|
|
Buah | Herba |
Hiasan |Sayur |
Semua Tumbuhan |
bantu kami membuat kajian dengan klik disini. Terima kasih atas penyertaan anda
Sirih |
|
| Nama Tempatan: | Sirih |
| Nama Saintifik: | Piper betle L. |
| Nama Lain: | sirih jawa, betel leaf |
| Famili: | PIPERACEAE |
| Lokasi dijumpai: | Tumbuhan laman |
| Asal: | |
|
| keterangan: |
Sirih adalah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat melayu dan juga masysrakat india. Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki) yang boleh membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah.Sirih selalunya dikaitkan dengan semangat pada zaman kepahlawan melayu. Sehelai sirih bertemu urat yang dimakan bersama pinang, kapur dan gambir dikatakan dapat menaikkan semangat pahlawan yang bakal berjuang. Dalam upacara pertunangan dan perkahwinan pula, sirih junjung dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan wajib bagi masyarakat melayu. Dalam perubatan tradisional pula sirih banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus.Sirih juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua melayu dan india. sehelai daun sirih yang telah di bersihkan dicalit dengan sedikit kapur. Pinang yang telah diricih halus atau dipotong kecil diletakkan diatas daun bersama dengan gambir. Daun sirih kemudiannya digunakan untuk membungkus bahan ini sebelum dikunyah.
|
kegunaan:
| Dalam perubatan melayu, sirih yang terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari(kadinen,kavikol,sineol,eugenol,karvakol) ini digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti keputihan, nafas berbau ,badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan.Disertakan disini beberapa langkah untuk menggunakan daun sirih sebagai penawar.Untuk penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas kencing. Untuk Nafas bebau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Satu cara lagi ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari,pagi dan malam.
Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam.Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum.Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak. |
|
|
English Translation |
| Commmon Name: | |
| Botanical Name: | Piper betle L. |
| Other Name: | sirih jawa, betel leaf |
| Family: | PIPERACEAE |
| Location: | |
| origin: | |
|
| Description: |
|
Usage:
| |
|
|
Beri Ulasan Anda
Ulasan pembaca
jj .... bagi no hp utk mudah dihubungi. saya berminat nak beli daun sireh call en.zul @ 010-2911307 TQ.
~ zul
|
skygate formulator
suite 18, 1st floor,
tingkat teluk kumbar 2,
bandar baru teluk kumbar,
11920 bayan lepas,
pulau pinang.
hotline-017-4266 700.
MR ZECK ( FORMULATOR )
SKYGATE FORMULATOR MAMPU MENCIPTA, MENGHASIL DAN MENGELUARKAN SEMUA PRODUK BERASASKAN HERBA TRADISIONAL MALAYSIA BAGI PENJENAMAAN BARU.
*MAKE YOUR OWN BRAND NOW*
*YOUR FUTURE BEGINNING BY YOUR OWN BRAND*
UNTUK KETERANGAN LANJUT,
SMS KAN NAMA DAN ALAMAT ANDA.
KAMI AKAN MENGHANTAR SENARAI PRODUK YANG KAMI HASILKAN SECARA PERCUMA.
JANGAN TUNGGU LAGI.
~ PROFESSIONAL FORMULATOR
|
Klu sirih tumbuh dlm rimba menjalaq panjat pokok2 tu sirih apa? gerun jugak nak ambik wak balik tanam kat umah.jgn2 sirih bunian ka apa ka. mana ada org tanam sirih dlm rimba belantara. wangi ja bau sirih dia.
~ zamtia
|
Sirih mengikut kajian saintifik mengandungi sebatian kimia yang aktif bacteria dan antioksidan yang bagus.
~ Aboon
|
Sirih mengikut kajian saintifik mengandungi sebatian kimia yang aktif bacteria dan antioksidan yang bagus.
~ Aboon
|
saya berminat nak beli pokok sireh melayu..untuk hiasan laman. dimana penjualan nya?
~ muslimah.
|
salam. Kami ada menjual produk Pencuci Intim Wanita. Diadun daripada 100% herba . Tiada bahan kimia. Selamat lagi suci. Berasaskan daun sirih, serapat dan Manjakani. Khas utk kesihatan dan kebersihan alat intim wanita spt keputihan dll. Ramai yang menggunakan beri feedback yang baik dan menggunakan semula serta kenalkan pada kawan-kawan. alhamdulillah...boleh cuba dan menjadi pengedar. kunjungi kami di Http://munaherbs.blogspot.com.t. kasih.
~ munaasysyifa@yahoo.com
|
saya banyak tanam sirih melayu,sedang mencari pembelinya,ada ke yang berminat?
~ jj
|
ade yang lebih kompetitif
~ umze herb
|
ni ada petua utk isteri-isteri. Ambil 7 helai sirih melayu bertemu urat, gambir pelembang dan pinang muda. Sabut pinang, sirih dan gambir digaul dgn sedikit air bersih. Sapu ke faraj dan salurannya, insyaallah akan boleh memberi kesan terbaik. Cubalah.
~ Makbidan
|
mengikut amalan yang di ajarkan olih makcik saya,iaitu untok mengubat penyakit keputihan atau pun gatal2 virgina ambil 21 helai daun sirih bertemu urat direbus selalu dan diminum sehingga rasa sirih nya hilang, jika selalu diamal kan penyakit di dalam badan akan keluar melalui air kencing, insyaallah berjaya.
~ ima
|
sirih hutan ada kan? ada sesiapa yang ada gambar tentang sirih hutan? adakah ia sama dengan sirih biasa? nama botani sirih hutan ialah piper caninum
~ fajarsiang@yahoo.com
|
Sirih yang dikisar dan dicampur dengan Syampu Rambut boleh mengubatkan penyakit kelumumur dan kutu.
~ azwan
|
"Sirih serangkai kuning, Pinang seraikai mudo, Cahayo sirih naik ke kening, cahayo pinang naik kemuko". Jampi serapah ilmu penyeri orang Melayu Minangkabau.
~ abdupm
|
|
|
|
Resepimasak lemak gajus + sotong Bahan-bahan: 1kg buah gajus (jgn terlalu ranum)
1/2 kg sotong saiz kecil
2 biji bawang besar dibelah 6
4 biji cili dibelah 2
500 ml santan
sedikit garam Cara Membuatnya: gajus dihiris dan diperah airnya. bersihkan sotong, potong/tidak (mengikut citarasa. masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan2. masak jangan sampai pecah minyak.~Pengirim:rosmpkmn
|
 |
Petuabau badan?? Bahan-bahan: limau nipis Cara: potongkan limau nipis kepada 2 bahagian ... gosokkan dibahagian yang berbau...slmt mencuba!!~Pengirim:qwertyuiop
|
|
|