Posted on

Durian

Durian

Kebelakangan ini pokok durian menjadi antara pokok yang paling 'hot' di nurseri kami. Semuanya mungkin berpunca dari menularnya artikel mengenai durian berbuah rendah yang amat popular berasal dari Thailand iaitu Monthong. Berikutan dengan itu sebagai nurseri yang membekalkan benih durian kami mulai dibanjiri dengan pelbagai permintaan dan pertanyaan mengenal pelbagai jenis durian yang kami bekalkan. Artikel ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai jenis-jenis durian yang agak dikenali ramai. Ia akan sentiasa dikemaskini dengan penambahan varieti durian.

1. Musang king
Musang king merupakan varieti durian yang berasal dari Malaysia. dikenali juga dengan nama 'Mao shan wang' dikalangan kaum cina. Ia mula didaftarkan pada tahun 1993 oleh Encik Wee Chong Beng dari Tanah Merah , kelantan. Mula didaftarkan dengan nama Rajah Kunyit dengan kod D197.

Ciri Buahnya berbentuk bulat bujur, kulit berwarna hijau muda, isi berwarna sangat kuning, isi tebal, rasa lemak, sangat manis dan sedikit rasa pahit. saiz buah sekitar 20cm panjang dan 15.5 cm lebar. Berat purata sebiji durian musang king sekitar 1.8 kg. Bentuk buahnya ovate dengan pangkal buahnya sedikit rata.Panjang tangkai lebih kurang 5 cm. Bahagian hujung buah berbentuk bulat. Pangsanya jelas kelihatan. Sangat senang dibuka apabila ia gugur dan masak sempurna. Ia merupakan buah durian premium yang menjadi kebanggaan Malaysia.

Menanam musang king memerlukan modal yang agak tinggi kerana harga benih durian yang 'boleh tahan' berbanding dengan benih buah-buahan lain. Ia boleh menjadi pelaburan yang menguntungkan dengan syarat kita mempunyai ilmu untuk mengenalpasti jenis benih yang betul agar tidak tersalah menanam varieti yang kurang menguntungkan.

1. Setelah pemilihan benih dilakukan dengan teliti, langkah pertama ialah dengan membersihkan tanah dari sebarang rumpai dan pokok-pokok yang mengganggu sinaran matahari. Benih musang king perlu ditanam ditempat yang mendapat sinaran matahari yang penuh.
2. Seterusnya gali lubang bersaiz 50cmX50cmX50cm untuk benih yang berketinggian lebih kurang 1 meter. Sebelum benih di tanam lubang yang telah sedia digali dibiarkan terkena sinaran matahari selama lebih kurang 2 hingga 3 hari bertujuan untuk mematikan bakteria yang terdapat dalam tanah.
3. Buka plastik polibag dan tanam benih pada paras tanah dalam polibag. Jangan menanam sehingga batang pokok tenggelam dalam tanah baru.Ini mungkin boleh menyebabkan batangnya buruk.
4. Sungkupan diperlukan pada bahagian umbi jika penanaman dilakukan di tempat yang terlalu kering seperti ditepi sawah. Ini bertujuan untuk mengelakkan air dari meruap dengan cepat dan mengeringkan benih.Penyiraman perlu dilakukan setiap petang agar benih kekal segar.
5. Setiap bulan baja organik perlu ditabur atau disiram di sekitar batangnya untuk pertumbuhan yang maksimum.
6.Setelah lebih kurang 3 bulan ditanam, bolehlah kita berikan baja kandang seperti tinja lembu atau tinja kambing. Berikan setiap bulan sekali dalam kuantiti sekitar 250g untuk menggalakkan pertumbuhan dan mempercepatkan proses berbuah. Baja kimia NPK juga digunakan.

Untuk penanaman ladang jarak yang paling ideal antara pokok ialah 10MX10M. Namun begitu jarak sekitar 7MX7M juga boleh dipertimbangkan.

Bilangan pokok untuk satu ekar ialah 40 hingga 50 pokok.

Untuk membeli benih musang king sila ke :

http://www.melur.com/…/anak-pokok-durian-musang-king-d197-…/

Rujukan:
1.http://animhosnan.blogspot.my/2011/…/durian-musang-king.html
2.http://belajarberkebun.com/cara-menanam-durian-musang-king.…
3.http://johorkaki.blogspot.com/…/5-tips-untuk-mengenalpasti-…
4.http://psv3.blogspot.my/p/halaman-pertanian.html
5.http://www.utusan.com.my/…/hasil-musang-king-lebih-cepat-1.…
6.http://www.bibitpohondurian.com/p/cara-menanam-bibit-durian…
7. http://www.melur.com/…/Panduan_Pengesahan_dan_Pencirian_Ket…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *