Affiliate Terms of Service

TERMS OF SERVICE

 

Sila baca dan faham apa yang terkandung disini. Kami galakkan anda mencetak TOS ini. Dengan menyertai program afiliat MelurDotCom, anda bersetuju dengan terma kami.

I. DEFINISI

Affiliate – Individu yang mempromosikan produk-produk yang terdapat di www.melur.com sama ada melalui link atau banner.

Referral – Individu yang melawat laman web www.melur.com melalui link yang dipaparkan oleh affiliate. Sekiranya referral membuat pembelian di www.melur.com maka affiliate yang berdaftar akan mendapat bayaran komisen.

MelurDotCom – Pihak yang mengurus Program Affiliate MelurDotCom.

II. TANGGUNGJAWAB AFFILIATE

2.1. Mulakan pendaftaran dengan mendaftar maklumat yang diperlukan di www.melur.com. Tiada kelulusan automatic. Kesemua permohonan akan ditapis oleh pihak MelurDotCom. MelurDotCom berhak menolak permohonan yang tidak menepati syarat. Diantara perkara-perkara yang tidak dibenarkan pada laman web anda ialah:

2.1.1. Promosi bahan lucah

2.1.2. Promosi keganasan

2.1.3. Promosi diskriminasi bangsa, sex, agama atau apa-apa jua jenis diskriminasi

2.1.4. Laman web yang terlibat aktiviti perlanggaran undang-undang.

2.2. Sebagai ahli affiliate MelurDotCom anda akan boleh mengakses Affiliate Area dimana anda boleh menguruskan akaun anda.

2.3. Sebaik sahaja mendaftar anda layak menjadi ahli affiliate PREMIUM. Anda berpeluang menambah pendapatan dengan maju ke rank SUPER PREMIUM dan SUPER VIP PREMIUM. Kadar komisen adalah seperti berikut:

2.3.1. PREMIUM – 10%

2.3.2. SUPER PREMIUM – 15% (bermula dari referral ke 300)

2.3.3. SUPER VIP PREMIUM – 20% (bermula dari referral ke 600)

III. TANGGUNGJAWAB MELURDOTCOM

3.1. Pihak MelurDotCom berhak memantau dari semasa ke semasa laman web anda yang terlibat dalam Program Affiliate MelurDotCom. Pihak MelurDotCom akan memaklumkan kepada anda sebarang perubahan yang perlu untuk terus layak menyertai Program Affiliate MelurDotCom.

3.2. Pihak MelurDotCom berhak membatalkan keahlian anda sekiranya mendapati berlaku perlanggaran kepada syarat-syarat yang telah dinyatakan.

3.3. Pihak MelurDotCom menetapkan hanya produk-produk berikut terlibat dalam Program Affiliate

3.3.1. Anak Benih Pokok Herba

3.3.1. Anak Benih Pokok Buah

3.3.1. Anak Benih Pokok Bunga

3.4. Referral akan diterima (verified referral) berdasarkan syarat-syarat berikut:

3.4.1. Hanya produk-produk yang terlibat dalam Program Affiliate MelurDotCom. Produk kategori lain akan ditolak (refused).

3.4.2. Pembayaran telah dibuat oleh pembeli (affiliate).

IV. PEMBATALAN KEAHLIAN

4.1. Pembatalan keahlian boleh berlaku dengan notis atau tanpa notis pada bila-bila masa.

V. PERUBAHAN

5.1. Pihak MelurDotCom berhak merubah syarat & terma yang terkandung dalam TOS ini. Anda mungkin dimaklumkan menerusi email. Sekiranya perubahan tidak dipersetujui maka ia akan menamatkan keahlian anda.

VI. PEMBAYARAN

6.1. Kaedah pembayaran kepada ahli adalah seperti berikut:

6.1.1. Pembayaran akan dibuat setiap hujung bulan kepada ahli sekiranya jumlah komisen terkumpul mencecah RM50. Kami akan menghubungi ahli menerusi email yang didaftarkan semasa pendaftaran.

VII. DISCLAIMER

MELURDOTCOM MAKES NO EXPRESS OR IMPLIED REPRESENTATIONS OR WARRANTIES REGARDING MELURDOTCOM SERVICE AND WEB SITE OR THE PRODUCTS OR SERVICES PROVIDED THEREIN, ANY IMPLIED WARRANTIES OF MELURDOTCOM ABILITY, FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE, AND NON-INFRINGEMENT ARE EXPRESSLY DISCLAIMED AND EXCLUDED. IN ADDITION, WE MAKE NO REPRESENTATION THAT THE OPERATION OF OUR SITE WILL BE UNINTERRUPTED OR ERROR FREE, AND WE WILL NOT BE LIABLE FOR THE CONSEQUENCES OF ANY INTERRUPTIONS OR ERRORS.

Share this: