fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Gajus

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  Noraida Arifin


Nama Tempatan: Gajus
Nama Saintifik: Anacardium occidentale
Nama Lain: Jagus , Gajus, Jambu Golok, Ketereh
Famili: Leguminasae
Lokasi Gambar: Tepi sawah tumpat Kelantan
Asal: Tumbuhan tempatan


    

   

PENGENALAN:

Sejenis pokok rendang yang biasanya ditanam di tepi sawah untuk teduhan, jagus merupakan pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 15 meter. Batangnya mempunyai getah yang akan merengsakan kulit jika terkena. Kulit akan menjadi melecur seperti terkena getah bacang. Daunnya berbentuk bulat di hujungnya dan panjangnya sekitar 18 cm dengan lebar antara 5 hingga 7 cm. Daunnya tersusun secara bertentangan. Buahnya berbentuk seperti buah pear dengan bijinya berada di luar. Bijinya berbentuk ginjal. Buah dan bijinya berwarna hijau ketika muda. Buahnya akan menjadi berwarna kuning apabila masak. Teksturnya akan menjadi lembut dan berair. Isi di dalam buahnya berwarna putih. Terdapat juga spesies jagus yang mempunyai buah yang berwarna merah jambu.

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah. Ia sedap dimakan kerana baunya yang menyelerakan . ia juga rangup apabila dikunyah. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.

Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja. Namun rasanya yang agak pijar menyebabkan ia banyak dimanfaatkan sebagai kerabu. Ini kerana rasa pijar tersebut akan hilang apabila airnya diperah keluar. Bijinya pula di bakar dan kulitnya di ketuk untuk mengeluarkan bijinya. Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma.

Dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Gajus
Scientific Name: Anacardium occidentale
Other Name: Jagus , Gajus, Jambu Golok, Ketereh
Family: Leguminasae
Location: Tepi sawah tumpat Kelantan
Origin: Tumbuhan tempatan

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!