Posted on

Teknik penanaman pokok Kurma

kurma-besar

Pengenalan
Kurma merupakan buah yang biasa terdapat di Timur Tengah, dan kebanyakan tanaman yang ditanam di sana atau di utara Afrika boleh berbuah, dan tidak menghairankan kita jika mereka hidup di kawasan iklim panas kering. Untuk penanam Amerika Utara, hanya zon 9 hingga 11 sesuai untuk pokok kurma.
Kurma bukanlah pokok mudah untuk ditanam dan boleh menjadi satu cabaran yang menyeronokkan jika anda mencuba pokok buahan baru di taman anda. Bersedialah untuk bekerja lebih sedikit daripada biasa untk berjaya.
Kurma amat berkhasiat, dan telah menjadi sumber makanan yang penting selama berabad-abad. Buah kurma adalah tinggi dalam serat dan beberapa vitamin B tetapi rendah kalori.

Permulaan tanaman
Pokok kurma adalah sama ada ia pokok jantan atau pokok betina, dan anda akan memerlukan kedua dua jenis pokok dalam usaha untuk mendapatkan buah. Jika anda mahu menanam beberapa pokok, anda boleh mendapatkan buah dengan dengan sepokok jantan dan banyak yang lain pokok betina. Oleh itu, apabila anda merancang lokasi anda untuk kurma, pastikan anda mempunyai ruang untuk sekurang-kurangnya 2 pokok jantan.
Oleh kerana anda memerlukan pokok jantan dan pokok betina, orang umumnya tidak menanam pokok dari biji kerana anda tidak akan tahu JANTINA selama bertahun-tahun. Benih dibeli biasanya dari sesulor pokok (offshoot) yang sedia ada, maka mereka perlu dilabel mengikut jantina mereka.
Pilih lokasi yang cerah , tanah yang sesuai dan subur seperti yang anda lakukan kepada lain2 jenis pokok. Gali lubang yang cukup besar untuk memegang akar. Untuk penanaman yang subur gunakan media berikut:
1) Tanah gembur- 1 bahagian
2) Pasir- 2 bahagian
3) Kompos – 1 bahagian
4) Sekam bakar- 2 bahagian
Masukkan media tersebut dalam lubang. Setiap pokok akan membesar kepada lebih daripada 50 kaki tinggi, dan sehingga 30 kaki.
Seperti yang dinyatakan, anda perlu 2 pokok tetapi oleh kerana anda boleh membuat pendebungaan dengan tangan, anda tidak semestinya perlu untuk menanam pokok-pokok bersebelahan antara satu sama lain jika ruang anda tidak membenarkan.
Walaubagaimana pun perkembagaan teknologi pertanian membolehkan anda membeli debunga pokok jantan sahaja. Sekiranya tiba masa untuk mendebungakan pokok kurma anda, anda boleh saja terus membelinya secara online. Gunakan keyword “beli debunga kurma” di google.

Penjagaan pokok
Kurma adalah pokok yang tumbuh sangat perlahan. Air yang berlebihan akan membunuhnya. Hujan yang tetap biasanya mencukupi, melainkan jika ia telah kering untuk tempoh masa yang panjang .
Pokok kurma TIDAK didebungakan oleh serangga atau burung, tetapi oleh angin, mungkin kerana ia tiada bau dan madu. Dengan hanya beberapa pokok jantan, anda mengambil risiko bahawa tiada pendebungaan dan oleh itu tidak akan menghasilkan sebarang buah. Ini bermakna sebahagian daripada rutin berkebun tahunan anda perlu pendebungaan tangan untuk pokok kurma anda.
Pokok jantan akan menghasilkan sarung debunga. Anda perlu untuk mengumpulnya (ia hanya satu serbuk halus) dan kemudian debu di tabor pada bunga betina sewaktu ia dalam keadaan mekar.

Pembajaan
Pembajaan pokok kurma disyorkan menggunakan 100% organik sebarang jenama. Elakkan penggunaan baja kimia. Ini kerana, seperti juga manusia, kimia mendatangkan kesan sampingan samada reaksi jangka panjang atau respon jangka pendek. Perlu diingatkan, hanya penggunaan baja organik yang TIDAK BERASASKAN NAJIS sahaja.
Anak pokok yang telah mencapai pembesaran kira-kira satu tahun dan sehat, bolehlah di pindahkan ke tanah atau kebun. Melalui pengalaman saya pemindahan anak pokok dari pasu atau poli bag ke tanah agak kritikal dan hendaklah berhati-hati supaya akar-akar tidak cedera. Sekiranya tidak cermat pokok akan terbantut atau mati. Masa penanaman yang paling sesuai adalah semasa musim hujan kerana kelembapan tanah dan cuaca yang kurang panas. Pembajaan peringkat permulaan hanya di gunakan selepas 4-5 minggu di tanam. Pembajaan di lakukan 3 bulan sekali.
Harus di ingat baja hendaklah di tabur 1.5 – 2 kaki dari pangkal pokok atau hujung kanopi daun. Sekiranya ditabur hampir dengan batang boleh mencederakan akar dan menyebabkan pokok bermasaalah dan mungkin membawa maut.
Pokok-pokok di atas mengalami kecederaan akar dan disebabkan baja berlebihan dan ditabur hampir ke bahagian pangkal. Pokok-pokok begini perlu penjagaan lebih rapi untuk memulihkan kembali supaya sehat. Racun kulat dan serangga boleh di gunakan kerana pokok yang lemah mudah mendapat penyakit.

Bekas tanaman
Kurma jenis kerdil memang wujud yang boleh tumbuh di dalam pasu besar, namun ia bukan satu pilihan yang praktikal. Seperti yang dinyatakan, anda perlu mempunyai 2 pokok yang mungkin tidak sesuai jika anda membesar kan kedua dua nya dalam ruang yang kecil.

Hama dan Penyakit
Burung, tikus dan tupai boleh menjadi masalah apabila buah mula masak. Petani biasanya meletakkan beg mesh sekitar gugusan buah kurma supaya mereka boleh masak tanpa dicuri.

Penuaian dan penyimpanan
Anda mungkin perlu menunggu sehingga kurma anda mencapai 4 hingga 7 tahun sebelum anda mula melihat buah. Tetapi jika anda menanam menggunakan benih tissue cultured, maka dalam 2 ke 3 tahun ia sudah berbuah.
Kurma tidak semua masak pada sekali gus walaupun dalam kelompok buahan yang sama, jadi anda akan mempunyai masa menuai beberapa kali sepanjang musim . Setiap pokok kurma boleh menghasilkan 150 hingga 200 paun buah setiap tahun, apabila ia telah matang dalam kapasiti penuh.
Kurma masak apabila berwarna coklat dan lembut, walaupun mereka boleh diambil ketika masih keras dan dibiarkan masak. Tetapi jika anda mempunyai masalah dengan burung memakan buah, penuaian awal mungkin menjadi pilihan yang lebih baik.
Kurma segar boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 minggu, atau dibekukan sehingga 4 bulan. Untuk lebih manis (dan lebih tahan lama), anda perlu mengeringkannya bukannya menyimpan segar.
Sebelum keringkan kurma, anda perlu menjadikan ia kepingan setiap satu dengan mengeluarkan biji. Kebanyakan orang menjadikan ia setiap butir kepada 2 keping. Kurma mengambil masa yang lama untuk kering, perlu dikeringkan di dehydrator atau ketuhar. Matahari adalah kaedah yang tidak baik untuk buah yang tebal itu kerana ia boleh mengambil masa lebih daripada 20 jam untuk kering, dan kurma akan menjadi keras apabila kering.
Setelah kering, anda boleh menyimpan pada suhu bilik di dalam bekas kedap udara selama 6 bulan. Simpan bekas dalam peti sejuk, dan ia akan baik selama setahun.

Share this:
Posted on

Pokok Kembang Songsang

kembangsonsang

Kembang songsang menjadi pilihan untuk ditanam sebagai hiasan kerana bentuk bunga yang unik menawan serta warnanya yang garang menyerlah. Ia merupakan sejenis tumbuhan menjalar. Boleh di tanam di dalam pasu atau di tanam terus ke tanah. Struktur menjalarnya menyebabkan ia amat sesuai untuk dijadikan hiasan pada pagar atau pintu gerbang. Bunganya yang cantik juga sesuai untuk dijadikan bunga potong untuk jambangan bunga segar. Jika bunga yang kelopaknya masih belum membengkok ke belakang dipotong , ia boleh bertahan segar selama 8 hari dalam jambangan bunga.

Bunganya mempunyai 6 kelopak yang panjang (lebih kurang 4 cm) dengan bahagian tepi kelopak bunganya berombak-rombak.Ia berbuah , panjang buahnya lebih kurang 6 cm.

Dalam kitab perubatan ayurveda, tumbuhan ini dikenali dengan nama kalihari dan Agnishikha. Ia merupakan herba yang banyak digunakan selama beratus tahun untuk rawatan sakit otot dan sakit sendi. Ia disebut dalam kitab avurveda, Charaka Samhita. Ia juga digunakan untuk rawatan penyakit telinga dan penyakit kulit. Disebutkan ia juga merupakan herba yang digunakan untuk rawatan buasir. Ia juga digunakan untuk mempercepatkan proses kelahiran.

