Baja Bio W20

Baja-bio W20 adalah baja yang menggunakan mikrob tertentu yang bermanfaat dan disatukan dengan baja organic sebagai pembawa untuk digunakan pada tanaman. Dahulu Baja-Bio W20 dikenali dengan nama Baja Warisan 2020. W20 dirumus khas untuk kegunaan tanaman ladang. Diantaranya ialah tanaman industri seperti getah, kelapa, kelapa sawit, koko, kopi, padi, tebu, teh, tembakau, lada hitam; tanaman sayur-sayuran seperti kobis, salad, kangkong, pak choy, sawi, kacang panjang, cili, tomato, bawang, timun; tanaman buah-buahan seperti belimbing, betik, cempedak, durian, mangga, manggis, nanas, pisang, rambutan dan tembikai.

 

Kelebihan W-20

  1. Mampu mengurangkan kos operasi ladang melalui penggunaan yang sedikit berbanding baja Kuantiti sedikit menyumbang kepada pengurangan kos pengangkutan, kos penyimpanan dan kos buruh untuk pembajaan.
  2. Mampu meningkatkan hasil pengeluaran ladang. Ini dibuktikan melalui beberapa pemantauan prestasi plot-plot ujian dengan kerjasama pengusaha ladang.
  3. Kewujudan mikrob khas di dalam baja membantu
    • Peningkatan jumlah mikroorganisma dalam tanah dan sekitarnya
    • Meningkatkan daya tahan tanaman dari penyakit
    • Meningkatkan penyerapan bahan nutrien oleh akar
    • Melonggarkan struktur tanah agar memberi pengaliran udara kepada akar
    • Tidak memerlukan bahan asing untuk meneutralkan tanah. Pengurangan kos operasi.
    • Memastikan keseimbangan makronutrien dan mikronutrien serta kesihatan mikroorganisma.
  4. Menggunakan teknologi Taiwan tetapi dikilangkan di Malaysia.
  5. Dihasilkan daripada lebih 20 tahun kajian dan penyelidikan.
  6. Digunakan oleh ramai pengusaha tanaman lebih 10 tahun.
  7. Diuji dan disahkan oleh SIRIM sebagai mengandungi bahan kimia pada tahap rendah.
  8. Baja kelas Eropas
  9. Mesra alam

 

Penggunaan Baja W20

Kelapa Sawit

Berbeza dengan baja konventional, baja W20 ditabu sekata di sekitar pangkal pokok kelapa sawit. Jarak adalah diantara ½ kaki sehingga 1 kaki dari batang. Warna cerah baja W20 memudahkannya dibezakan daripada tanah persekitaran. Ini juga membantu pekerja ladang mengenalpasti pokok yang telah ditabur baja.

 

Pembajaan tanaman kelapa sawit memerlukan kuantiti baja W20 sedikit iaitu sekitar 400-500 gram sepokok. Masa yang diperlukan untuk melengkapkan pembajaan keluasan 1 Hektar adalah kurang daripada separuh masa yang diperlukan sekiranya menggunakan baja konventional. Ini adalah kerana bagi tanaman yang telah mengeluarkan hasil, kuantiti baja sebatian atau tunggal yang digunakan tinggi (2-3kg) memerlukan baja ditabur di sekitar pokok dan jauh dari batang. Sekiranya penggunaan baja tunggal diamalkan, urutan pembajaan mesti dituruti. Urutan pemberian baja tunggal biasanya dimulai dengan baja N, kemudian diteruskan dengan baja P, K dan Mg. Amalan ini memerlukan penjadualan yang teliti dan tenaga buruh yang banyak.

Padi

Pembajaan padi menggunakan teknik foliar. Baja W20 dilarutkan dan diaplikasi sebanyak 3-4 kali bagi setiap musim. Untuk tanaman padi, baja W20 berfungsi sebagai suplemen tambahan kepada baja sedia ada. Melalui keputusan daripada tapak ujian menunjukkan penggunaan W20 mampu meningkatkan hasil pengeluaran purata 50%.

 

Lain-lain Tanaman

Baja-Bio W20 juga telah digunakan untuk beberapa jenis tanaman lain seperti sayur-sayuran dan Teh di Cameron Highland. Baja-Bio W20 juga telah dipasarkan di luar negara seperti China, Vietnam dan Filipina. Diantara tanaman-tanaman yang terlibat ialah jagung hybrid, kurma merah, kapas, gandum, getah dan banyak lagi.

 

Jagung Hybrid

 

Lada Hitam

 

Ladang Teh