Leuorrhea (Keputihan): Masalah yang kerap dialami wanita

Post
Herba Kering

Oleh Noraida Arifin

Penyakit ini tidak harus dipandang remeh kerana jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan ia boleh menyebabkan masalah dalaman yang lain seperti frigid dimana vagina menjadi kurang sensitif atau kurang peka pada sentuhan. Selain itu ia juga boleh menyumbang kepada  kemandulan jika dibiarkan berlanjutan pada tempoh masa yang lama.

 

Jamu untuk keputihan

Tumbuhan herba telah lama digunakan untuk menangani masalah ini. Ramuan ini telah diamalkan sejak turun temurun dan terbukti berkesan menjadi penawar untuk keputihan.Bahan- bahan yang diperlukan untuk rawatan ini ialah:

  1. 10 helai daun beluntas (pluchea indica)
  1. Temu kunci (Kaemferia pandurata)
  1. Temu lawak (curcuma manthoriza)
  1. Kayu rapat
  1. Kunyit hidup (curcuma domestica)

 

Bahan-bahan diatas diricih (dipotong nipis-nipis) dan dimasukkan ke dalam periuk berisi 1 liter air. campuran ini direbus hingga mendidih dan airnya tinggal 1/3 dari kandungan asal(330 ml). Air ini akan diminum sekali sehari. Setiap kali hendak diminum air ini akan dipanaskan dan dibiarkan hingga suam.

Full Urticaria Cure By Dr Gary M.d (view mobile) Dr Gary M Levin M.d & Herbal Remedies Award Winner. Has His Own Private Medical Practice For 30 Years Releases His Top Converting Ebook To Cure Hives(urticaria) And Angioedema.
Click Here

 

sirih

 

Sirih (piper betle) juga telah terbukti dapat mengurangkan dan merawat masalah keputihan. 10 – 20 helai daun sirih diramas keadalam sebesen air dan air ini digunakan untuk mencuci bahagian sulit setiap kali selepas membuang air kecil. Ia juga boleh direbus untuk mendapatkan kesan yang optimum. Selain mampu merawat keputihan ia juga akan menghilangkan kegatalan dibahagian alat sulit yang selalunya disebabkan oleh bakteria. Ini kerana sirih mengandungi fenol yang merupakan antiseptik yang kuat. Minyak pati yang terdapat dalam daun sirih juga mempunyai bau yang wangi yang dapat menghilangkan bau yang tidak menyenangkan pada vagina . Air rebusan daun inai (lawsonia inermis) juga boleh digunakan dengan cara yang sama iaitu sebagai bilasan selepas setiap kali membuang air kecil.

Ebooks

Leave a Reply

Your email address will not be published.