fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Menanam Avocado

Menanam Avocado ?
Beberapa minggu yang lepas, atas permintaan saya memesan benih avocado dari supplier saya. Semenjak mula menjual benih avocado beberapa minggu ini saya kerap di hujani pertanyaan seperti:
1. Bolehkah avocado berbuah di Malaysia
2. Berapa lama tempoh berbuah avocado yang ditanam dari biji?
3. Bolehkah avocado berbuah jika ditanam dalam pasu?

Saya Jawab soalan pertama dulu ya…

Bolehkan avocado berbuah di Malaysia? Jawapan saya boleh. Lebih dari 10 tahun dahulu dalam perjalanan pulang ke kampung dari Pulau Pinang ke Kelantan kami berhenti seketika di tepi jalan di Daerah Baling( masa itu lebuh raya Gerik Baling masih belum dibina). Saya terpandang sepohon pokok yang rimbun di tepi sungai dengan buah yang sangat lebat. Setelah saya amati rupanya buah itu adalah buah avocado. Boleh bayangkan kekaguman saya masa itu melihat avocado bergantungan di atas pokok di Malaysia. Di tanah rendah pula. Selama ini saya ingatkan avocado hanya tumbuh dan berbuah di tempat yang beriklim sejuk.Atau sekurang-kurangnya kalau di Malaysia di tanah-tanah tinggi.

Sekitar tahun 2007 ketika bercuti di rumah mertua di Kota Kinabalu,saya sempat membeli anak benih avocado di Tamu Gaya street. Benih itu saya seludup(shh…) dalam beg baju saya dan selamat tiba dengan jayanya di Pulau Pinang.Lama juga saya menanam pokok avocado tersebut di dalam pasu hingga pada suatu hari saya keluar daerah dalam tempoh masa yang lama dan pokok itu mati kekeringan sebelum sempat berbuah.Sungguh tragis.

Percubaan kedua menanam avocado berlaku pula pada sekitar tahun 2012. Masa tu sudah banyak tip di internet yang tersebar menunjukkan cara menyemai biji Avocado. Saya berjaya menyemai kedua-dua biji avocado dengan cara mencucukkan lidi ditengah biji dan mengapungkan biji tersebut diatas permukaan air sehingga ia bercambah. Kedua-dua pokok itu membesar dengan jayanya di dalam pasu sehingga umurnya hampis setahun. Malangnya,sama seperti avocado pertama saya, kedua-duanya mati kekeringan setelah ditinggalkan lama ketika musim kemarau (sudah beberapa kali saya ingatkan diri supaya memasang sistem fertigasi tetapi tetap terlupa juga)

Saya lupakan avocado sekian lama hingga pada suatu hari pelangganhttp://www.melur.com menanyakan jika saya ada membekalkan benih avocado. Eh… macam pernah dengar saja nama itu… avocado ya. Demi memenuhi permintaan pelanggan yang di kasihi saya memesan anak benih avocado dari pembekal saya. “Apa? Avocado?erk….” Demikian reaksi pembekal saya. Saya ingat… hmm tak apalah. Sehingga ketika memunggah bekalan pokok untuk nurseri saya pembekal saya berkata ” Cuba tengok itu apa..” Eh ada 50 pokok avocado yang sihat-sihat pula…Terujanya saya. Jadi sekarang saya adalah pembekal benih avocado. Benih yang dibekalkan disemai dari biji benih ,bukannya dari teknik tut atau grafting ataupun cantuman tunas. Jadi sedia maklumlah pokoknya akan lambat menghasilkan buah. Saya merujuk sana sini ( padahal google aje pun) Apa?? 6 hingga 8 tahun baru berbuah, ada yang mencapai 10 hingga 15 tahun. Ini sudah melampau. jika hari ini saya berumur 40 tahun maknanya saya hanya boleh makan avocado saya ketika berusia 50 tahun? Itupun kalau umur saya cukup panjang.

Ini tidak boleh jadi. saya mencari lagi, akhirnya saya berjumpa artikel yang membincangkan cara mempercepatkan pembuahan buah avocado.Kaedah ini dilakukan di Indonesia. Ia menggunakan kaedah cantuman mata tunas. Tunas pokok yang terpilih dimasukkan kebahagian batang anak dari biji benih yang telah di potong.(Macam kahwinkan anak getah juga). Dengan kaedah ini avocado boleh berbuah selepas 3 tahun. Reasonable tapi masih lama. kaedah tut ialah kaedah yang boleh menghasilkan avocado yang berbuah paling cepat. Bergantung kepada dahan yang di tut itu.

Jangan tak tahu avocado boleh berbuah walaupun ditanam dalam pasu( bukan saya kata). Sekarang saya tengah menanam sepohon avocado didalam pasu. Sama-sama kita tunggu hasilnya. Harapnya janganlah pisang berbuah 3 kali.

Jom tanam sama-sama…
beli benihnya : http://www.melur.com/prod_detail.asp…

 

2

4 comments

  1. zainol hamid

    Assalam.
    Boleh tahu pokok avocado yang jumpa kat Baling tu exact location dia kat mana?
    Terima kasih.

  2. Hi, saya minat beli ranting ranting pokok Avocado kamu yang jumpa dekat tepi sungai. Email saya [email protected] terima kasih. Selain itu boleh bagikan saya nombor WhatsApp anda?

  3. Shaiful Asrahizam Bin Abdul Shukor Abdul Shukor

    boleh tak dapatkan paper work untuk penanaman avarkado. no saya 0134700017.
    harga benih
    baja
    dan teknologi . untuk saya usahkan tanaman avargado di pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!