di tempat saya, melada pahit ini biasa digunakan untuk merawat penyakit uluran angin/medu . Caranya dgn mengambil sepohon melada pahit yg lebih kurang 2 kaki tingginya (untuk satu dos),bersihkan dan jemur seketika sehingga sedikit layu, kemudian rebus keseluruhan pokok itu sehingga mendidih. Minum Air rebusan itu, Insya-Allah mustajab.
~ ~ pok usop, kerteh, kemaman.
|
takkan ular saja nak halau penyakit tak mahu halau ke?.
bolah mengubati angin ,
sakit sendi, dah le tu lain kali, nak rasia bayau le
~ tok janggut kuantan
|
Saya tengah makan mempahit nie, untuk rawat buasir, allhamdulillah ... nampak berkurangan
~ labo akk
|
Daun ni elok di rebus dan mandi airnya kalau kena kudis buta (scabies). Ada sejenis sabun di farmasi yang dibuat dari daun ni, elok untuk org yg kulitnya gatal2.
~ Faa
|
kata orang buah lada pahit boleh buat ubat bisul, telan lima atau enam biji sehari buah yang masak selama seminggu, saya dah cuba kesannya, entah lah
~ mail telikom
|
nama lain : mempahit
membantu merawat masalah buasir dan senggugut bagi perempuan
~ ros
|
boleh tahu tak kegunaan lain pokok ini keran saya terjumpa ada di jual untuk diabetes ,hypertension ,resdung dan lain-lain. takut ada kesan sampingan.
~ ingin tahu
|
lada ekor(piper cubeba),lada hitam(piper nigrum),lada putih(piper nigrum),lada pahit(brucea sumatrana),lada pintal
~ fajarsiang@yahoo.com
|
Melada pahit ni banyak khasiatnya, ini ada satu petua yang dibagikan orang tua yang selalu keluar masuk hutan (di Titi Akar,kedah).
Jika sebelum nak masuk hutan, kita perlu ambil segengam bijiknya, kemudian kunyah dan telan..pahitnya jangan la cakap tapi kalau dah biasa..tak ada ape. bukan kata nyamuk nak gigit, pacat pun tak hisap darah.
~ -Dari perbincangan Myherba
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|