Leuorrhea(keputihan): Masalah yang kerap dialami wanita |
|
Penyakit ini tidak harus dipandang remeh kerana jika dibiarkan tanpa sebarang
rawatan ia boleh menyebabkan masalah dalaman yang lain seperti frigid dimana
vagina menjadi kurang sensitif atau kurang peka pada sentuhan.. Selain itu ia
juga boleh menyumbang kepada kemandulan jika dibiarkan berlanjutan pada
tempoh masa yang lama.
Jamu untuk keputihan
Tumbuhan herba telah lama digunakan untuk menangani masalah ini.Ramuan ini
telah diamalkan sejak turun temurun dan terbukti berkesan menjadi penawar untuk
keputihan.Bahan- bahan yang diperlukan untuk rawatan ini ialah:
-
10 helai daun beluntas(pluchea indica)
-
Temu kunci (Kaemferia pandurata)
-
Temu lawak (curcuma manthoriza)
-
kayu rapat
-
Kunyit hidup (curcuma domestica)
Bahan-bahan diatas diricih (dipotong nipis-nipis) dan dimasukkan ke dalam
periuk berisi 1 liter air. campuran ini direbus hingga mendidih dan airnya
tinggal 1/3 dari kandungan asal(330 ml). Air ini akan diminum sekali sehari.
Setiap kali hendak diminum air ini akan dipanaskan dan dibiarkan hingga suam.
Sirih (piper betle) juga telah terbukti dapat mengurangkan dan merawat
masalah keputihan. 10 - 20 helai daun sirih diramas keadalam sebesen air dan air
ini digunakan untuk mencuci bahagian sulit setiap kali selepas membuang air
kecil. Ia juga boleh direbus untuk mendapatkan kesan yang optimum.Selain mampu
merawat keputihan ia juga akan menghilangkan kegatalan dibahagian alat sulit
yang selalunya disebabkan oleh bakteria. Ini kerana sirih mengandungi fenol yang
merupakan antiseptik yang kuat.Minyak pati yang terdapat dalam daun sirih juga
mempunyai bau yang wangi yang dapat menghilangkan bau yang tidak menyenangkan
pada vagina . Air rebusan daun inai (lawsonia inermis) juga boleh digunakan
dengan cara yang sama iaitu sebagai bilasan selepas setiap kali membuang air
kecil |