fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Herba Penghalau Serangga

Oleh Noraida Arifin

Alam tumbuhan yang kaya dengan pelbagai variasi dan kepelbagaian spesis memberikan kelebihan untuk kita menghasilkan penghalau serangga dari tumbuhan yang tidak mempunyai kesan mudarat terhadap alam sekitar.Terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa memberikanMalaysia khazanah alam yang kaya dengan pelbagai tumbuhan herba.

Antara herba yang boleh digunakan sebagai penghalau serangga ialah pokok jari lima atau pokok jermin, pokok selasih, pudina,serai wangi pokok mambu dan banyak lagi. Artikel ini akan membincangkan kegunaan herba tertentu secara khusus untuk menghalau serangga.Untuk artikel hari ini bawang putih, pokok semambu dan serai wangi akan dibincangkan.

 

Serai wangi (citronella)

 

serai wangi serai wangi

Selalunya minyak pati dari serai wangi boleh dicampurkan dengan kacang hazel yang dikisar untuk dijadikan semburan untuk menhalau serangga seperti nyamuk dan serangga penghisap darah lain. Selain itu ia juga boleh dijadikan losyen untuk disapukan pada anggota badan. Losyen ialah satu emulsi antara minya dan air. Untuk mendapatkan losyen serai wangi kita memerlukan bahan lain iaitu 2 aun air yang telah disuling, 2 aun minyak zaitu dan 120 titik minyak serai wangi. Caranya mudah sahaja, air diisi kedalam mangkuk yang agak dalam, masukkan minyak secara perlahan dan diputar hingga sebati (seperti kita mengadun ramuan untuk kek). Setelah minyak dan air telah sebati dan membentuk satu sebatian berupa losyen berwarna putih, titiskan minyak serai wangi kedalamnya dan kacau hingga sebati.Masukkan kedalam botol dan boleh disimpan untuk digunakan apabila perlu.

 

Bawang putih

 

bawang putih

Walaupun bawang putih secara amnya tidak diklasifikasikan sebagai tumbuhan herba, tapi sebenarnya ia memang tergolong dalam kelas herba. Kutu daun atau afid selalunya menjadi musuh utama pekebun. Bukan hanya sayur-sayuran malah tumbuhan hiasan taman juga menjadi mangsa sedutan makhluk ini. Untu yang ingin mengambil jalan mudah banyak produk dipasaran bersedia bila-bila masa untuk membunuh makhluk perosak ini. Namun untuk yang mementingkan kesihatan terutamanya bagi yang mempunyai anak yang masih keci mungkin racun makhluk perosak dari bawang putih adalah pilihan yang sesuai.Dua labu bawang putih dan I bijij bawang merah yang agak besar di kisar hingga lumat dan dicampurkan dengan 2 cawan air. Setelah itu tapis dan masukkan cecair kedalam botol penyembur. Sembur pada tumbuhan yang diserang , pastikan bahagian bawah daun juga terkena semburan

 

Pokok semambu(Neem)

 

pokok semambu

Pokok semambu boleh digunakan untuk menhalau serangga dan juga boleh digunakan sebagai anti-kulat untuk sesetengah penyakit seperti kurap. Untuk pewangi udara yang bersifat anti bakteria pula anda mungkin boleh mencuba membuat semburan dari minyak neem , 1 sudu the minyak neem dicampurkan dengan 2 cawan air boleh digunakan sebagai semburan di dapur bilik air dan tempat-tempat lembab yang menjadi tempat pembiakan bakteria. Neem juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah bena yang selalunya menyerang tumbuhan seperti padi dan jagung.Caranya ialah dengan mengambil biji buah neem yang sudah masak ranum . Bijinya dibersihkan dan dikeringkan. Anggaran untuk satu liter semburan ialah kaup biji yang telah dikeringkan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan( 1 kaut) . Biji ini dikisar hingga membentuk serbuk yang halus.Serbuk ini kemudiannya dicampurkan dengan satu liter air dan kacau hingga rata. Biarkan semalaman dan esoknya tapis dengan menggunakan kain.Semburan sudah sedia untuk digunakan.Selain itu untuk tanaman padi biji neem yang dikisar kasar boleh digaulkan didalam tanah sebelum padi ditanam.

Jangan lupa share experience jika anda pernah mencuba.

regards,
Nor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!