Putat |
|
| Nama Tempatan: | Putat |
| Nama Saintifik: | Barringtonia racemosa (L.) Spreng |
| Nama Lain: | Putat kampung, putat ayam, lamog (Filipina) |
| Famili: | Lecythidaceae |
| Lokasi dijumpai: | Tumbuhan liar |
| Asal: | |
|
|
keterangan: |
Putat merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan tepi sungai atau berhampiran dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter.Ia di jumpai tumbuh dikawasan asia tenggara dan kepulauan pasifik.Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat melayu iaitu putat hijau dan putat merah. selain dari pucuknya buahnya juga boleh dijadikan ulam.Ada juga putat yang dipanggil putat laut(Barringtonia asiatic) seperti namanya putat ini biasa dijumpai tumbuh berhampiran dengan pantai.daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna daunnya hijau gelap yang berkilat.Bentuk buahnya juga berbeza.Walaupun habitat asalnya berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain. Untuk keterangan lanjut mengenai putat laut dan gambarnya sila ke http://www.forestry.sarawak.gov.my/forweb/np/np/tdpic/tdemb.htm.
Ini pula pautan untuk putat : http://toptropicals.com/catalog/uid/barringtonia_racemosa.htm |
kegunaan:
|
Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat anti kanser. Di kerala India biji putat digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang menyerupai kanser(ketumbuhan). |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Barringtonia racemosa (L.) Spreng |
| Other Name: | Putat kampung, putat ayam, lamog (Filipina) |
| Family: | Lecythidaceae |
| Location: | |
| origin: | |
|
|
Description: |
|
Usage:
|
|
|
|
sedang mencari benih putat dan cabang 3
~ wan-0134745959
|
saya ada anak putat untuk dijual...kepada yg berminat...
~ am
|
DLM GAMBAR TU NAMANYA PUTAT SAWAH @ PUTAT BENDANG, ORANG KEDAH HABAK MAI
~ osmansd1@gmail.com
|
YANG SAYA TAHU ADA 3 JENIS PUTAT IAITU PUTAT SAWAH PUCUKNYA AGAK KELAT DIMAKAN DENGAN LAKSA DAN BUAHNYA YANG MUDA JUGA BOLEH DIBUAT ULAM KELAT DAN LEMAK, PUTAT HUTAN PUCUKNYA LEMAK DAN BOLEH DISIMPAN LAMA APABILA DIRENDAM DENGAN CUKA NIPAH DAN LAGI SATU PUTAT NASI PUCUKNYA LEMAK DAN BUAHNYA BULAT-BULAT BERJUNTAI MACAM BUAH RAMBAI RASANYA LEMAK APABILA DIBUAT ULAM (AWIT MUDA) KULIT BATANGNYA DIKERINGKAN BOLEH DIBUAT UBAT RESDUNG DENGAN DIBAKAR DAN ASAPNYA DIKENAKAN PADA MUKA..POKOK DAN BENIHNYA ADA SAYA TANAM DIKAWASAN RUMAH DIAMPANG, SELANGOR.
~ osmansd1@gmail.com
|
YANG SAYA TAHU ADA 3 JENIS PUTAT IAITU PUTAT SAWAH PUCUKNYA AGAK KELAT DIMAKAN DENGAN LAKSA DAN BUAHNYA YANG MUDA JUGA BOLEH DIBUAT ULAM KELAT DAN LEMAK, PUTAT HUTAN PUCUKNYA LEMAK DAN BOLEH DISIMPAN LAMA APABILA DIRENDAM DENGAN CUKA NIPAH DAN LAGI SATU PUTAT NASI PUCUKNYA LEMAK DAN BUAHNYA BULAT-BULAT BERJUNTAI MACAM BUAH RAMBAI RASANYA LEMAK APABILA DIBUAT ULAM (AWIT MUDA) KULIT BATANGNYA DIKERINGKAN BOLEH DIBUAT UBAT RESDUNG DENGAN DIBAKAR DAN ASAPNYA DIKENAKAN PADA MUKA..POKOK DAN BENIHNYA ADA SAYA TANAM DIKAWASAN RUMAH DIAMPANG, SELANGOR.
~ osmansd1@gmail.com
|
kat kg nenasi pekan pahang banyak tumbuh tepi sungai. sambil mancing udang makan nasi dalam perahu berulamkan putat. best wow......
~ cuki budak nenasi. kaki pancing udang galah.
|
kt Trg area Tanjung Jara ada 1 kg namanyer.... Kg Kubang Putat.... rasenyer mmg byk pokok tuh..... hehehe
~ M^i^l^a
|
Takya lik kgla nak makan putat, depan oma aku ni ada.
lotong pon xnak makan
~ tawondas
|
pucuk putat layu
pucuk pauh kembang
duduk jauh rindu
duduk dekat sayang
~ lloni
|
Hi, pucuk putat memang sedap dibuat ulam... tapi kat bandar ni nak cari mane ekk??
http://livingnaturally.myblog.com
~ kdier
|
banyak2 pokok yg aku baca dlm list, ada satu jenis pokok yg tak tersenarai, iaitu TUBA BARAH, Fungsi: utk ubat segala barah, paling efektif utk kanser payu dara
~ Prof. X
|
Orang tua-tua kata makan ulam awet muda jadi makanlah ulam putat
~ PUTERI RIKA
|
kot kau ingat kat kampung kau nape tak berambus saje balik kampung!!!!!
~ budak nakal
|
bukan sekadar utk mkn ngan laksa je! wat kerabu pun sodap! hiris halus2,lenyek2 ikan sardin,letak bwg besar,cabai melaka pastu perah asam limau...huii..teringat kat kg!
~ achee b
|
Orang Kedah selalu guna pucuk putat untuk makan dengan laksa dan dihiris nipis-nipis. kepada mereka yang ingin mencari pucuk putat boleh lah cari ditepi sungai-sungai besar. Ia tumbuh meliar disepanjang sungai. tempat yang senang jumpa pucuk putat ialah disepanjang sungai besar@ sungai ban dekat titi dua lapis gelaran orang disana. Di Pendang kedah.
~ man
|
hie,putat.
~ siti sarah mudin
|
kenak namanya putat? dah sikda nama lain lagik kah.
~ siti sarah rai
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|