Cincau Hitam Dan Cincau Hijau

Post
Herba Kering

Oleh Noraida Arifin

Tanaman cincau ini telah lama menarik minat saya. Sejak zaman sekolah menengah lagi ketika saya mula-mula tahu cincau itu sebenarnya berasal dari tumbuhan, selepas membelek-belek tin minuman cincau. Pada tin tersebut tertulis grass jelly (Mesona Chinensis). Sebelum daripada itu, saya fikir cincau tu dibuat daripada agar-agar. Bila saya berkahwin, suami saya selalu bercerita mengenai arwah ibunya yang selalu membuat cincau dengan cara meramas-ramas daun cincau ke dalam air dan dibiarkan hingga menjadi cincau. Sejak itu saya selalu mencari kalau-kalau terjumpa dengan benih cincau ini , malangnya tidak pernah berjumpa. Pada Tahun 2007 , syarikat saya, Melurdotcom, telah dihubungi oleh seorang pengusaha tanaman cincau hitam dari Daerah Jawa Barat Indonesia untuk memasarkan produk daun cincau kering. Kerana keterbatasan waktu , serta kesibukan saya dengan kerjaya 8 to 5 saya, cadangan itu saya selit entah ke mana. Lagipun ketika itu pasaran daun cincau hitam Malaysia masih tidak meluas dan hanya terdapat di kedai-kedai singsei cina sahaja.

Tiba-tiba tanaman cincau menjadi popular dan ramai penjual online menjualnya. Saya cuba beli satu benih. Terkejut juga melihat hanya seurat pokok cincau hitam yang sampai.tetapi saya fikir, jika penjual ini berani menghantar seurat pokok cincau, pasti beliau tahu pokok ini senang tumbuh dan membiak. Dan Alhamdulillah dalam masa lebih kurang sebulan pokok cincau saya telah membesar , malah saya sudah berjaya membiakkan 5 lagi anak pokok cincau hitam.

Itu kisahnya cincau hitam . Cincau hijau pula saya dapat beli cuttingnya. InsyaAllah sekarang sedang cuba tanam.

Cincau Hitam
Cincau Hitam

 

cincau
Cincau

 

Rupanya cincau ini ada banyak jenis.

1. Cincau hitam, dari genus Mesona. Ia merupakan jenis tumbuhan dari keluarga pudina (Labiatae). berbatang lembut membiak dengan cepat jika cukup air. Kaedah pembiakan melalui jalaran akar. Jenis yang biasa dijadikan cincau ialah Mesona Chinensis dan Mesona palustris. Di indonesia jenisnya yang dikomersialkan ialah Mesona Palustris., manakala di Indochina, jenis Mesona chinensis di komersialkan.

2. Cincau hijau perdu.Nama cincau hijau perdu ini merujuk kepada lebih dari satu jenis pokok. Jenis yang paling biasa digunakan ialah jenis Premna oblongifolia, satu genus dengan pokok bebuas, daunnya pun hampir sama. Jenis cincau hijau lain yang didapati maklumatnya dari internet juga ialah Melasthoma polyanthum, satu genus dengan pokok senduduk.

4.Cincau hijau memanjat. Cyclea barbata. Terdapat dua jenis yang dibezakan oleh tekstur permukaan daunnya. Ada yang daunnya licin berkilat dan ada yang daunnya berbulu. Daunnya berbentuk hati. Bahagian yang digunakan ialah bahagian daun dan sulurnya.

Proses pembuatan cincau hijau( proses yang sama untuk semua jenis.

Daun cincau hijau diramas-ramas di dalam air mati hingga mengeluarkan lendir yang berwarna hijau. setelah itu daunnya ditapis dan dibuang. Air ramasan tadi disejukkan sehingga menjadi cincau. cincau hijau sedap dimakan bersama santan dan gula melaka. Cincau hijau dari jenis memanjat mempunyai rasa yang istimewa dan agak manis serta paling sedap antara semua cincau hijau.

Proses pembuatan cincau hitam:

Daun dan batang cincau hitam yang kering direbus sehingga mengeluarkan warna hitam yang pekat. Tapis dan buang hampasnya. Masukkan tepung ubi kayu dan terus kacau hingga campuran tidak bergentel-gentel lagi. Kacau lagi hingga berkilat dan disejukkan sebelum dipotong untuk dicampur dalam minuman.

Ebooks

2 Comments on “Cincau Hitam Dan Cincau Hijau

Leave a Reply

Your email address will not be published.