Posted on

Cara Membuat Salap Herba

Membuat salap herba sendiri – Salap untuk Panau

Noraida Arifin

salapMembuat salap herba sendiri ialah cara mudah untuk kita memanfaatkan tanaman ubatan yang terdapat di sekeliling kita. Salap memudahkan penggunaan harian. Berbeza dengan pes yang perlu ditumbuk dari herba segar sebelum disapu pada kulit, salap boleh disediakan terlebih dahulu dalam kuantiti yang banyak dan digunakan apabila perlu.Salap, dalam bahasa inggeris biasa disebut sebagai balm atau ointment adalah satu ramuan yang berasaskan minyak yang disapu pada kulit.

Untuk menyediakan salap, antara bahan yang diperlukan ialah:
1. Kelengkapan untuk teknik double boiler(dua dandang) dan ketuhar.
2. 1 cawan Carrier atau pembawa. Dicadangkan kita menggunakan bahan semulajadi yang berkhasiat. Saya menggunakan minyak zaitun
3. Kain muslin atau tapis yang halus untuk menapis herba,
4. 1 cawan herba pilihan, dicincang halus. Untuk panau saya menggunakan daun palasari atau nama saintifiknya Rhinacanthus nasutus (l.) kurz. Antara herba lain yang boleh dicampur ialah daun badang hitam dan daun gelenggang. Jika menggunakan herba campuran, 1 cawan itu merupakan herba yang telah dicampur.
5. 1/4 cawan lilin lebah atau beeswax. Boleh dibeli di toko2 jamu atau paling senang beli online macam saya. Kalau ke cameron highland boleh beli di Bee Farm di Tringkap ( tak sure berapa harga sekilo)
6. Bekas yang bersih kering dan boleh ditutup rapat untuk menyimpan salap kita.

Semua bahan-bahan sudah ada, kita boleh mulakan proses membuat salap.
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 F. Masukkan herba ke dalam minyak zaitun dan panaskan dalam api sederhana menggunakan teknik double boiler sehingga hampir mendidih tapi jangan sampai mendidih. Matikan api dan angkat bahagian atas ‘double boiler’ atau mangkuk minyak dan masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan. kalau tiada ‘double boiler’ gunakan mangkuk tembikar tahan panas ya. Biarkan dalam ketuhar selama 3-4 jam.

2. Setelah Sejuk, Tapis hampas herba menggunakan kain muslin atau penapis yang halus, Jika kita hanya mahukan minyak herba, Proses kita boleh berhenti di sini.

3. Untuk Membuat Salap, masukkan minyak yang telah ditapis tadi kembali ke dalam double boiler. Masukkan lilin lebah atau beeswax dan kacau hingga hancur sebati.

4. Tuang ke dalam bekas pilihan anda dan biarkan ia sejuk sebelum ditutup.

5. Sekarang sudah boleh letak label. boleh dikomersialkan atau dijadikan buah tangan…. 😀

**Jika tidak mau menggunakan teknik double boiler, herba yang digunakan boleh direndam didalam minyak zaitun selama beberapa minggu. Simpan dalam bekas kedap udara ( sebaik-baiknya bekas kaca)

Share this:
Leave a Reply

Your email address will not be published.