Posted on

Atasi kelemumur dengan daun kesum

Atasi kelemumur dengan daun kesum

Kalau dah cuba pelbagai jenis syampu dan rawatan tapi masalah kelumumur tetap tak hilang-hilang apakata kita kembali alami dan cuba petua ini. Guna daun kesum saja. Tunggu time lebih-lebih buat laksa, lumatkan daun kesum ni… boleh tumbuk hingga jadi pes dan lumurkan pada kulit kepala. Biar seketika sebelum dicuci bersih dengan syampu.

 

kesum
Daun Kesum
Share this:
Posted on

Antioksida dalam belimbing

Belimbing merupakan sejenis tumbuhan tempatan yang mudah dijumpai di tanam di kampong-kanpung kerana fungsinya sebagai pokok yang membekalkan makanan disamping menyediakan teduhan. Pokok belimbing tergolong dalam kelompok pokok kecil dengan ketinggian sekitar 5 hingga 12 meter. Daunnya kecil berwarna hijau gelap dan tersusun secara berselang pada tangkai daun. Bunganya berwarna ungu kemerahan. Buahnya yang berwarna hijau ketika muda berubah menjadi kuning apabila masak. Buahnya berbentuk bujur dengan lima bucu pada permukaannya. Apabila dipotong secara keratan rentas potongan buahnya berbentuk bintang. Ia boleh dibiakkan dengan kaedah tut , biji benih dan keratan batang.
kegunaan:

Buah yang mengandungi anti-oksida , natrium dan vitamin C ini boleh dipelbagaikan kegunaannya. Selain boleh dimakan begitu saja dengan rasanya yang manis bersari, ia juga boleh dijadikan jus, jem dan dimasukkan ke dalam campuran salad. Selain itu buahnnya juga dicampur ke dalam masakan , contohnya masakan udang masak santan di Thailand.
Dari sudut perubatan pula, campuran belimbing dan herba lain telah digunakan untuk merawat sakit kepala, loya dan muntah-muntah. Satu kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan pengkaji telah mendapati belimbing mengandungi unsure “anti-depressant” dengan ciri yang sama seperti yang terdapat dalam ubat-ubat penenang. (Ref: http://www.e-mjm.org/1980/v34n3/averrhoa-carambola.pdf)

 

belimbing

 

Share this:
Posted on

Kunyit Hitam; Curcuma Caesia atau Kaempferia parviflora?

Beberapa hari yang lepas seseorang yang ingin mengkaji kunyit hitam menghubungi saya dan bertanya tentang kunyit hitam. Lebih 10 tahun yang lalu ketika saya mula meletakkan maklumat mengenai kunyit hitam sebagai pengetahuan am di website saya www.melur.com saya banyak dihubungi oleh pengamal perubatan bertanyakan pelbagai perkara dan memberikan pelbagai tip berkenaan dengan kunyit hitam. Seorang pemilik kunyit hitam menasihatkan saya agar tidak menjual kunyit hitam kerana ianya banyak digunakan dalam uparacara ghaib. Jadi saya tidak pernah menyimpan stok kunyit hitam. Pelbagai pendapat diutarakan diruangan komen artikel tersebut. Antara yang sempat saya capture. Perbincangan dengan pengkaji tersebut menimbulkan kekeliruan pada saya sendiri. Sebenarnya kekeliruan mula timbul apabila ibu saya menyemai kunyit hitam yang berlainan dari gambar yang saya ambil di salah sebuah ekspo pertanian.

Gambar kunyit hitam yang terdapat di website saya itu sebenarnya Kaempferia parviflora sedangkan artikel yang saya tulis itu mengenai Curcuma caesia. Dan kunyit hitam yang ibu saya semai itu adalah Curcuma caesia. Perbualan saya dengan pemilik Seri Subuh Agrofarm cik Nurul Ain mengesahkan kekeliruan saya. Curcuma caesia dikenali dengan nama kunyit hitam oleh masyarakat Malaysia. Ia dari spesis kunyit , curcuma, daunnya lebih kurang sebesar daun kunyit biasa dengan jalur ungu kehitaman di tengahnya. Rizomnya mempunyai isi berwarna putih dengan lingkaran ungu kehitaman. Ada juga yang memanggil kunyit hitam ini temu hitam, temu hitam atau temu ireng yang sebenarnya bukan curcuma caesia tetapi Curcuma aeringonosa. Isi rizom temu ireng berwarna putih dan akan berubah menjadi kekelabuan apabila dipotong.

