fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Kisah Bawang

Oleh Marlisa Shahrul

(Koleksi artikel Myherba egroup)

bawang

Salam buat semua,
Samada sedar atau tidak tumbuhan sayuran bawang putih disebut ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 61.

Bawang
Nama saintifik bawang ialah Allium cepa L. Bawang mula-mula ditemui di Asia Tengah, iaitu dari Iran hingga ke Pakistan. Sejak itu ia dibawa oleh pedagang-pedagang ke seluruh rantau yang dijelajahi. Sehingga kini negara terbesar yang menghasilkan bawang ialah China, iaitu kira-kira 228,000 tan pada tahun 1979. Bawang diketahui digunakan di dalam masakan sejak 5000 tahun dahulu sejak zaman Pharaoh. Pada zaman Roman, hanya orang miskin sahaja yang menggunakan bawang sebagai bahan masakan. Bawang mula popular apabila Raja Poland Stanisiaus mengahwinkan anaknya dengan Raja Louis 15 dari Perancis. Merekalah yang mula-mula mencipta French Onion Soup. Sejak itu orang mula suka makan bawang. Mereka mendapati orang yang makan bawang lebih sihat dan jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana Allicin yang terdapat di dalam bawang didapati boleh mencegah kehidupan sesetengah bakteria. Mengunyah bawang mentah selama 3 minit mampu membunuh segala bakteria di dalam mulut. Bawang juga mengandungi protein dan kaya dengan kalsium, riboflavin, potasium, vitamin A dan C. Berdasarkan penyelidikan doktor di Rusia, jika seseorang makan bawang mentah setiap hari, dia akan terhindar daripada masalah kesakitan gigi. Bawang juga dikatakan boleh mencegah dan mengeluarkan kahak serta digunakan sebagai ubar merawat batuk, demam, radang paru-paru, selsema, pirai (gout), sengal-sengal tulang (reumatik) dan masalah hati. Bawang juga berkesan merawat insomnia jika dimakan sewaktu harapan.

Bawang Besar

Bawang besar ditanam melalui bunga bawang yang sudah kering. Proses tanaman bawang daripada benih hingga mendapat hasil mengambil masa setahun. Satu pokok hanya menghasilkansebiji bawang. Bawang semai ditanam di tanah rata, cuaca yang tidak terlalu panas dan tidak terdapat air bertakung. Bawang dianggap matang dan boleh dituai setelah daunnya kering. China, India dan Amerika adalah adalah 3 negara yang menanam bawang secara besar-besaran. Terdapat 3 jenis bawang, iaitu bawang putih, kuning dan merah. Antara ketiga-tiga
jenis ini, bawang jenis merah yang kurang berbau. Tidak banyak perbezaan antara bawang besar dan bawang kecil. Di Barat, bawang dimakan mentah sebagai salad. Di Malaysia bawang besar dinamakan Nenasi Red sedap dimakan mentah. Pendapat yang mengatakan mereka yang
kuat makan bawang mempunyai bau badan yang kuat belum dapat di pastikan. Dinegara-negara tropika yang cuacanya panas dan lembap, bau badan disebabkan beberapa faktor tertentu. Salah satu daripadanya ialah fungus yang hidup di badan manusia.

Bawang Putih

Bawang putih berasal dari Asia Tengah dan dibawa ke Eropah oleh para pedagang dan penjajah. Nama saintifiknya ialah Allium Satirum. Orang Eropah menggunakannya sebagai satu cara pengubatan selama beribu-ribu tahun dan dipercayai melindungi daripada wabak penyakit, pontianak dan gangguan syaitan. Baunya yang kuat mungkin tidak menyenangkan namun orang
primitif menyukainya kerana percaya tumbuhan ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyalit.
Orang Mesir purba percaya bawang putih mempunyai rahsia awet muda. Buruh-buruh yang membina piramid diberi makan bawang putih agar sentiasa sihat dan bertenaga. Bawang putih juga dipercayai dapat menyembuhkan luka yang banyak digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Sistem perubatan Ayurvedic menggunakan bawang putih untuk menghalang penyakit sengal dan saraf. Ia juga digunakan untuk menyembuhkan bronkitis, pneumonia, lelah, selsema dan penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, untuk mengeluarkan angin dan parasit serta cara berkesan melegakan batuk pada kanak-kanak.

 

Sungguhpun bawang putih telah digunakan sebagai bahan perubatan sejak beribu-ribu tahun lalu, namun kajian mengenainya hanya dilakukan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Bawang putih mentah mengandungi asid amino yang dinamakan alliin. Apabila bawang putih dipotong, alliin bercampur dengan enzim yang dinamakan allinase dan menukar alliin kepada allicin, agen anti bakteria dan me,bantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Oleh kerana ini, terdapat minat mendalam untuk mengkaji dan menggunakan bawang putih sebagai cara mencegah penyalit jantung dan lumpuh. Kajian menunjukkan minyak bawang putih yang diberi kepada arnab mengurangkan kadar lipoprotein darah (low-density lipoprotein atau LOL), mengurangkan
kolestrol tidak elok yang melekat ke saluran arteri. Dengan ini mengelakkan risiko dari diserang penyakit jantung. Bawang putih mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi, sedikit protein, serat dan sedikit sahaja lemak. Ia juga mengadungi banyak vitamin dan bahan galian yang penting untuk kesihatan, terutamanya vitamin C, zat besi dan potassium. Minyak bawang putih dijual dalam bentuk kapsul dan banyak terdapat di pasaran. Setiap biji kapsul mengandungi minyak yang
diproses daripada bawang putih. Kajian perubatan juga menunjukkan pesakit jantung yang diberi makan 10 ulas bawang putih setiap hari selama sebulan menunjukkan pertambahan bahan anti-beku dalam darah mereka. Orang Korea gemar makan bawang putih yang dicicah dengan sos
taucu sebagai pembuka selera sebelum makanan dihidangkan.

 

Bawang putih juga dihidangkan sebagai sup dan sos. Menurut kajian saintifik yang dijalankan, golongan tersebut boleh hidup lebih lama. Bawang putih ditanam daripada biji dan ladang bawang putih terbesar terdapat id China, Korea Selatan, Thailand, Sepanyol, Mesir dan India. Ia memerlukan tanah kering untuk hidup subur. Selepas dituai, bawang putih boleh disimpan selama 2 atau 3 tahun. Ia mudah bercambah walaupun disimpan di peti sejuk. Kini proses radiasi digunakan untuk menghalang bawang putih
daripada mudah bercambah. Bawang putih juga mudah bercambah di tempat gelap. Oleh itu, ianya elok disimpan di tempat terang. Lapisan kulit bawang putih yang kering tidak perlu dibuang agar tahan lebih lama.

Terima kasih,
~Marlisa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!