Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Mata Ayam

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  Noraida


Nama Tempatan: Mata Ayam
Nama Saintifik: Ardisia crenata/crispa
Nama Lain: Mata Pelanduk, Hen’S Eye, Coralberry, Coral
Ardisia, Spiceberry, Christmas Berry , Hilo Holly, Coral Tree
Famili: Myrsinaceae
Lokasi Gambar: Tumbuhan liar
Asal:


    

   

PENGENALAN:

Tumbuhan dari jenis renek, dari kumpulan dwi kotiledon, berbatang berkayu ini mudah dijumpai tumbuh liar di kawasan kebun getah dan kawasan hutan hujan tropika. Pokok mata ayam berada dalam keluarga yang sama dengan kacip fatimah dan jika dilihat bentuk daunnya juga hampir menyerupai daun kacip fatimah. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang. Tumbuhan jenis kekal ini boleh mencapai ketinggian hingga 1. 2 meter. Daunnya berbentuk runcing dengan tepi yang bergerigis. Bunganya kecil berbentuk seperti bintang dan berwarna merah jambu. Buahnya pula kecil berbentuk beri, berwarna merah darah dan berkilat apabila ranum. Ia memerlukan saliran yang baik dan tanah yang lembab. Ia boleh ditanam di dalam pasu sebagai tumbuhan hiasan. Buahnya boleh dimakan dan daunnya boleh dijadikan ulam. Ia juga sesuai ditanam sebagai tumbuhan pagar. Pokok mata ayam akan cantik merimbun jika selalu dipangkas. Tumbuhan ini berpotensi untuk dijinakkan menjadi tumbuhan hiasan yang menarik, malah selamat kerana buahnya tidak beracun dan boleh dimakan. Tambahan pula pucuknya yang mempunyai rasa sedikit masam sedap dijadikan ulam.

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

Akarnya boleh digunakan untuk melegakan kesakitan (analgesik yang lemah) . Ia juga dapat menyingkirkan toksid dari badan dan menyucikan darah. Akarnya juga dapat menurunkan demam panas dan melancarkan perjalanan darah. Caranya akar mata ayam direbus dan airnya diminum. Daunnya pula boleh dijadikan penawar untuk sengatan binatang berbisa seperti lipan dan kala jengking. Caranya daunnya dilumatkan dan ditampal pada bahagian yang terkena gigitan. Ia juga dikatakan dapat meneutralkan kesan keracunan dan merawat radang dan batuk.

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Mata Ayam
Scientific Name: Ardisia crenata/crispa
Other Name: Mata Pelanduk, Hen’S Eye, Coralberry, Coral
Ardisia, Spiceberry, Christmas Berry , Hilo Holly, Coral Tree
Family: Myrsinaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin:

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!