Apa Itu Program Affiliate

Agen Affiliate MelurDotCom

Dengan menyertai kami sebagai agen affiliate anda berpeluang untuk menambah pendapatan sampingan di antara 10-20% atas nilai jualan. Program affiliate adalah program pengiklanan internet yang memberi keuntungan kepada kedua pihak (laman web dan agen afiliat). Sebagai afiliat anda akan mempromosikan laman web kami agar lebih ramai pengunjung melawatinya. Ia dilakukan melalui iklan banner atau pautan. Afiliat akan menerima komisen sekiranya pengunjung laman web kami membuat pembelian. Kesemua proses ini dibuat secara automatik.

Kenapa Menyertai Kami?

  1. Ianya amat mudah. Anda hanya perlu promosi banner atau url eShop kami di media sosial atau laman web anda sendiri. Kami akan urus pertanyaan, transaksi pembelian dan penghantaran.

  2. Komisen bagi pembelian bermula dari 10% dan akan meningkat kepada 20% bergantung kepada prestasi anda.

  3. Pendaftaran adalah percuma. Anda cuma perlu isikan borang pendaftaran dan terus mula. Daftar sekarang.

 

1) Anda mendaftar sebagai agen afiliat dan membuat promosi di media sosial atau internet. 2) Pelanggan tiba di laman web kami menerusi iklan anda. 3) Pelanggan membuat pembelian di laman web kami. 4) Anda menerima komisen jualan atas pembelian tersebut

 

 

Bagi memudahkan anda, kami ada sediakan beberapa video tutorial dibawah. Sekiranya  anda masih ada soalan, silalah berhubung dengan kami di sini. Terima kasih.

Cara Daftar Sebagai Agen Afiliat

Cara Promosi Banner Di Blogspot

Cara Promosi Produk MelurDotCom Di Sosial Media