Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Belimbing Tanah

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  Nor


Nama Tempatan: Belimbing Tanah
Nama Saintifik: Tacca integrifolia
Nama Lain: Belimbing batu, Belimbing bukit, white bat plant
Famili: Taccaceae
Lokasi Gambar: Tumbuhan liar
Asal: Asia Tenggara


    

   

PENGENALAN:

Tumbuhan berumpun ini agak sukar ditemui namun ia biasanya didapati tumbuh liar di kawasan yang agak redup terutamanya di semak samun dan belukar juga dikawasan bukit. Sesetengah pendapat mengatakan tumbuhan ini akan hidup subur jika mendapat nutrien dari daun getah reput menyebabkan ianya banyak dijumpai di kawasan kebun getah. Ia hanya memerlukan 70-80% cahaya matahari dan menyukai tanah yang agak lembab dan bersaliran baik. Daunnya lebar dan panjang berukuran kira-kira 15 inci panjangnya. Ia membiak melalui jalaran rizom dan pembahagian anak. Pokoknya hampir menyerupai pokok kunyit jika dilihat sekali imbas. Belimbing tanah mempunyai bunga yang cantik berbentuk seakan-akan rama-rama. Bunga ini akan menjadi buah yang bertangkai panjang berwarna hitam berbentuk hampir sama dengan buah belimbing. Tumbuhan ini agak sensitif jika dipindahkan dari habitat asalnya dan mudah mati dalam proses penanaman semula. Faktor seperti keperluan cahaya matahari, jenis tanah dan pengaliran perlu dititik beratkan. Belimbing tanah amat menarik dijadikan tumbuhan hiasan di dalam pasu. Jika diberikan penjagaan yang baik tumbuhan ini mudah merimbun dan dapat hidup untuk satu jangkamasa yang lama.

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

Perubatan tradisional melayu menggunakan belimbing tanah untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Seluruh pokok ini termasuk akar dan buahnya direbus hingga mendidih dan airnya diminum dua kali sehari. Walau bagaimanapun air rebusan ini perlu diambil dalam dos yang terkawal kerana dikhuatiri pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan masalah tekanan darah rendah. Air ini tidak boleh diminum oleh penghidap tekanan darah rendah. Selain dari itu tonik ini juga berupaya mengubati masalah buasir, kencing manis, lemah jantung dan buah pinggang dengan cara pengambilan yang sama. Setelah mengamalkan air rebusan belimbing tanah pesakit darah tinggi dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan doktor dari masa ke semasa untuk memastikan tekanan darah tidak turun hingga ke tahap merbahaya.

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Belimbing Tanah
Scientific Name: Tacca integrifolia
Other Name: Belimbing batu, Belimbing bukit, white bat plant
Family: Taccaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin: Asia Tenggara

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!