Kaempferia parviflora, kunyit hitam Thailand, pula berada dalam spesis cekur. dengan daun yang kecil dan batang yang lembut dan rumpun yang kecil. Daunnya seakan-akan daun cekur . Keseluruhan isi rizomnya berwarna ungu kehitaman ( warna ungu kehitama yang sangat pekat)

Gambar dibawah menunjukkan perbezaan antara Curcuma caesia dan Kaempferia parviflora.Jika di Malaysia selalunya kunyit hitam merujuk kepada Curcuma caesia dan kaempferia parviflora selalunya di kenali dengan nama kunyit hitam Thailand.

Artikel ini berdasarkan pengetahuan am saya. Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen atau pembetulan fakta.

kunyit_hitam_combined

Share this:
Posted on

Pokok Badang

Plant of the day…sapa kenal…

Pokok yang dikenali dengan nama vernakular pokok badang ini biasa tumbuh di kawasan terbuka tepi pantai. Jenis tanah yang menjadi tempat pertumbuhan pokok ini ialah tanah bris pasir. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah pokok duri timbang tahil, pokok khet (Thai). Dari genus Catunaregam , keluarga rubiaceae, nama saintifik tumbuhan ini ialah Catunaregam tomentosa (Blume ex DC.) Tirveng. Biasa di rujuk dengan nama Catunaregam tomentosa.

 

badang_3 badang_4

Share this:
Posted on

Baja Organik

Baja organik untuk pokok tin( dan pokok2 lain juga)
Balik ke penang seminggu ni sempat mengintai balkoni jiran yang dah jadi ladang tin. 4 variasi yg ada di ‘ladang’ balkoni ni green jordan , red saudi, btm 6 dan iraqi. Sempat berkongsi rahsia pokok tin beliau sangat subur dan lebat buahnya.

Baja yang digunakan baja organik buatan sendiri hasil peraman:
1. Potongan kangkung
2. Buah nenas potong semua termasuk kulit kecik2
3. Buah labu manis
4. Pisang
5. Gula merah
6. Yakult
7. 1.5 liter air

Takde sukatan tapi nenas yg digunakan nenas kecil . Buah2 lain dan kangkung diimbangkan agar lebih kurang sama kuantiti dengan nenas. Gula merah sekilo, yakult sebotol. Gaul semuanya hingga sebati. Peram dalam bekas tertutup selama 30 hari. Tapis dan simpan dalam botol bertutup. Untuk kegunaan campur lebih kurang 20ml dengan 1.5 liter air . Spray pada bahagian atas dan bawah daun 3 hari sekali.

Share this:
Posted on

Cara semai biji benih buah tin kering

Terjumpa cara nak semai biji benih buah tin kering. Teringin jugak nak tanam tin pelbagai variasi ni tapi bila memikirkan harganya dan risiko silap penjagaan , surrender dulu. Tapi kalau boleh semai dari biji benih ni…apa salahnya kan… O risk. Selain dapat jugak makan buah tin tu buat buka puasa petang ni.

“Asingkan biji dari buah. Rendam air untuk memisahkan lebihan buah yang melekat.. Masukan dalam tapis teh/kopi cucurkan ke paip sambil pisahkan biji sehingga bersih dari buah yang melekat. Kemudian semai ditempat semai sambil pisahkan biji yang bertindih dengan hujung lidi. InsyaAllah akan bertunas selepas sebulan.”

Jom try ramai-ramai. Tokey-tokey tin jangan marah ye… yang disemai ni belum tentu berbuah lagi. Kalau nak yang confirm berbuah ramai tokey2 yang duk jual….lubangkan sikit je poket tu dapat la pelbagai variasi yang best-best.