 

Di India akarnya digunakan untuk rawatan bisa ular( di campur dengan herba-herba lain). Pokok ini mengandungi ubi. Ubinya tidak boleh di makan dan boleh menyebabkan keracunan jika dimakan dalam jumlah yang banyak. Ubinya juga boleh menyebabkan keguguran. Ole itu di dalam perubatan ayur veda ia juga dikenali dengan nama Garbhaghatini (pemusnah garbha/kandungan).

Colchicine adalah alkaloid yang diekstrak dari bijinya. Colchicine digunakan dalam perubatan moden Di Afrika dan Asia tumbuhan ini digunakan untuk merawat mati pucuk

Bunga kebangsaan Tamil Nadu,Rhodesia dan zimbabwe

 

 

Rujukan:

  1. https://www.bimbima.com/ayurveda/langali-gloriosa-superba-information-uses-and-warning/51/
  2. https://wannura.wordpress.com/2010/03/10/kembang-songsang-gloriosa-superba-merawat-mati-pucuk/
  3. http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/plant/gloriosa.html
Share this:
Posted on

Kehebatan Moringa Oleifera

moringa-oleifera

Moringa (Kacang Kelor )

moringa

Moringa (Moringa oleifera) dikenali di Malaysia dengan pelbagai nama vernakular. Di bahagian utara semenanjung  ia dikenali dengan nama kacang kelor atau merunggai. Di bahagian  pantai timur ia lebih dikenali dengan nama gemunggal. Ia juga dikenali dengan nama remunggai, munggai dan nama-nama lain lagi mengikut daerah.  Di luar dari Malaysia ia dipanggil drumstick tree, moringa, horseradish tree, ben oil tree, benzoil tree  dan 400 nama vernacular lain mengikut negara. Hakikatnya, ia  merujuk  kepada sejenis tumbuhan dari keluarga Moringaceae. Ia merupakan sejenis pokok yang cepat membesar. Ia boleh mencapai ketinggian antara 10 hingga 12 meter. Diameter batangnya sahaja boleh mencapai sehingga 1.5 kaki. Moringa cepat berbunga. Selalunya jika di kawasan tropika, bunga pertama akan dihasilkan kira-kira 6 bulan selepas ditanam.Walaubagaimanapun ia mungkin lambat sedikit jika di tanam di kawasan yang beriklim lebih sejuk. Bunganya agak wangi berwarna putih kekuningan. Dalam keadaan yang optimum , seperti dalam iklim khatulistiwa, bunganya boleh terhasil sepanjang tahun.

Buah moringa bergantungan pada dahannya. Ia berbentuk panjang dengan kapsul-kapsul yang mengandungi bijinya. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan menjadi coklat gelap apabila matang.Biji benihnya berwarna coklat gelap , mempunyai sayap dan disebarkan melalui angin dan air. Pemangkasan perlu dilakukan setiap tahun untuk terus menggalakkan pertumbuhan pokok moringa.

Moringa berasal dari  kawasan selatan lereng banjaran Himalaya, Iaitu kawasan utara Negara India. Ia ditanam kerana kegunaannya sebagai sayur-sayuran. Buahnya yang muda , berbentuk seperti kekacang di jadikan sayuran. Buahnya boleh dicampur ke dalam masakan seperti kari dan dalca. Ia juga boleh direbus dan dijadikan ulam bersama sambal belacan. Pucuknya menjadi sayuran yang sangat sedap apabila di goreng bersama telur.

Setakat artikel ini ditulis(2016), India adalah  negara pengeluar moringa paling utama dengan  penghasilan sekitar 1.1 hingga 1.3 juta tan buah moringa setiap tahun, meliputi kawasan penanaman seluas 380km persegi. Moringa boleh ditanam sebagai tanaman kekal ataupun tanaman semusim. Ia boleh dibiakkan dengan cara semaian biji benih ataupun keratan batang. Jika moringa di tanam untuk penghasilan pucuknya sebagai sayur-sayuran, jarak penanaman moringa ialah 15X 15cm atau  20X20cm. Lorong di antara baris diperlukan untuk memudahkan penjagaan pokok dan penuaian hasil. Moringa juga boleh ditanam sebagai tumbuhan pagaran, sekaligus ia boleh dimanfaatkan sebagai sayuran yang sangat berkhasiat dalam gizi makanan kita.

 

Kegunaan Moringa

Moringa dikenali dengan tumbuhan pelbagai guna kerana hamper kesemua bahagiannya boleh digunakan sebagai makanan. Bahagian tumbuhan ini yang boleh dimakan ialah:

  • Buahnya yang masih muda. Buah ini juga dikenali dengan nama drumstick kerana bentuknya. Di kawasan Asia tenggara buahnya yang masih muda dimasak bersama kari. Ia dimasak sehingga lembut. Walaupun dimasak lama dengan suhu yang tinggi kandungan vitamin c dalam buah moringa masih tinggi. Buahnya merupakan sumber kepada serat, kalium, magnesium dan mangan.

 

  • Bahagian yang paling berkhasiat pada pokok moringa ialah daunnya. Ia kaya dengan vitamin B, vitamin C , provitamin A. Zat-zat lain yang terdapat pada daunnya ialah beta karotina, vitamin K , magnesium , mangan dan protein. Kandungan zat yang terdapat dalam 100g daun moringa segar yag dimasak menyamai kandungan zat  di dalam makanan-makanan lain yang bergizi tinggi. Daunnya biasa di goreng  dengan sedikit minyak masak seperti penyediaan bayam. Ia juga boleh direbus dan dijadikan sup. Daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan serbuk dan ditabur  ke dalam sup atau masakan lain.

 

  • Biji yang didapati dari buahnya yang telah tua boleh dimakan menta atau dipanggang. Ia mengandungi kandungan vitamin C   yang tinggi. Bijinya juga boleh dikunyah untuk membantu melegakan masalah gastrik.

Moringa Oleifera Seeds (1kg)

  • Minyak yang dikeluarkan dari bijinya. Bijinya yang telah tua boleh menghasilkan minyak yang boleh dimakan dan merupakan salah satu alternatif kepada minyak masak yang lain. Minyak yang terhasil dari bijinya yang telah tua merupakan salah satu sumber biodiesel yang berpotensi.

 

  • Akarnya yang diparut dijadikan perisa untuk di tabur atas makanan.

 

  • Bunganya juga boleh dijadikan sayuran dan dimasak dengan menggunakan kaedah yang sama dengan pucuknya.

 

Moringa dari perspektif perubatan herba

Daun Moringa juga kaya denga anti-oksidan. Sebagaimana yang diketahu umum, anti-oksidan akan membantu badan kita menentang radikal bebas yang menjadi penyebab penyakit seperti kanser, jantung dan kencing manis. Dalam perubatan herba moringa digunakan:

  1. Sebagai penambah zat untuk masalah kekurangan vitamin terutamanya kepada ibu hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayi. Kandungan zat yang tinggi yang terdapat pada daun dan buahnya dapat membantu ibu hamil dan menyusukan mendapat zat tambahan. Tambahan pula cirri pokoknya yang dapat tumbuh pada persekitaran semi arid ( persekitaran panas dan menerima hujan yang sedikit) dapat membantu masalah kekurangan nutrisi di negara-negara miskin.
  2. Menurunkan kandungan gula dalam darah. Dalam satu kajian 30 orang wanita ( rujukan: http://link.springer.com/article/10.1007%2Fs13197-012-0859-9) telah diberikan sebanya 7g serbuk daun moringa setiap hari selama 30 hari. Keputusan kajian mendapati paras gula dalam darah mereka terlah menurun sebanyak 13.5 %
  3. Daun , buah dan biji moringa sebagai penawar radang . Radang atau inflammation berlaku disebabkan oleh tindakbalas semulajadi tubuh kita terhadap jangkitan atau kecederaan. Ianya perlu sebagai satu mekasisme pertahanan badan. Cuma masalah akan timbul apabila radang ini berterusan untuk tempoh yang lama. Kajian membuktikan daun, buah dan biji moringa dapat mengurangkan kesan keradangan. Walaubagaimanapun setakat ini kajian klinikal dibuktikan terhadap haiwan dan tidak dilakukan ke atas manusia lagi.
  4. Daun moringa untuk menurunkan kadar kolestrol.

Rujukan

  1. Asian Pac J Cancer Prev. 2014;15(20):8571-6.
Share this:
Posted on

Pelbagai Kegunaan Rosemary

Sebut saja herba rosemary, saya mesti teringatkan hidangan kambing bakar yg diperap dengan rosemary. Fuhh.. boleh terbayang bau dan rasanya. Pokok Rosemary atau Rosmarius officinalis sebenarnya berasal dari Mediterranean.  Tapi sekarang kita dah boleh jumpa di kebanyakkan nurseri pokok terutamannya di Cameron Highland. Harga pun agak berpatutan jugak. Okeh, kali ni saya nak kongsi sedikit info berkaitan dengan pokok Rosemary. Bukan maklumat berkaitan resepi tapi lebih kepada kegunaannya diluar daripada skop sebagai bahan dalam resepi masakan.

Nama Rosemary berasal dari dua perkataan latin iaitu “Ros” yg bermaksud embun (dew) dan “Marinus” yg bermaksud dari lautan (of the sea). Secara umum memang menjelaskan habitat asalnya iaitu di sepanjang pinggiran laut Mediterranean.

