MELUR.COM
Email : support@melur.com

Laman utama |Siapa Kami | Produk | Buku | Komuniti |Buku pelawat |Sertai Kami |
E-books

Shop Amazon - Subscribe & Save Up to 15% on Select Plum Organics Products

Dapatkan naskah anda disini
Google books preview
Beli Buku ini

Daftar baru
ID pengguna:
Kata Laluan:
Produk Pilihan Melur
RM5 keratan batang bangun-bangun
keratan batang bangun-bangun RM3 Anak benih nenas kerang
Anak benih nenas kerang
RM8 Benih Cekur hitam
Benih Cekur hitam RM3 Akar som Jawa
Akar som Jawa
RM5 Benih hempedu bumi
Benih hempedu bumi RM8 Benih kunyit bonglai
Benih kunyit bonglai
RM9 Anak benh durian belanda
Anak benh durian belanda RM10 keratan batang sabah snake grass
keratan batang sabah snake grass
RM4 Anak pokok misai kucing
Anak pokok misai kucing RM8 Benih daun dewa
Benih daun dewa

Lihat lebih banyak produk lagi >>>
10 Produk Paling laris
1. Anak pokok harum sundal malam
2. Benih hempedu bumi
3. Pokok Halau Nyamuk
4. Benih pokok kenerak
5. keratan batang sabah snake grass
6. Anak benih Belalai gajah
7. Teh herba misai kucing ( Java Tea)
8. Anak benih mulberi hitam
9. Benih daun dewa
10. Benih rose jepun ( campuran).
11. Benih stevia
Mencari Produk ? :

Carian Produk

Pautan menarik

1. Senarai nama saintifik
2.Rawatan Kanser menurut Al-Quran
3.Flowers of Malaysia

Simpanan artikel
1.Migrain dan herba
2.Leuorrhea(keputihan): Masalah yang kerap dialami wanita
3.Herba membantu Senggugut
4.Racun bena putih
5.Mengawal dan menghapuskan bena putih
6.Tip mengatasi dan mencegah sakit kepala
7.Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi
-sumber Mingguan Wanita April04
8.Penawar Kanser: Pokok Harum Sundal Malam
(Berita dari Mingguan Malaysia Isnin 6 Dis 04)
9.Semaian Herba Hutan
10.Herba Untuk Asma/lelah
11.Kain Bawal fabrik selesa untuk tudung.

Sertai kami di Myherba
Disokong oleh health.groups.yahoo.com
Laporan trafik kami secara terperinci

Melur.com

Promote Your Page Too
5 Produk paling baru
1. keratan batang bangun-bangun
2. anak benih telinga kera
3. Anak benih nenas kerang
4. Anak benh durian belanda
5. Anak benih kecubung
Iklan percuma
Direktori Herba
Direktori Pengeluar
Jadual penanaman
Lihat Katalog Melur.com
Pautan Lain
Artikel
Petua
resepi
diskusi
Pengalaman
BLOG PENGARANG
Sertai kami
Hantar artikel anda | Hantar Petua | Hantar Resepi| Senaraikan syarikat

Buah | Herba | Hiasan |Sayur | Semua Tumbuhan |

Dukung Anak

Nama Tempatan:Dukung Anak
Nama Saintifik:Phyllanthus Niruri
Nama Lain:Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Famili:Eurphorbiaceae
Lokasi dijumpai:Di tepi longkang dan dikawasan pertanian
Asal:

keterangan:

Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in termasuk dalam famili Eurphorbiaceae.Selalunya tumbuh dikawasan yang tanahnya agak keras, seperti dicelah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat , daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm

Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm.Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Dikebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.

kegunaan:

Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga,bronchitis, kusta,anemia, penyakit kelenjar kencing,anuria dan asma.Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India).

Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta(scabies) dan kurap.Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam.ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular.Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.

Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B.dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37 , iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai.Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa , tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan.Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.


English Translation

Commmon Name:
Botanical Name:Phyllanthus Niruri
Other Name:Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Family:Eurphorbiaceae
Location:
origin:

Description:

Usage:


Beri Ulasan Anda


Ulasan pembaca


kucing saya ada kurap jadi saya lurut daun ngan biji2 sekali, tumbuk sampai lumat dan basahkan dengan sedikit air,sapukan pada bahagia yg kena kurap,kucing berhenti menggaru mkn sembuh kurapnya.
~ lida

selain diminum..air rebusan pokok ni boleh dijadikan mandian bagi meredakan demam terutama kanak2..
~ Aisyah

Nak tnye khasiat lain pokok dukung anak?
Adakah pokok ni berkhasiat bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata?
~ Cute1982

POKOK DUKUNG ANAK JUGA BOLEH MENGUBATI PENYAKIT KEPUTIHAN.
~ DINA

pokok dukung anak ada 2 satu batang merah rasanya sedikit pahit dan kelat. lagi satu berbatang putih rasanya lebih sedap dan sangat sesuai dijadikan ubat penyakit buah pinggang. caranya blender semua bahagian pokok dan minum sebelum tidur kesan sangat cepat perubahan dapat dilihat sesudah bangun tidur.
~ nora

Saya dapati ada dua jenis orang panggil dukung anak. Satu pokoknya kecil seperti yang diterangkan. Tapi lagi satu besar, yang saya lihat tu 1 meter tingginya. Harap jelaskan.
~ Rahman

o ya satu lagi pokok dukung anak ni emak saya kata ada dua jenis pokok yg putih n yg merah
~ Nur Arianie

Saya dah cuba utk penyakit kuning trutama baby yg bru lahir memang berkesan, rebus ja dan mandikan/lap dgn towel seluruh badan bayi pagi dan petang..insya Allah afiat
~ Nur Arianie

Satu hari tu saya terkena kencing berdarah/batu karang. Sakitnya teramat sangat sampai timbul liangroma menahan sakit. Lalu aku mencapai talipon dan menalipon buah hati (Sabahan-Orang Dusun). Dia mencadangkan aku mencari herba Dukung Anak dlm secekak, rebus dan minum airnya. Dlm kesakitan aku meredah keliling kebun, dapatlah 20 btg herba Dukung Anak tu. Rebus, lalu minum airnya. Selepas 1/2 jam aku kencing, kencing yg tadinya merah sudah mula makin terang. Selepas 1 jam kencing lagi dan air kencing menjadi jerneh. Selepas 2 jam aku kencing lagi dan ada rasa benda keluar dgn kencing. Batu karang sudah keluar. Tak sakit lagi. Alhamdulillah syukur. Terima kasih buah hatiku kerana membantu.
~ Anuar

Petua darussyifa' tu betullah, 6 tahun dulu saya ada hepatitis.kena tahan wad dan ambil darah jer sampai dua lengan saya lebam dan bengkak, ubat tak diberi selain masuk air, jadi mak saya mengamuk..he he..bawak saya balik dan rebus dukung anak tiap2 hari, minum gak susu kambing kampung, selain tu ada juga saya telan perubatan cina: telur itik biru direbus bersama 2 ruas buluh kuning dan air nisan (gula melaka),rebus dan minum air, telur itik tu makan lah. Perubatan india lak, untuk mandi jer.. tak tau cara mana berkesan, tapi smpai sekarang saya terhutang budi dengan pokok dukung anak. Tapi untuk baby, anak saya lebih rasi dengan buah anggur, sekejab jer turun.mungkin tengok kerasian individu kot?
~ iluvdukunganak

msa kechik2...slalu owg dok pngil bnga tutup..klakar tul arrr...
~ meera_minamy

kelakanya nama bunga ini dukung anak. bunga ini boleh dukung anak?
~ irfan

oh kena mandikan anak ye?baru terbace ulasan dila. mak mentua dulu suap bagi minum kat baby.boleh ke ek?
~ Anin

nak tanye, camner nak guna akar dukung anak utk jaundice anak?mak mertua penah try kt anak sulung, tak nampak berkesan pun.siap mandi daun kucai lagi.prolonged jaundice gak, dekat sebulan. anak kedua sy try titik anggur hijau, memang berkesan la.sepupu, sepapat n member2 try, memang menjadi. tp, still nak tau gak pasal akar dukung anak. thanks
~ Anin

masa saya di zaman kanak2, pokok ni saya jadikan bahan main masak2...
memang pokok rumput.. tapi berkhasiat
~ abid

doktor kata dukung anak ni boleh tambah darah.
~ marya@streamx.com

saya ada petua turun temurun tentang pokok dukung anak...kalau nak tahu pokok ni boleh buat ubat untuk anak yang baru lahir yang kena demam kuning ... saya selalu amalkan apabila melahirkan ...tak payah tunggu baby kuning baru nak buat..baby balik dari hospital yu terus je buat bila mandi ..caranya ambik pokok dengan akarnya sekali cuci sikit kalau ada tanah..pastu rebus sampai airnya jadi kuning...pastu mandikan baby 2x sehari sampai baby ok..insyaallah.. paling penting jgn lupa selawat nabi dan berdoa kepada allah...  
~ dila79@tm.net.my

rumah saya adab pokok ni tapi saya tak tahu kegunaannya sekarang saya dah tahu kegunaannya
~ dirahsiakan

tumbuhan ini amat popular di negeri sabah, begitu juga tumbuhan rumput siti fatimah ngan khasiat herba tersendiri
~ hafifi_IBTP-UMS

kadang-kala tumbuhan yang sering kita pijak pun banyak kegunaannya.. prihatin la pada tumbuhan kita..
http://livingnaturally.myblog.com/
http://sbudi.net/livingnaturally/

~ kdier

Saya ada gambar pokok ni yang lebih terang dan sharp,baru baru ini ada hamba allah yang minta saya carikan pokok ini dlm jumlah secekak,mujur saya tahu lokasi tempat tumbuhan ni yang tumbuh banyak di ceras,semoga penyakit sudaranya itu lekas sembuh
~ jasmie_my@yahoo.com

ia juga digunakan untuk merawat orang yang terkena santau.
~ adi forestry

Ya allah!Pokok nie ke.. Pokok nie selalunya ada di tempat yg ada byk pokok..Knp pokok nie dipanggil pokok dukung anak?Pokok nie dukung anak ka?
~ sweetgirl,penang

minum air rebusan selepas dikeringkan utk kesihatan badan dancuci bahan toksid dari badan
~ dari kempadang perdana,Kuantan

minum air rebusan selepas dikeringkan utk kesihatan badan dancuci bahan toksid dari badan
~ dari kempadang perdana,Kuantan

ibu saya menggunakan akar pokok dukung anak untuk menggurangkan demam anak kecil yang akan tumbuh gigi.caranya rebus secekak akar yg dah dibersihkan dengan segelas air dan minum ketika masih suam. Juga berkesan kurangkan demam panas
~ Vie-Kota Kinabalu

ubat kencing berdarah.ambil pokok dukung anak beserta akarnya, rebuskanlah dan minum airnya 2 kali sehari.lakukan selama 5 hari berturut-turut.
~ fajarsiang@yahoo.com

Kalau tak silap, org utara panggil pokok ni pokok Amin Buah. Sebabnya daunnya macam mendoakan buah yg dibawahnya.
~ haifa

hyiee?ni macam rumput je.tak sama ngan rupa dukung anak yang aku penah nampak seblum ni...picture tu blur cket, tak nampak jelas..
~ ade

pokok ni ada dua jenis.kalau ada warna merah dibawah boleh direbus untuk rawatan darah tinggi
~ zhan/klate

betulll tu!... aku dah cuba sendiri.. batu karang dalam uriner aku dah terkeluar semasa aku terkucil..dari anu aku sebesar kepala mancis cap lada! cara menyediakannya adalah hanya rebus tumbuhan dukung anak itu secekak dengan air yang secerek (tapi buanglh tanah dan psirnya dulu... Yeop!).pastikan yang buahnya dah masak warna kemerahan. Insyalah...
~ tg_has9114@yahoo.com

Saya masih mencuba.Memang betul saya ada dengar cerita dari Darus syifa(ustaz harun Din).Saya sedang mencubanya.
~ konisyiva@yahoo.com

Saya penghidap hepepitis B.Saya memeng dengar ia dapat merawat penyakit hep B.Saya masih mencubanya.Caranya rebuskan dan campurkan gan susu kambing dan sesudu air zam-zam.Saya masih mencuba.Insya Allah kalo ada berita baik saya akan memaklumkan pada semua.Saya dapat petua ini dari DARUSSYIFFA bangi.
~ Hamba Allah Bertawakal Ampang

ada juga dukung anak merah yang pokoknya lebih kecil dan daunnya kemerah-merahan sikit
~ Nor
Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker
Tumbuhan paling baru dikomen:Tepus Kesing(12/19/2014)



Resepi
Stevia , pemanis gantian gula
Bahan-bahan:
Stevia dan Pengisar kering atau pengisar kopi

Stevia mula dikenali umum sebagai pemanis tanpa kalori  yang boleh menggantikan gula dalam minuman dan masakan. Hakikatnya kita tidak dapat menentukan ketulenan  pelbagai produk stevia yang disediakan di pasaran. Langkah paling selamat ialah dengan menanam dan memproses sendiri stevia untuk menentukan ketulenannya. Video ini menunjukkan cara mudah untuk menyediakan stevia untuk kegunaan di rumah.
Cara Membuatnya:

~Pengirim:Noraida Arifin


Petua
petua untuk ikhtiar penyakit kanser
Bahan-bahan:
Biji aprikot pahit.

Cara:
1. Seorang kawan yang terkena kanser usus mengamalkan memakan 9 biji aprikot pagi , tengahari dan malam sebagai ikhtiar penyakit yang dihidapinya. In Shaa Allah disembuhkan sakitnya.

2. Seorang makcik mengesyorkan sesiapa yang tidak lagi terkena kanser untuk mengambil 3 biji aprikot pahit setiap hari untuk mencegah kanser. caranya dengan makan seperti makan kacang. Memang pahit tapi alah biasa tegal biasa.

~Pengirim:Nor

Pelawat aktif :42 orang
Carian tumbuhan:

Senarai Tumbuhan HERBA(239)

Akar Ginseng jawa
Akar Pisang / bunga pisang-pisang
Akar tarum
Alfalfa
Allspice
Anggerik Merpati
Anggur
Asam gelugur
Asam kerat lintang
Asam Kerenda
Ati-ati
Bakawali
Balik adap
Bangun-bangun
Baru Cina
Bawang putih
Bayam
Bayam karang
Bebuas
Belalai Gajah
belimbing pasir 1
Belimbing tanah
Beluntas
Bemban
Berangan
Beri Hitam
Biji Sawi (black mustard seed)
Bonglai
Bonglai putih
Buah Mentega
Buah susu/Avocado
Bunga Cina / Melur Cina
Bunga kenanga
Bunga lawang
Bunga melur
bunga ros jepun
Bunga Tanjung
Cekur
Cekur Manis
Cempaka
Cempaka telur
Cemumar
Cendawan susu rimau
Cendawan Tiram Kelabu
Ceri barbados
Cermai
chinese honeysuckle
Cucur atap
Daun Dewa
Daun segugur
Delima
Depu Pelanduk
Derhaka Mertua
Dukung Anak
Durian Belanda
Ekor Anjing
Embun tengahari
Gadis Lompat
Gaharu/depu
Gajus
Galak tua
Gandarusa
Garuda
Gelam Tikus
Gelenggang
Gorek
Halia
Hamba Raja
Hempedu beruang
Hempedu bumi
Hujan panas
Inai
Jambu batu
Jarak Minyak
Jarak pagar
Jarum Mas
Jarum tujuh bilah
Jelai
Jerangau
Jeremin
Jeruju
jerun
jintan hitam
Kacang Malabar
Kacang telang
Kacip Fatimah
Kaduk
kancing baju
Kancing Baju Merah
Kantan
Kapalterbang
Kari
kayu manis
Kecubung
Keladi candik
Keladi Tikus
Kelapa
Kemangi
kembang semangkuk
kemoyang
Kemunting
Kemunting Cina
Kenerak
Kerak-kerak nasi
Kerian
Kermak putih
Kesum
Kesumba
Ketumbar jawa
Ketumpangan air
Kucing galak
Kuku Garuda
Kulim
Kunyit
Kunyit Hitam
Lada Hitam
Laici
Lakum
Larak
Lemba
Lemon Balm
Lempoyang gajah
Lemuju
Lemuni
Lengkuas
Lengkuas geting
Lenjuang merah
letup-letup
Lidah buaya
Limau kasturi
Limau Purut
Lontar
mahkota dewa
Maman Hantu
Maman Ungu
Mambu
Manggis
Mas cotek
Mata Ayam
Matakucing Pingpong
Melada pahit
Memali
Mempelas
Mengkirai
Mengkudu
Mengkunyit
Misai ali
Misai kucing
Mulberi
Nam Nam
Oregano
Paku Tunjuk Langit
Pala
Palas
Pandan wangi
Patawali
patikan kerbau
pegaga
Penaga
Perah
Peria pantai
Periuk Kera
Petai
Petai belalang
Pokok ajaib
Pokok lelipan
Pokok Manjakani(mempening)
Pokok Nilam
Pokok Tea
Pudina
Pulosari
Pulut-pulut
Putat
Rosemary
Rozel
Ruku Hitam
Rumput Israel
Sagu Bemban
Salam
Sambung Nyawa
Sarang semut
Sedap Malam
Sehelai setahun
Sekentut
Selada
Selada
Selai Jendela
Selasih
Selasih dandi
Selom
Semalu
Sembung
Senduduk
Senduduk Paksa
Senduduk putih
Senna mekah
Sepang
Serai
Serai aceh
Serai Wangi
Setawar
Setawar Putih
Sintok
Sirih
Sri Gading
Stevia
Subang nenek
Sundal malam
Sungkai
Susun kepala
Tebengau
Teja
Telinga Kera
Temu hitam
Temu kunci
Temu lawak
Tenggek Burung
Tepus Kesing
Tepus Tanah
Teratai
Terung asam
Terung Kemar
Terung Ranti
Terung susu kambing
Timun betik
Tomato
Tongkat ali
Tongkat Ali Hitam
Tutup Bumi
Ubat Kurap
Ubi ganyong
Ubi jaga
Ubi Kasur
Ubi sarek
Ulam raja
Ulat Bulu
Urang-Aring
Vanila
Yesterday, today, tomorrow
Zodia

Artikel ini disiarkan untuk pengetahuan am dan tujuan pembelajaran semata-mata, artikel ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.

Melur.com ialah sebuah laman web persendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan atau organisasi atau e-group.

Copyright?Melur.com 2003-2010
email kami di support@melur.com