh juga datang melawat ke Nursery dan Kebun Gaharu kami di Kluang, Johor.
FAIZAL
H/P: 013 2071229
Hj RAHIM
H/P: 012 7606921
~ faizal
|
Saya berminat untok mengusahakan tanaman geharu. tetapi dimana boleh saya dapatkan benih dan berapa harga sepokok. Mereka-mereka yang berkenaan to jawab ke email saya sabar_rahman@yahoo.com
~ Abu Zaki
|
saya ada 6 batang pokok gaharu yang telah matang yang usianya mencecah lebih drpd 7 thn . dan saya tidak tahu sama ada didalam pokok tersebut ada resin atau pun tidak, jadi saya berharap sangat ada yg dpt membantu saya dalam mengenal pasti sama ada resin ada atau tidak. dan sekirang perlu disuntik pokok tersebut, saya ingin tahu kos tersebut . harap dapat menghubungi saya seberapa segera. 0163141913
~ din_gaharu
|
kalau nak wangian kayu gaharu yang asli ada pada koleksi kain sarung segenggam yang anda boleh lihat di blog saya... wangian nya kekal sangat2 harum... cubalah tengok http://www.ladysyaz.blogspot.com
~ Ladysyaz
|
bagaimana cara penanaman pokok gaharu, adakah menggunakan biji benih atau keratan batang.
~ ita751@yahoo.com
|
assalamualaikum...kayu gaharu menghilangkan bau badan.boleh dibuat mandi bunga dicampur dgn cengkih.wassalam wallahualm.
~ cucu haji mahadi negeri sembilan.
|
kat kelantan sekarang ini..sudah ada 'koridor Depu'....membangun bersama islam
~ fajarsiang@yahoo.com
|
Saya telah membaca artikel mengenai Gaharu/depu. Saya amat berminat untuk mengusahakannya secara komersel. Saya berharap sebelum saya mengusahakannya harap tuan dapat bantu saya dalam hal ini. Iaitu bermula daripada proses persiapan dan sehinggalah yang akhir sekali iaitu pemasarannya.
Sekian terima kasih
~ makbal@tm.com.my
|
saya nak tau perbezaan pokok gaharu dari jenis batang merah,putih n hitam...urgent!
~ mjay
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|