Share this:
Posted on

Rawatan Kanser Alternatif Dengan Rumput Beijing

Rumput Beijing

Rumput Beijing (Murdannia bracteata) atau “Ya pak-king”, 北京草 ialah herba yang diketahui mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya tahan badan dan ciri anti-radang amat terkenal di China dan Thailand. Ianya banyak ditanam secara komersial untuk menghasilkan pelbagai jenis ubatan dan suplemen. Terdapat beberapa kajian saintifik yang membuktikan kesan anti-bakteria tumbuhan ini. Walaupun ada kajian potensi rawatan kanser bagi tumbuhan ini ianya masih diperingkat awal. Namun bagi pengamal perubatan alternatif, rumput Beijing telah lama digunakan untuk merawat kanser.

 

 Cara penyediaan jus rumput Beijing

1. Basuh seluruh rumput termasuk batang dan akarnya bersih-bersih dengan air.
2. Rendam rumput ini ke dalam air garam atau cuka. 2 sudu besar garam atau 2 sudu besar cuka dilarutkan dalam 1 liter air. Tujuannya untuk menyingkirkan serangga atau ulat yang terdapat pada daun rumput.
3. Tumbuk rumput ini menggunakan lesung tanah liat atau lesung kayu hingga menjadi pes.
4. Masukkan 2 sudu besar air mendidih.
5. Tapis dengan menggunakan penapis kain
Dos yang disyorkan untuk pesakit kanser dewasa ialah 2 sudu besar jus ini diambil 30 minit sebelum sarapan pagi dan 30 minit sebelum tidur.Untuk kanak-kanak pula 1 sudu makan setiap kali.
Sumber: http://www.bangkokpost.com/print/288193/

 

 

Anda boleh beli pokok Rumput Beijing dari kami. Pokok ini amat mudah dijaga. Klik sini untuk membuat pesanan dari kami.

 

Share this:
Posted on

Petua demam campak

Satu petua demam campak yang dikongsi oleh seorang rakan berbangsa kemboja. Petua ini sangat mujarab untuk menurunkan suhu badan yang tinggi akibat demam campak. Pokok ini ialah pokok bayam pasir yang banyak tumbuh sebagai rumpai disekeliling kita. Caranya ialah dengan menumbuk seluruh bahagian pokok termasuk akarnya sehingga menjadi pes. Pes ini disapu ke seluruh badan pesakit. Ia dapat membuka pori-pori atau liang roma seterusnya membuang haba panas dalam badan.

Ia juga digunakan di dalam perubatan ayurveda , dikenali dengan namanya dalam bahasa sanskrit , Tanduliya

 3
Share this:
Posted on

Menanam Avocado

Menanam Avocado ?
Beberapa minggu yang lepas, atas permintaan saya memesan benih avocado dari supplier saya. Semenjak mula menjual benih avocado beberapa minggu ini saya kerap di hujani pertanyaan seperti:
1. Bolehkah avocado berbuah di Malaysia
2. Berapa lama tempoh berbuah avocado yang ditanam dari biji?
3. Bolehkah avocado berbuah jika ditanam dalam pasu?

Saya Jawab soalan pertama dulu ya…

Bolehkan avocado berbuah di Malaysia? Jawapan saya boleh. Lebih dari 10 tahun dahulu dalam perjalanan pulang ke kampung dari Pulau Pinang ke Kelantan kami berhenti seketika di tepi jalan di Daerah Baling( masa itu lebuh raya Gerik Baling masih belum dibina). Saya terpandang sepohon pokok yang rimbun di tepi sungai dengan buah yang sangat lebat. Setelah saya amati rupanya buah itu adalah buah avocado. Boleh bayangkan kekaguman saya masa itu melihat avocado bergantungan di atas pokok di Malaysia. Di tanah rendah pula. Selama ini saya ingatkan avocado hanya tumbuh dan berbuah di tempat yang beriklim sejuk.Atau sekurang-kurangnya kalau di Malaysia di tanah-tanah tinggi.

Sekitar tahun 2007 ketika bercuti di rumah mertua di Kota Kinabalu,saya sempat membeli anak benih avocado di Tamu Gaya street. Benih itu saya seludup(shh…) dalam beg baju saya dan selamat tiba dengan jayanya di Pulau Pinang.Lama juga saya menanam pokok avocado tersebut di dalam pasu hingga pada suatu hari saya keluar daerah dalam tempoh masa yang lama dan pokok itu mati kekeringan sebelum sempat berbuah.Sungguh tragis.

Percubaan kedua menanam avocado berlaku pula pada sekitar tahun 2012. Masa tu sudah banyak tip di internet yang tersebar menunjukkan cara menyemai biji Avocado. Saya berjaya menyemai kedua-dua biji avocado dengan cara mencucukkan lidi ditengah biji dan mengapungkan biji tersebut diatas permukaan air sehingga ia bercambah. Kedua-dua pokok itu membesar dengan jayanya di dalam pasu sehingga umurnya hampis setahun. Malangnya,sama seperti avocado pertama saya, kedua-duanya mati kekeringan setelah ditinggalkan lama ketika musim kemarau (sudah beberapa kali saya ingatkan diri supaya memasang sistem fertigasi tetapi tetap terlupa juga)

Saya lupakan avocado sekian lama hingga pada suatu hari pelangganhttp://www.melur.com menanyakan jika saya ada membekalkan benih avocado. Eh… macam pernah dengar saja nama itu… avocado ya. Demi memenuhi permintaan pelanggan yang di kasihi saya memesan anak benih avocado dari pembekal saya. “Apa? Avocado?erk….” Demikian reaksi pembekal saya. Saya ingat… hmm tak apalah. Sehingga ketika memunggah bekalan pokok untuk nurseri saya pembekal saya berkata ” Cuba tengok itu apa..” Eh ada 50 pokok avocado yang sihat-sihat pula…Terujanya saya. Jadi sekarang saya adalah pembekal benih avocado. Benih yang dibekalkan disemai dari biji benih ,bukannya dari teknik tut atau grafting ataupun cantuman tunas. Jadi sedia maklumlah pokoknya akan lambat menghasilkan buah. Saya merujuk sana sini ( padahal google aje pun) Apa?? 6 hingga 8 tahun baru berbuah, ada yang mencapai 10 hingga 15 tahun. Ini sudah melampau. jika hari ini saya berumur 40 tahun maknanya saya hanya boleh makan avocado saya ketika berusia 50 tahun? Itupun kalau umur saya cukup panjang.

Ini tidak boleh jadi. saya mencari lagi, akhirnya saya berjumpa artikel yang membincangkan cara mempercepatkan pembuahan buah avocado.Kaedah ini dilakukan di Indonesia. Ia menggunakan kaedah cantuman mata tunas. Tunas pokok yang terpilih dimasukkan kebahagian batang anak dari biji benih yang telah di potong.(Macam kahwinkan anak getah juga). Dengan kaedah ini avocado boleh berbuah selepas 3 tahun. Reasonable tapi masih lama. kaedah tut ialah kaedah yang boleh menghasilkan avocado yang berbuah paling cepat. Bergantung kepada dahan yang di tut itu.

Jangan tak tahu avocado boleh berbuah walaupun ditanam dalam pasu( bukan saya kata). Sekarang saya tengah menanam sepohon avocado didalam pasu. Sama-sama kita tunggu hasilnya. Harapnya janganlah pisang berbuah 3 kali.

Jom tanam sama-sama…
beli benihnya : http://www.melur.com/prod_detail.asp…

 

2

Share this:
Posted on

Khasiat pokok badang hitam atau bisa ular

Saya sangat teruja mengetahui satu lagi khasiat pokok yang sudah lama saya kenali sebagai bisa ular ini. Seperti mana namanya di bahagian utara semenanjung Malaysia ia digunakan untuk mengubat bisa ular dengan cara melumatkan daunnya dan dilumurkan pada bahagian yang terkena patukan ular. Satu lagi khasiat besar tumbuhan ini ialah digunakan untuk mengubat penyakit eczema yang dikenali dengan nama penyakit badang di kelantan.

Tumbuhan yang cantik tetapi berduri ini sesuai dijadikan tumbuhan pagaran untuk landskap

 1
Share this: