Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Bakawali Kembangnya Unik

Oleh Noraida Arifin

 

bakawali

Bunga bakawali atau dikenali sebagai wijaya kusuma dalam bahasa
indonesia dianggap sebagai bunga mistik dan banyak di sebut dalam
hikayat klasik. Kononnya bunga yang hanya kembang selepas tengah
malam dan layu sebelum fajar mempunyai penunggu dan sesesiapa yang sempat melihat kembangnya akan murah rezekinya. Bagaimanapun kepercayaan karut ini mula terhakis dari masyarakat kita dan hari ini bakawali hanya ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana keunikannya.

Bakawali atau nama saintifiknya Epiphyllum anguliger dari famili
cactaceae pada asalnya merupakan tumbuhan menumpang pada batu yang berasal dari Amerika selatan.Berbeza dengan tumbuhan dari famili kaktus yang lain, morfologi bakawali begitu mudah dibezakan. Ia mempunyai daun yang lebar dan tebal.Pembiakan bakawali boleh dilakukan melalui keratan batang dan keratan daunnya. Daun bakawali yang tua akan mempunyai rekahan dan jika daun dipotong pada rekahan ini ia akan menghasilkan satu anak pokok yang baru setelah ditanam didalam medium yang sesuai.Tumbuhan ini tidak boleh terdedah pada cahaya matahari yang teruk dan memerlukan tempat yang agak teduh.

Medium yang sesuai untuk pertumbuhan bakawali ialah pasir yang dicampur dengan sedikit lumut sphagnum. Penyiraman untuk memastikan air mencukupi perlu dilakukan ketika penyemaian untuk memastikan medium tidak kering.Setelah lebih kurang dua minggu akan muncul tunas
bari dari cabang daunnya dan ketika ini akar telah pun mula tumbuh.
Untuk menggalakkan pertumbuhan akar , serbuk penggalak akar atau root booster boleh digunakan.

Bunga bakawali yang unik itu berwarna putih dengan kelopak yang banyak. Bakawali hanya akan berbunga setahun sekali dan selalunya pada musim hujan.Pada ketika ini baja atau semburan penggalak bunga yang biasa digunakan pada orkid boleh diberikan untuk merangsang
pertumbuhan bunganya. Bunga muncul dari hujung daunnya dan akan kembang selepas tengah malam selama lebih kurang tiga jam.Selepas itu bunga akan kuncup semula menjelang pagi.

Tidak banyak khasiat perubatan bakawali didedahkan dan masih tiada kajian saintifik ke atas komposisi kimia dan kegunaan dilakukan keatas bakawali.Kegunaan biasa bakawali ialah sebagai ubat luka. Sehelai daun bakawali yang ditumbuk halus boleh dijadikan ubat sapu
pada luka. Ia mempunyai ciri analgestik yang membantu mengurangkan rasa sakit dan memberhentikan pengaliran darah pada luka.Sesetengah pendapat mengatakan tekanan darah tinggi dapat diturunkan dengan meminum air rendaman bunga bakawali namun fakta ini masih belum
dibuktikan.Air rendaman bunga bakawali juga dikatakan dapat
menaikkan seri wajah jika digunakan untuk membasuh muka.

Bakawali hanyalah sejenis tumbuhan biasa dan mempunyai ciri yang unik dan tersendiri. Mempercayai unsur mistik dan ghaib ada tumbuhan ini perlu dielakkan kerana dikhuatiri ia akan membawa kepada syirik dan kekufuran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!