Rosemary

 

Tip Penanaman & Penuaian Rosemary

Penanaman

Herba Rosemary perlukan cahaya matahari yang cukup dan tanah yg sederhana lembap. Jadi pastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak terlalu banyak mengandungi air. Boleh ditanam didalam pasu atau atas tanah.

Penuaian

Sekiranya anda selalu menggunakan rosemary dalam masakan, sebaiknya tanamlah beberapa pokok rosemary. Sebab pokok rosemary ni agak lambat membesar. Cantas bahagian atas bila nak guna. Dan mencantas ni pun sebenarnya boleh membantu pokok rosemary agar menjadi lebih rimbun.

Kalau anda nak mengeringkan rosemary utk menghasilkan esential oil, sebaiknya pokok rosemary itu lebih besar & matang. Sebab pokok yg besar mempunyai kandungan pati yg maksima.

Penyimpanan

Seperti teknik pengeringan herba yg lain anda boleh mengeringkan rosemary dengan menggantung keratan-keratan rosemary secara terbalik di tempat yang teduh. Biarkan ia dalam keaddan itu selama 2 minggu. Lepas tu bolehlah dipisahkan daun dari batangnya dan disimpan di dalam bekas yg kedap udara.

 

Kegunaan Rosemary

  1. Infused oil.

Pernah dengar tak infused oil? Atau minyak yg telah diserapi dengan herba dan biasa digunakan dalam aromaterapi. Cara utk menghasilkannya dengan rosemary amat mudah. Mula-mula potong batang rosemary (dgn daun sekali) pada ukuran 3 inci panjang. Sediakan 5 keratan. Lepas tu masukkan ke dalam secawan minyak zaitun dan panaskan pada api sederhana selama 5-7 minit. Sejukkan dan simpan di dalam botol untuk digunakan kemudian. Selain utk aromaterapi, minyak rosemary ni boleh digunakan dlm penyediaan salad.

  1. Madu Rosemary

Sediakan 5 kerana rosemary berukuran 3 inci panjang. Masukkan ke dalam secawan madu dan panaskan pada suhu sederhana selama 5 minit. Biarkan sejuk selama 45 minit. Keluarkan keratan rosemary tadi dan masukkan madu sahaja ke dalam bekas. Madu rosemary sekarang telah sedia utk digunakan.

  1. Minyak Pati Rosemary (Essential oil)

Minyak pati Rosemary boleh membantu melegakan masalah pencernaan, sakit sendi, selesema, sakit kepala dan banyak lagi. Sekarang anda akan belajar cara nak buat minyak pati Rosemary sendiri di rumah. Teknik hampir sama dengan proses menghasilkan infused oil iaitu memasukkan beberapa keratan rosemary ke dalam minyak zaitun. Gunakan ukuran yg sama. Lepas tu masukkan minyak zaitun yg mengandungi keratan Rosemary ke dalam balang kaca dan tutup. Kemudian letakkan balang tadi di bawah cahaya matahari selama 6 minggu. Mudah tak?

  1. Melegakan Hidung Tersumbat

Kalau anda sering mengalami hidung tersumbat dan dada terasa sesak sebab sejuk, mungkin kaedah ini boleh membantu. Panaskan air sehingga mendidih menggunakan cerek atau pot. Tungkan air yg masih mendidih ke dalam mangkuk yg besar. Masukkan lebih kurang satu genggam rosemary dan kacau. Boleh guna rosemary segar atau kering. Ambil tuala untuk menutup belakang kepala dan membongkok ke atas mangkuk tadi. Sedut wap air sehingga 10 minit. Tuala tu tujuannya untuk pastikan anda dapat sedut wap dengan maksimum. Boleh ulang beberapa kali. Rosemary ialah antiseptik semulajadi dan ia membantu melegakan hidung tersumbat.

  1. Melegakan Kesakitan

Rosemary boleh membantu melegakan kesakitan ulu hati atau angin dalam perut dengan mengambilnya dalam bentuk minuman teh rosemary. Minyak rosemary pula boleh digunakan untuk melegakan sakit gigi, enzima, sakit kepala, sakit urat dan gout. Ciri analgesik (melegakan kesakitan) dan anti-keradangan pada rosemary sebenarnya telah dibuktikan secara saintifik malah telah diiktiraf oleh Badan Kerajaan yg bertanggungjawab meluluskan ubatan di German untuk merawat sakit otot dan artritis.

  1. Meningkatkan Tenaga & Kejelasan Mental

Nak mental yg lebih jelas dan keupayaan kognif yg lebih baik? Minum teh rosemary. Ada kajian yg menunjukkan herba ini melambatkan proses penuaan otak manusia. Suatu proses yg secara langsung memastikan anda sentiasa tajam walaupun dah berusia. Bahan kimia yg bertanggungj-awab itu ialah asid Karnosik (Carnosic acid) yg wujud di dalam tumbuhan rosemary. Asid Karnosik ialah sejenis anti-oksidan yg memusnahkan radikal bebas.

  1. Kulit Kepala & Badan Yang Sihat

Minyak pati rosemary (essential oil) boleh digunakan untuk merawat kerengsaan pada kulit seperti jerawat atau enzema. Cuma perlu sapu pada bahagian yg sakit. Bagi merawat kulit kepala pula, campurkan ½ cawan rosemary kering dengan ½ cawan minyak zaitun dan panaskan pada api sederhana seketika. Angkat dan biarkan selama 20 minit. Kemudian tapis minyak zaitun dan isikan ke dalam botol. Gunakan minyak ini sekiranya anda nak merawat kulit kepala yg gatal atau berkudis. Sapukan dgn sekata lebih kurang satu penutup botol minyak zaitun tadi ke kepala dan pastikan kepala anda dilumuri sepenuhnya sehingga ke kulit kelapa. Tutup kepala anda dengan tuala dan biarkan selama 20 minit. Lepas tu basuhlah dengan syampu dan bilas dgn air.

  1. Dedoran Semulajadi

Badan berbau?? Makan lah daun rosemary selalu. Seeloknya tambah dgn beberapa herba lain seperti Selasih dan Pudina. Saya pasti kalau diamalkan selalu anda boleh berhenti daripada menggunakan dedoran yg mengandungi bahan kimia yg mungkin boleh merisikokan kesihatan anda.

  1. Rambut Yang Kuat & Bersinar

Khasiat untuk menguatkan rambut ini memerlukan kombinasi Rosemary & Jelatang (Urtica dioica). Kombinasi ini boleh merawat kelemumur dan melancarkan pengaliran darah yg secara tak langsung menggalakkan pertumbuhan rambut. Tapi kalau payah sangat nak dapatkan pokok Jelatang, sekarang ada banyak produk syampu yg menggunakan kedua-dua herba ini dipasaran.

  1. Nafas Yang Segar & Gigi Yg Sihat

Rosemary mempunyai ciri anti-bakteria dan ia boleh digunakan untuk melawan bakteria di dalam mulut penyebab kepada nafas berbau & kerosakan gigi. Caranya mudah saja, Cuma perlu titiskan minyak rosemary ke dalam ubat gigi harian anda. Ataupun sediakan air pembasuh mulut dengan merebus beberapa keratan rosemary ke dalam 2 cawan air. Boleh diguna utk berkumur.

 

Demikianlah sedikit perkongsian kali ni. Kalau anda nak beli anak pokok Rosemary atau biji benih Rosemary, anda boleh dapatinya katalog kami.

 

 

Sumber: Google

 

 

Share this:
Posted on

Menguruskan Badan Dengan Herba

Anda nak kuruskan badan dengan cara menggunakan herba. Berikut adalah beberapa jenis herba yang boleh diguna sebagai alternatif untuk menguruskan badan. Berkesan ke guna herba nih? Kalau diikutkan kebanyakkan produk menguruskan badan pun menyatakan herba digunakan dalam pembuatan. Jadi tak banyak beza lah dengan produk komersial malah lagi ori.

 

Bagaimana cara herba boleh membantu menguruskan badan? Terdapat herba mempunyai kesan duretik atau julap. Ada juga yang merangsang penghasilan serotonin dalam badan.  Ini membantu mengurangkan keinginan untuk makan. Contoh mekanisma lain ialah seperti caffein yg wujug dalam kebanyakkan herba dan boleh meningkatkan tahap metabolism badan pada tempoh waktu yg singkat.  Mari kita lihat beberapa jenis herba yg boleh membantu mengawal berat badan berlebihan.

 

Halia

Halia mengandungi kandungan nutrisi tinggi dan penting seperti vitamin2, makro & mikro nutrisi. Kandungan seratnya tinggi membantu mengurangkan berat badan. Halia juga boleh membantu kadar pencernaan yg lebih baik melalui peningkatan aktiviti metabolik sehingga 20% berbanding keadaan biasa. Halia juga mengurangkan rasa lapar. Jadi kalau anda nak cuba mengurangkan berat, mulakan la dgn halia.

 

Asam Gelugor

Percaya atau tak asam gelugor juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Malah sekarang terdapat produk komersial yg menggunakan asam gelugor sebagai bahan utama. Asam gelugor atau garcinia bertindak menghalang enzim pencernaan dalam badan. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang proses dan bahan kimia yg terlibat boleh la tanya Encik Google.

 

Teh Hijau

Teh hijau atau Camellia sinensis diketahui mengandungi anti-oksida yang tinggi. Di antara anti-oksidan  tersebut ialah polyphenols dan vitamin C. Polyphenols adalah sejenis mikronutrisi yg membantu masalah pencernaan, mengawal berat badan dan kencing manis. Dalam satu kajian oleh American Journal of Clinical Nutrition mendapati teh hijau telah mengurangkan berat badan dgn ketara melalui pengambilan 690mg ekstrak teh hijau dalam temph 3 bulan.

 

Koko

Pernah dengar tak biji koko mentah digunakan untuk menghasilkan teh bagi menguruskan badan? Biji koko mentah tidak mengandungi lemak dan kaya dgn nutrisi. Ia bertindak menghalang enzim pencernaan di dalam badan seperti lipases dan amlyases. Biji koko juga meningkatkan penghasilan hormon adiponectin. Hormon ni akan menentukan berapa banyak lemak yg disimpan di dalam badan kita.

 

 

Kesimpulannya ialah terdapat beberapa jenis herba yg terbukti dari segi saintifik membantu mengurangkan berat badan. Apa yg kami kongsikan disini cuma sebahagian kecil sahaja. Seperti biasa, apa yg kami kongsikan bukan nasihat perubatan. Kalau anda bercadang nak cuba menggunakan herba, pastikan rujuk doktor dulu ye. Terutama org2 yg sedang menjalani rawatan seperti kencing manis etc…

 

 

Terima kasih

 

Rujukan:

 

Share this:
Posted on

Cara untuk kenal tumbuhan menggunakan app (Android)

Anda selalu ada masalah nak kenal jenis pokok atau bunga yang anda jumpa kat tepi jalan? Di antara banyak cara yg dinyata saya rasa app PictureThis adalah yang terbaik. Teknologi yg digunakan hampir serupa dengan Google Goggles. Cuma perlu tangkap gambar pokok dan app ni akan bandingkan imej dengan maklumat dalam pengkalan datanya. Saya sendiri dapati ketepatannya utk kenal pasti jenis pokok adalah lebih kurang 6 / 10. Selamat mencuba…

PictureThis

Price: Free
DOWNLOAD ON GOOGLE PLAY
PictureThis is one of the newer plant apps. It works a bit like Google Goggles and similar apps. You snap a picture of a flower, plant, berry, whatever. The app then uses the photo to identify it for you. Unlike FlowerChecker, this one uses computer algorithms instead of human hands. Thus, there are a few errors here and there. However, in general, the app actually seems to work pretty well. It features a database of thousands of plants, advice, and more. The app is also completely free with no in-app purchases or ads.
 

 

Anda boleh baca artikel penuh di paut berikut.

 

Source: 10 best plant apps and flower identification apps for Android | AndroidAuthority

Share this:
Posted on

Fwd: Cara penanaman limau kasturi secara komersial

Cara Penanaman Limau Kasturi Secara Komersial
Limau kasturi dikenali juga dengan nama kalamansi , dikenali secara saintifik dengan nama botaninya Citrus microcarpa L. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti asid orange​, panama orange dan calamadin orange.
Benih Dari anak biji benih atau anak tut( mengeluarkan hasil lebih cepat)
Jenis tanah Sesuai dengan pelbagai jenis tanah, yang paling sesuai ialah jenis lom berpasir.
Jarak Tanamam
Jarang tanaman yang paling optimum ialah 6 m X 6 m . Jika ditanam dengan susunan segiempat sama , jumlah pokok yang boleh ditanam untuk kawasan seluas 1 hektar ialah 270 pokok.
Saiz lubang
Lubang bersaiz 0.4 m X 0.4 m X 0.2 m perlu digali untuk setiap anak pokok.Campur baja organik ke dalam lubang tanaman. Sejumlah 10 hingga 12 kg baja organik diperlukan untuk campuran ke dalam lubang tanaman.
Penyiraman Penyiraman perlu dilakukan sebaik sahaja pokok di tanam. Siram sebanyak 1 -2 kali sehari untuk 2 hingga 3 bulan pertama.
Pengurusan rumpai. Rumpai disekeliling pokok perlu dibuang menggunakan cangkul atau dicabut dengan tangan.
Pembajaan Pembajaan boleh menggunakan baja organik seperti tinja lembu dan kambing. sebanyak 30 hingga 40kg baja diperlukan untuk setiap pokok untuk setahun sebelum pokok berbuah. Selepas berbuah baja sebanyak 30 hingga 60kg setahun diperlukan. Jika menggunakan baja kimia 2 campuran baja boleh digunakan.
– Baja tumbesar : NPK Mg (15:15:6:4) – Baja untuk buah : NPK Mg (12:12:17:2)
Cantasan perlu dilakukan apabila perlu untuk membuang ranting-ranting yang tidak dikehendaki. ​
Hasil Pokok yang ditanam dari anak pokok tut akan menghasilkan buah selepas 2 hingga tahun.Penghasilan buah untuk sepokok ialah lebih kurang 20-25kg setahun. Jangkamasa ekonomi bagi pokok dari benih tut ialah 10 tahun.
Artikel ini disiarkan di www.melur.com
Kami menyediakan benih tanaman secara runcit dan borong.

Share this:
Posted on

Cara penanaman limau kasturi secara komersial

Cara Penanaman Limau Kasturi Secara Komersial
Limau kasturi dikenali juga dengan nama kalamansi , dikenali secara saintifik dengan nama botaninya Citrus microcarpa L. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti asid orange​, panama orange dan calamadin orange.
Benih Dari anak biji benih atau anak tut( mengeluarkan hasil lebih cepat)
Jenis tanah Sesuai dengan pelbagai jenis tanah, yang paling sesuai ialah jenis lom berpasir.
Jarak Tanamam
Jarang tanaman yang paling optimum ialah 6 m X 6 m . Jika ditanam dengan susunan segiempat sama , jumlah pokok yang boleh ditanam untuk kawasan seluas 1 hektar ialah 270 pokok.
Saiz lubang
Lubang bersaiz 0.4 m X 0.4 m X 0.2 m perlu digali untuk setiap anak pokok.Campur baja organik ke dalam lubang tanaman. Sejumlah 10 hingga 12 kg baja organik diperlukan untuk campuran ke dalam lubang tanaman.
Penyiraman Penyiraman perlu dilakukan sebaik sahaja pokok di tanam. Siram sebanyak 1 -2 kali sehari untuk 2 hingga 3 bulan pertama.
Pengurusan rumpai. Rumpai disekeliling pokok perlu dibuang menggunakan cangkul atau dicabut dengan tangan.
Pembajaan Pembajaan boleh menggunakan baja organik seperti tinja lembu dan kambing. sebanyak 30 hingga 40kg baja diperlukan untuk setiap pokok untuk setahun sebelum pokok berbuah. Selepas berbuah baja sebanyak 30 hingga 60kg setahun diperlukan. Jika menggunakan baja kimia 2 campuran baja boleh digunakan.
– Baja tumbesar : NPK Mg (15:15:6:4) – Baja untuk buah : NPK Mg (12:12:17:2)
Cantasan perlu dilakukan apabila perlu untuk membuang ranting-ranting yang tidak dikehendaki. ​
Hasil Pokok yang ditanam dari anak pokok tut akan menghasilkan buah selepas 2 hingga tahun.Penghasilan buah untuk sepokok ialah lebih kurang 20-25kg setahun. Jangkamasa ekonomi bagi pokok dari benih tut ialah 10 tahun.
Artikel ini disiarkan di www.melur.com
Kami menyediakan benih tanaman secara runcit dan borong.

Share this:
Posted on

Penggalak akar semulajadi

Dengan kebanjiran pelbagai produk pertanian hari ini , pelbagai jenama hormon penggalak akar wujud dipasaran. untuk yang memili cara semulajadi untuk menggalakkan pertumbuhan akar, melur.com ingin berkongsi beberapa bahan dan kaedah yang digunakan secara semulajadi.
1. Rendaman daun ketapang [image: Inline image 3] Pokok ketapang , atau nama botaninya Terminalia catappa merupakan sejenis tumbuhan tropika yang ditanam sebagai tumbuhan teduhan kerana kanopinya yang rendang. Daun kering yang biasanya gugur dibawah pokok. Untuk dijadikan penggalak akar , daun yang kering dibersihkan , buang daun yang dijangkiti ama atau nampak kotor. Daun dikoyakkan atau dipotong. Seterusnya ia direndam didalam air yang tidak berklorin selama 1 hingga 2 hari. Kalau mahu cepat bole direbus hingga mendidih. simpan dan boleh digunakan sebagai penggalak akar dan anti kulat. untuk menggalakan akar pada keratan batang, keratan direndam selama 6 hingga 12 jam di dalam larutan ketapang sebelum disemai.
Untuk pokok dewasa bolehdisembur pada pokok. jangan digunakan terlalu kerap kerana air ketapang bersifat asid dan penggunakan yang terlalu kerap dan banyak boleh menyebakan media menjadi berasid. kalau untuk semburan gunakan 3 hari sekali.
Nantikan sambungan untuk cara menggalak akar secara semulajadi seterusnya.
www.melur.com

Share this: